Sedapnya Kerabu Pucuk Paku Tauge Kerang stail utara ni. Kombinasi rasa masam, pedas masin. Ada bau wangi serai dan lengkuas. Memang sangat membuka selera. memang enak dijadikan sebagai kerabu. Menerusi perkongsian saudari Nor Haida, beliau berkongsi cara-caranya menyediakan sajian Kerabu Pucuk Paku Tauge Kerang yang simple tetapi sangat enak. Cubalah. Pasti anda akan suka akan rasanya.
CARA MEMBUAT KERABU PUCUK PAKU TAUGE KERANG STAIL UTARA
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk kerang rebus – ambil isi
Seikat pucuk paku (harga RM1@RM2) – celur dan tos
2@3 genggam tauge – celur dan tos. Jika suka tauge rangup, tak perlu celur. Cuci bersih sahaja
1 biji bawang besar – hiris nipis
4 sudu santan pekat
3 sudu besar kerisik – beli online disini
2 sudu air limau nipis
Garam secukupnya – boleh ganti dengan sos ikan
Gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
3 batang serai
½ inci lengkuas
5-8 biji cili api
Belacan sebesar ibu jari – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Satukan bahan kisar dan masukkan sedikit air. Cukup sekadar untuk pusingkan mata blender sahaja. Jangan letak banyak air untuk elak kerabu jdi berair. Jika rajin, boleh tumbuk hingga lumat.
Ads
2.Tuang bahan blender dalam besen. Masukkan kerisik, bawang besar, air limau nipis, santan, garam dan gula. Gaul sebati. Boleh tambah Ajinomoto jika suka.
3.Masukkan isi kerang, pucuk paku dan tauge. Gaul lagi dan rasa. Jika ada kurang perisa, tambah ikut selera masing-masing.
Hidangan kerabu sering kali dijadikan hidangan pembuka selera atau hidangan sampingan ketika menikmati juadah utama. Kerabu yang ada rasa masam dan pedas, biasanya disediakan segar, membuatkan selera seseorang bertambah.
1. KERABU TOMATO BILIS
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis
1 biji tomato hijau | hiris
1 biji tomato merah | hiris
1 labu bawang besar | mayang halus
1 batang serai muda | mayang halus
2 biji cili merah | hiris nipis
4-5 biji cili padi | hiris nipis
2 biji limau kasturi | perah airnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Ikan bilis digoreng garing dan toskan.
Satukan tomato hijau, tomato merah, bawang besar, serai, cili merah dan cili padi di dalam mangkuk.
Tambah bilis goreng dan kaup-balikkan sebati.
Tambah garam, gula secukup rasa.
Tambah perahan limau dan gaul. Sedia dihidangkan.
2. KERABU TAUGEH KASAR DAN SOTONG KERING
BAHAN-BAHAN:
200gm tauge kasar
5 ekor sotong kering | hiris kecil, rendam dan goreng
1 labu bawang besar | mayang halus
2 batang kacang panjang | hiris nipis
2 biji cili merah |hiris nipis
4-5 biji cili padi | hiris nipis
2 biji limau kasturi | perah airnya
1 sudu makan kelapa parut | panggang
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Tauge kasar dibersihkan, celur sebentar dan toskan.
Satukan tauge kasar, sotong, bawang besar, cili merah dan cili padi di dalam mangkuk.
Tambah kelapa panggang dan kaup-balikkan sebati.
Tambah garam, gula secukup rasa.
Tambah perahan limau kasturi dan gaul. Sedia dihidangkan.
3. KERABU SUHUN KACANG GAJUS
BAHAN-BAHAN:
200gm suhun | rendam dan celur
2 biji cili merah | mayang halus
4 biji cili padi | mayang halus
1 labu bawang besar | mayang halus
2 batang serai muda | mayang halus
1 sudu makan perahan limau
Garam dan gula secukupnya
Cincangan kacang gajus panggang secukupnya
Bijan hitam panggang secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
Gaul sebati kesemuanya.
Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
4. KERABU DAGING LIMAU PURUT
BAHAN-BAHAN:
200gm daging
1 biji tomato hijau | hiris
1 labu bawang besar | mayang halus
1 batang serai muda | mayang halus
2 biji cili merah | hiris nipis
4-5 biji cili padi | hiris nipis
2 biji limau kasturi | perah airnya
3 helai daun limau purut | hiris halus
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Daging direbus empuk dan hiris nipis.
Satukan tomato hijau, bawang besar, serai, cili merah dan cili padi di dalam mangkuk.
Tambah daging rebus berserta hirisan daun limau purut dan kaup-balikkan sebati.
Tambah garam, gula secukup rasa.
Tambah perahan limau dan gaul. Sedia dihidangkan.
5. KERABU SOTONG SIAM
BAHAN-BAHAN:
300gm sotong | potong kecil dan celur
1 biji tomato | cincang nipis
2 biji cili merah |mayang halus
4 biji cili padi | mayang halus
1 labu bawang besar | mayang halus
1 batang serai | mayang halus
1 sudu makan cincangan daun ketumbar
1 sudu makan air perahan limau nipis
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
Gaul sebati kesemuanya.
Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
Kerabu yang mempunyai rasa berlemak dari parahan santan dan kerisik yang disanggai. Tetapi di seimbangkan dengan perahan limau yang memberi rasa masam pada kerabu.
KERABU TAUGEH BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
300gm tauge | dicelur
1 ikat pucuk paku | dipetik bahagian lembut dan dicelur
6 biji bawang merah | dimayang halus
5 biji cili padi | dihiris
2 sudu makan udang kering
2 sudu makan marjerin
1 sudu makan kerisik
2 biji jus limau kasturi
200ml santan pekat | dipanaskan sekejap
250ml air
½ sudu teh serbuk perasa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan marjerin dan goreng udang kering sehingga garing. Ketepikan.
2. Campurkan tauge, pucuk paku, udang kering, kerisik, bawang merah, cili padi dan jus limau kasturi. Gaul sehingga sebati.
3. Seimbangkan santan pekat dan air. Gaul lagi sehingga sebati dan perasakan.
4. Sedia untuk dimakan bersama nasi putih.
Info Chef: Selain jus limau kasturi, boleh juga digunakan perahan limau nipis dan lemon.
Hidangan lauk berasaskan mangga yang terkenal apa lagi kalau bukan kerabu mangga. Kalau dah selalu sangat buat kerabu ini apa kata kita tukar selera.
Buat ayam mangga ataupun chicken mango. Rasa masam, manis dan pedas bersatu, memang kick. Makin enak sebab ayam goreng yang digaul rangup. Kalau nak cuba, boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Nora Syikin Azmi.
Cara buat chicken mango
Bahan untuk ayam
Isi ayam bahagian paha/dada
Tepung goreng/ tepung serbaguna
Bawang putih (dihancurkan)
Serbuk lada hitam
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat:
1. Perap isi ayam dengan lada hitam dan bawang putih selama 20 minit.
2. Selepas 20 minit pecahkan telur dalam mangkuk perapan isi ayam dan gaul.
3. Masukkan tepung serba guna dalam bekas berasingan dan gaul hingga menyelaputi semua bahagian.
4. Panaskan minyak dan goreng secara deep fry hingga kekuningan.
Bahan untuk kerabu
Mangga muda, lobak merah, daun ketumbar, bawang besar- hiris memanjang kesemuanya.
Sos plum
Sos tomato
Sos thai
Gula
Cili api potong
Jus limau nipis
Cara membuat
Campurkan semua sos bersama gula dan jus limau kemudian didihkan atas api. Tambahkan air panas kalau terlalu pekat (sukatan agak-agak saja). Tutup api bila sudah mendidih.
2. Potong ayam yang siap digoreng tadi dan gaul bersama mangga, lobak, daun ketumbar dan bawang.
3. Kemudian tuang sos di atasnya, boleh gaul dan tabur cili padi. Siap!