Siapa yang dah pernah cuba,mesti tahu kesedapan ayam ni.Ayam goreng ni ratah begitu sahaja pun sedap. Aroma serai menyedapkan rasa ayam ini, gerenti tak cukup satu.
Kepak Ayam Goreng Serai Thai
Bahan-bahan:
½ kilo kepak ayam (dicuci bersih)
2 batang serai (dipotong 2cm dan ditumbuk hancur menggunakan lesung batu)
1.Sediakan mangkuk atau bekas ,masukkan ayam dan kesemua bahan(kecuali daun limau purut),serta bahan yang dikisar halus.Gaul sebati dan perapkan paling kurang selama 30 minit.
2.Panaskan minyak,agak-agak boleh tenggelamkan ayam apabila digoreng nanti.
3.Masukkan ayam dalam kuali panas dan goreng 5- 7 minit.Kemudian angkat dan rehatkan 3 minit .Gorengkan semula ayam tadi 1-2 minit dengan minyak panas yang sama.
Ads
4.Apabila ayam sudah masak,angkat dan masukkan ke dalam bekas serta taburkan daun limau purut yang telah dihiris tadi.Ratakan ayam bersama daun limau purut.
Kalau sebut tentang ayam masak rose, automatik teringat kenduri kahwin. Kalau dapat nikmati ayam masak rose time kenduri memang puas hati rasanya.
Menurut empunya resipi ni Ayam masak rose resepi ni dia dapat dari tukang masak kenduri.Dulu-dulukan ada gotong royong time masak.Sekali cuba balik di rumah Alhamdulillah sama rasa macam di kenduri. Jadi dikongsikan untuk anda semua mencubanya.
Ayam Masak Rose
Bahan-bahan:
4 sekawan
2 batang serai(diketuk)
2 helai daun pandan (disimpul)
Cili kering (direbus dahulu)*
1 batang lobak merah*
1 biji tomato*
3 biji bawang besar*
5/6 ulas bawang putih*
Halia (hiris)*
Serbuk kas kas
Serbuk badam(badam biji tu kisar halus)
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih
Serbuk cili
1/2 tin susu cair
1 camca susu pekat
Tomato puri
Daun bawang
Daun sup
Garam kasar
Gula
Perasa(jika suka)
Cara memasak:
1.Ayam dibasuh bersih-bersih.Gaul kunyit garam.Goreng separuh masak.Ketepikan ayam yang telah digoreng tadi.
2.Bahan-bahan yang bertanda* dikisar halus.
3.Tumis bahan bawang besar yang dihiris,4 sekawan,serai dan daun pandan hingga sedikit layu.
4.Masukkan bahan kisar yang pertama dulu(bawang besar bawang putih dan halia)tumis sekejap.
5.Sepas tu masuk pulak bahan kisar yang kedua (cili kering,lobak merah, tomato) tumis hingga pecah minyak.
6.Dah pecah minyak,masukkan bahan-bahan serbuk jintan manis,serbuk jintan putih,serbuk cili,serbuk kas kas(satukan kesemuanya bahan-bahan ni dijadikan pes)
7.Masukkan susu cair,susu pekat, tomato puri dan tambah air. Biarkan mendidih.
8.Masukkan ayam,serbuk badam,garam, gula dan perasa.
9.Masak sehingga kepekatan kuah yang kita nak.
10.Dah boleh tutup api.Tabur daun bawang dan daun sup.
11.Siap untuk dihidang.
Kalau tak tahu nak masak apa kat rumah, buat je ayam goreng kunyit macam resipi ini. Rasanya sangat sedap dan menaikkan selera makan.om tengok resipi ni. Buat ikut yang diberikan ya.
AYAM GORENG KUNYIT
Bahan-bahan
• isi ayam potong kecil kecil #
• 1 sudu besar tepung jagung #
• 1 sudu kecil serbuk kari #
• 1 sudu besar serbuk kunyit #
• 1 sudu kecil garam #
• halia (kisar halus) #
• minyak masak
• bawang holland
• kacang panjang
• lobak merah
• bunga kobis
• cili besar
Cara membuat
1. Satukan bahan-bahan bertanda #. Gaul ayam dengan bahan-bahan ini sampai sebati.
2. Panaskan minyak masak. Minyak kena banyak biar ayam tenggelam.
3. Masukkan ayam dan goreng sehingga garing.
4. Bila ayam sudah masak, masukkan sayur-sayuran. Goreng seketika.
Tip: Halia tu dikisar halus. Itu yang menambah sedap.
Ayam panggang yang disaluti kuah santan pedas yang lemak berkrim. Hidangan ayam percik yang digemari ramai nak pula bila tiba bulan puasa ini yang dicari-cari. Nak buat sendiri, Ini resipi ayam percik sedap dan ikut selera nak pilih kuah yang mana satu!
AYAM PERCIK ISTIMEWA
BAHAN-BAHAN:
1.5 kilogram ayam
20 gram (g) serbuk kunyit
6 helai daun limau purut
5 keping asam gelugor
30g bawang goreng
2 helai daun kunyit
3 batang serai (dititik)
20g asam jawa (dibancuh dengan air)
60g garam
20g gula
500 mililiter santan
Bahan kisar:
100g bawang besar
50g buah keras
4 batang serai
20g halia
10g kunyit hidup
30g cili kering
3 biji cili merah
CARA PENYEDIAAN AYAM:
1. Kisarkan semua bahan yang perlu dikisar.
2. Bahan kisar tadi dilulur di atas ayam dan diperap semalaman.
3. Keluarkan ayam dari perapan dan bakar selama 40 hingga 50 minit pada suhu 200 darjah celcius.
CARA PENYEDIAAN KUAH:
1. Lebihan perapan tadi ditumis bersama santan dan masukkan sedikit air supaya kuah tidak terlalu pekat.
2. Masukkan asam gelugur, air asam jawa, gula, garam, daun limau purut, daun kunyit dan serai yang sudah dititik.
3. Kuah perlu sentiasa digaul untuk memastikan santan tidak pecah minyak dan dimasak menggunakan api sederhana selama 10 hingga 15 minit.
4. Tutup api dan masukkan bawang goreng.
5. Siap dihidang.
AYAM PERCIK PUTIH
BAHAN-BAHAN:
Ayam belah 4
6 bawang merah
1/2 inci halia
1/2 asam keping
Garam dan gula
1 cawan santan pekat
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Ayam diperap dengan garam, bawang merah dan halia yang dikisar. Kukus hingga masak. Atau boleh juga dicelur sahaja atau boleh dibakar terus. Susun dalam pemanggang dan bakar atas dapur arang.
Blend bawang merah dan halia bersama santan. Masak hingga pekat. Masukkan garam, gula dan asam keping. Ada juga orang yang meletakkan sedikit tepung gandum untuk memekatkan kuah.
Kuah percik dilumur pada ayam yang dibakar. Bakar lagi dan lumur lagi berulang ulang sehingga percik melekat di ayam.
Santan cepat basi? Ketahui rahsia santan tahan lama dengan petua mudah. Dari pemilihan kelapa, teknik perahan, hingga cara simpan santan agar masakan kekal segar & berlemak!