Snek barat memang sungguh mengenyangkan. Boleh pulak dibuat makan tengahari dan juga malam. Makanan segera ni sebenarnya tidaklah sukar sangat dibuat.Jika diperhati kepingan burger dan sosej buatan sendiri lebih berkhasiat dan sedap berbanding jika dibeli yang sudah disejukbeku dan diproses. Gerenti bersih tanpa pengawet.

 

Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh tenaga pengajar di SG Academy, Kuala Lumpur, hasil idea Chef Muhammad Aizat Sha’rani, Chef Nadzirah Abdul Razak dan Chef Faibus Anak Kandau.

1. HOTDOG U.S VERSION

5 Snek Barat Segera, Buat Sendiri Kan Lagi Sedap

BAHAN-BAHAN:

Bahan sosej :

  • 1 kg isi ayam
  • 1 sudu teh garam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • 1/2 sudu teh thyme
  • 1/2 sudu teh oregano
  • 3 tangkai cili kering
  • 1 cawan stok ayam

*Menghasilkan 4 biji sosej yang besar

  • 4 biji roti sosej
  • 30 gm daun salad
  • 1biji tomato
  • 2 biji jeruk timun
  • 1 biji bawang Holland
  • Kepingan keju
  • Sos cili secukupnya
  • Mayonnaise secukupnya
  • Sos mustard secukupnya

CARA MEMASAK :

Cara masak sosej :

  1. Mula-mula satukan bahan-bahan membuat sosej. Kisarkan dalam mesin pengisar hingga halus dan sebati.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar tadi dalam piping beg dan gunting di hujung atas bekas yang sesuai.
  3. Sediakan pembalut plastik (cling film) untuk kita picitkan bahan kisar tadi ke atasnya.
  4. Seterunya gulung kemas , simpulkan hujung pembalut plastik tadi hingga ketat dan padat. Ikat kuat kiri dan kanannya.
  5. Didihkan air dan rebus sosej berbalut tadi dalam 10 minit. Angkat dan rendam dalam air sejuk sebentar .
  6. Biarkan seketika.

Cara penyediaan hot dog:

  1. Panggang sosej tadi hingga masak
  2. Hiris tomato, jeruk timun
  3. Hiris bawang holland
  4. Letakkan dan lapiskan salad, hirisan tomato dan jeruk timun ikut citarasa
  5. Akhir sekali letakkan sos cili, mayonnaise dan sos mustard dan sedia untuk dihidang.

Saiz hidangan: 4 orang

Waktu memasak: 20 minit

Cara memasak: Panggang

Jenis masakan: Street food Amerika Syarikat

Keistimewaan:Mudah disediakan dan sesuai untuk bila-bila masa sahaja.

Info chef : Sosej yang dibuat sendiri lebih berkhasiat dan terpelihara dari bahan pengawet dan perisa

 2. ITALIAN PIZZA MAGHERITA

5 Snek Barat Segera, Buat Sendiri Kan Lagi Sedap

BAHAN -BAHAN:

IKLAN

Bahan doh pizza :

  • ½ cawan air suam
  • 1sudu makan yis
  • 1 sudu teh gula
  • 2 cawan tepung gandum | diayak
  • ½ sudu teh garam
  • 1 sudu kecil pelembut roti
  • 2 sudu besar minyak sayuran atau minyak zaitun

 Bahan sos pizza :

  • 1 sudu makan mentega | untuk menumis
  • 50 gm bawang holland | dicincang halus
  • 100 ml  puri tomato
  • 1 sudu makan pes tomato
  • 1 sudu teh oregano kering
  • 1 sudu teh thyme kering
  • ¼ sudu teh garam
  • ½ sudu teh gula pasir
  • 1/8 sudu teh  serbuk lada sulah
  • 100 g keju mozzarella | diparut halusBahan topping :
  • 50 gram daun basil
  • Sedikit paperoni | ikut suka
  • Keju mozarella secukupnya
  • 1/2 sudu kecil minyak zaitun

CARA MEMASAK :

Cara membuat doh :

  1. Bancuh yis dan gula bersama air suam. Biarkan sehingga berbuih(lebih kurang 15 minit)
  2. Di dalam bekas lain, gaul tepung bersama garam dan pelembut roti
  3. Masukkan minyak dan yis tadi. Uli sehingga menjadi doh(boleh tambah atau kurangkan air mengikut kesesuaian)
  4. Sapukan bekas besar dengan minyak. Perap doh lebih kurang 60 minit atau sehingga naik kali ganda.
  5. Bahagikandoh kepada dua bahagian. Canai doh menjadi leper dan masukkan ke dalam bekas pembakar yang sesuai.
  6. Siapkan dulang pembakar pizza, tabur dengan sedikit tepung gandum.. Nipiskan adunan dan rehatkan kembali 15 minit.
  7. Sapu permukaan dengan sos pizza hingga rata.
  8. Letakkan bahan topping, taburkan peperoni , keju mozarella dan daun basil. Renjiskann dengan minyak zaitun.
  9. Bakar di dalam oven panas bersuhu 200 darjah Celcius selama 25 -30  minit.
  10. Keluarkan dan pizza sedia dihidang.

Saiz hidangan: 5 orang

Waktu memasak: 40 minit hingga  1jam

Cara memasak: Bakar

Jenis masakan: Pizza Itali

Keistimewaan: Roti pizza yang lembut dan kerak pizza yang rangup

Info chef : Anda boleh meletakkan topping kesukaan anda, seperti buah zaitun, ayam, nenas, lada benggala, hirisan tomato dan sebagainya.

3.TACOS

5 Snek Barat Segera, Buat Sendiri Kan Lagi Sedap

IKLAN

 BAHAN-BAHAN :

 Bahan inti :

  • 2 keping dada ayam (isi ayam) | dipotong dadu
  • 3 sudu makan taco seasoning
  • 1 biji bawang Holland | dicincang
  • 1 lada benggala atau jalapeno (jika ada) | dicincang
  • 1 biji tomato | dipotong dadu
  • 2 sudu teh minyak zaitun @ mentega
  • 1 biji buah avokado | dicincang

Bahan taco seasoning :

  • 1 sudu besar serbuk cili
  • ¼ sudu teh serbuk bawang putih
  • ¼ sudu teh serbuk bawang merah
  • ¼ sudu teh crushed red pepper flakes/ atau cayenne pepper
  • ¼ sudu teh dried oregano
  • ½ sudu teh paprika
  • 1 ½ sudu teh serbuk jintan putih (cumin)
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • *Digaulkan sekali

Bahan roti tortilla :

  • 2 cawan tepung gandum.
  • 3 sudu besar minyak sayur atau shortening.
  • ½ sudu teh garam.
  • 2/3 cawan air suam

CARA MEMASAK :

Cara memasak inti :
1. Masukkan minyak di dalam kuali di atas api sederhana, setelah panas, masukkan bawang. Masak bawang hingga menjadi lembut.

2.Masukkan lada benggala atau jalapeno dan masak lebih kurang 3 minit.

3.Setelah itu, masukkan ayam dan masak hingga cecair di serap oleh ayam (masak sehingga kering).Masukkan taco seasoning. Masak lebih kurang seminit, angkat dan sedia untuk dimasukkan ke dalam kepingan tortilla.. Anda juga boleh beli tortillasiapdi pasaraya

 4. STEAK BURGERS

5 Snek Barat Segera, Buat Sendiri Kan Lagi Sedap

BAHAN-BAHAN:

Bahan buat daging burger :

IKLAN
  • 500 gm daging lembu | sudah dikisar
  • 1/2 biji bawang besar | didadu kecil
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa
  • 1 sudu teh mixed herb
  • 30 gm serbuk roti
  • 2 sudu makan susu
  • 4 biji roti burger
  • Jeruk timun secukupnya
  • Salad secukupnya
  • Hirisan tomato secukupnya
  • Hirisan bawang holland
  • Beberapa kepingan keju
  • Sos mustad | ikut suka
  • Sos cili dan tomato | ikut suka
  • Mayonnaise secukupnya

 CARA MEMASAK : 

  1. Tumiskan bawang yang didadu  dengan sedikit minyakl sehingga kekuningan. Ketepikan.
  2. Campurkan susu ke dalam serbuk roti. Gaulkan..
  3. Masukkan semua bahan ke dalam bekas besar. Gaul sebati
  4. Bahagikan kepada 4 bahagian.
  5. Ambil satu bahagian dan bulat-bulatkan. Balik-balikan kepingan burget atas tapak tangan untuk keluarkan angin.
  6. Panaskan 2 sudu makan minyak masak di atas kuali. Letakkan kepingan burger.
  7. Goreng hinggabahagian bawah daging masak.Balikkan daging, masukkan sedikit air di dalam kuali dan tutup kuali.
  8. Masak sehingga semua air sudah diserap dan cucuk daging dengan lidi. Bilajus yang keluar daripada daging jernih maksudnya daging burger sudah
  9. Letakkan tomato,salad, jeruk timun , bawang holland  ke dalam roti burger dan letak daging burger dan lapiskan keju. Tuangkan  sos tomato/cili dan mayonaise akhir sekali letak sos lada hitam.
  10. Siap untuk dihidangkan.

Saiz hidangan:4 orang

Waktu memasak:30 hingga 45minit

Cara memasak: Panggang

Jenis masakan: Snek makanan segera, Amerika Syarikat

Keistimewaan:daging burger yang enak dan berjus

5.PRETZELS

5 Snek Barat Segera, Buat Sendiri Kan Lagi Sedap

BAHAN-BAHAN :

 CARA MEMASAK:

  1. Suamkan susu dalam ketuhar mikroatau dapur gas lebih kurang 1 minit. (Jangan terlalu panas, biar boleh sentuh dengan jari)
  2. Masukkan yis dan kacau, biarkan lebih kurang 3 minit.
  3. Masukkan mentega dan gula.
  4. Masukkan tepung secawan demi secawan, dan tambahkan garam halus.
  5. Uli dengan mixer dengan cangkuk dohk, atau dengan tangan lebih kurang 10 minit.
  6. Masukkan doh ke dalam mangkuk yang bergris dengan minyak. Tutup dan biarkan mengembang selama 1 jam.
  7. Apabila doh mengembang kepada dua kali ganda, tumbuk-tumbuk sedikit supaya udara yang terperangkap keluar.
  8. Panaskan oven dalam suhu 230 darjah celcius
  9. Bahagi doh kepada 12 bahagian. Uli supaya doh memanjang.
  10. Satukan baking soda dan air suam ke dalam bekas.
  11. Pintalkan doh kepada bentuk pretzel dan celup ke dalam bekas air baking soda. Letakkan ke dalam dulang beralas parchment
  12. Renjis dengan garam kasar.
  13. Bakar lebih kurang 7 ke 10 minit atau sehingga keperangan.
  14. Celup ke dalam mentega cair semasa masih panas.

Saiz hidangan: 12 biji

Waktu memasak:25 hingga 30 minit

Cara memasak: Bakar

Jenis masakan: Berasal dari Itali , popular di German

Keistimewaan: Sedap dihidangkan dengan sos cicah seperti sos karamel, coklat, serbuk kayu manis bergula dan krim keju bawang putih.

Info Chef : Anda juga meletakkan ‘topping’ seperti keju parmesan, serbuk kayu manis, coklat, butter scoth dan lain-lain

RESIPI : CHEF MUHAMMAD AIZAT SHA’RANI, CHEF NADZIRAH ABDUL RAZAK DAN CHEF FARIBUS ANAK KANDAU

TERIMA KASIH : MR PRABHA, SG ACADEMY, Lot D-00-03A, Putra Majestik , Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI