
Kek Pisang antara resipi kek yang paling mudah nak buat. Malah ia juga memang menjadi kegemaran ramai. Siapa suka makan kek pisang? Anda patut cuba resipi perkongsian Puan Sabariah Sharif ni. Sangat ringkas dan mudah malah kombinasi manis pisang dan cip coklat memang sangat serasi. Bolehlah cuba untuk hidangan tetamu raya ni.
KEK PISANG MOIST
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji pisang berangan masak ranum/ apa-apa pisang yang sesuai.
- 1/4 cawan gula
- 1 cawan tepung gandum*
- 1 sudu teh soda bikarbonat*
- Secubit garam*
- Sedikit esen vanila
- 2 biji telur grade A
- 1/4 cawan minyak jagung/minyak masak
CARA MEMASAK:
- Lenyek pisang sampai hancur dan kacau sebati dengan gula.
- Ayak bahan-bahan bertanda * dan satukan dalam satu mangkuk.
- Pukul telur sampai berbuih.
- Satukan semua bahan step 1,2, 3 dan gaul rata.
- Masukkan esen vanila.
- Selepas itu masukkan minyak jagung dan kaup sebati.
- Kemudian masukkan dalam paper cup/ loyang (saya guna 1 paper cup= 2 scoop ice cream)
- Hiaskan dengan apa-apa topping yang di sukai (saya letak chocolate chip sebab kombinasi pisang dan coklat memang sangat sedap)
- Hentakkan sikit loyang/ paper cup untuk buang angin.
- Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Set suhu 200c. Bakar selama 30min atau sehingga masak.
PERINGATAN: SETIAP OVEN ADALAH BERBEZA. JADI MASA MEMASAK MUNGKIN SEDIKIT BERBEZA
INFO CHEF: Boleh juga hiris nipis pisang dan letak di atas adunan kek sebelum dibakar.
Kredit resipi & foto: Sabariah Sharif
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kek Keju Tom & Jerry, Kegilaan Baru Peminat Dessert Comel & Lembut

Comelnya Tom & Jerry Cheesecake ni. Nampak macam bentuk keju yang ada dalam cerita kartun tu. Unik betul. Patutlah kek ini sedang viral di media sosial. Kalau buat untuk anak-anak, pasti teruja. Nak cuba? Saudari NorhasLina OtHman ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI TOM & JERRY CHEESE CAKE
BAHAN COKLAT LUAR:
- 500gm white chocolate compound coin
- 2-3 titik pewarna kuning lemon
BAHAN BAHANGIAN KEJU:
BAHAN A:
- 400gm krim keju (cream cheese)
- 300gm krim putar (whipping cream)
- 50gm gula aising
- 1/2 sudu makan perasa oren sunquick
BAHAN B:
- 50gm air suam
- 1 1/2 sudu makan gelatin
CARA MEMASAK:
1. Masak coklat guna teknik double boil hingga cair. Masukkan pewarna. Sebatikan.
2. Bila coklat sudah suam, masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam acuan. Ratakan.
3. Ketebalan lapisan coklat tu agak-agak sahaja. Pastikan tidak nipis dan tidak terlalu tebal.
4. Keraskan sekejap coklat di dalam peti sejuk.
5. Seterusnya pukul krim keju hingga nampak licin. Kemudian masukkan gula serta perasa sunquick. Adun sebati.
6. Kemudian masukkan krim putar. Pukul lagi hingga sebati dan kental.
7. Dalam bekas berlainan, campur air suam bersama gelatin. Kacau hingga larut.
8. Bila gelatin telah sejuk, masukkan ke dalam campuran bahan A. Kaup balikkan hingga sebati menggunakan spatula.
9. Ambil acuan coklat yang dibekukan tadi. Masukkan krim. Jika suka boleh letak kek sponge coklat di tengahnya kemudian letak lagi krim.
10. Tuang lebihan coklat di permukaan acuan. Biar coklat mengeras.
11. Keluarkan kek dengan berhati-hati dari acuan. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Untuk kek span ni, jika mahu mudah, boleh guna kek Apollo berharga 30 sen tu. Jika tidak letak pun tak mengapa. Terpulang pada cita rasa masing-masing.
Kredit resipi & foto: NorhasLina OtHman
Nak buat Tom & Jerry Cheese Cake tapi tak ada acuan? Nah…Dapatkan acuannya DISINI. Ada 3 saiz yang boleh anda pilih.
Nak lebih banyak resipi kek yang best? Boleh cuba resipi di bawah ni:
Sedapnya…Ni Cara Buat Lotus Biscoff Cheesecake Secara Homemade
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kesedapan Brownie Cookies, Sebalang Pun Boleh Habis

Tengah berfikir apa biskut yang sedap dan disukai ramai. Kalau buat biskut tu jangan lah buat yang kita suka saja, kenalah adil buat yang semua suka. Jadi Brownies Cookies ni memang sering jadi rebutan.
Brownie cookies
240gm choc beryls coin
80gm buttercup
Double boil dulu, ketepikan
Bahan-bahan:
2 biji telur
100gm tepung ros untuk biskut atau self rasing
150gm gula aising
Cara membuat:
1.Pukul bahan di atas dengan whisk je hingga sebati.
2.Masuk tepung yang telah diayak, kacau sebati.
3.Bila dah sebati masuk coklat masakan tadi.
4.Kacau rata, masuk dalam piping beg.
5.Pipe je atas acuan.
6.Topping ikut citarasa.
7.Bakar 160 darjah selama 30minit.
Kredit: Iedaa Jahaya
10 Koleksi Cupcake Kukus Ni Sungguh Mudah Membuatnya.

Bentuk cupcake kukus yang comel, pelbagai perisa dan dihiasi cantik membuatkan ia sering mencuri perhatian. Cupcake atau kek cawan ini bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak, bahkan orang dewasa juga ramai yang menggemarinya. Kalau teringin nak buat, jangan jadikan alasan tiada tak boleh buat cupcake. Gunakan je pengukus, cupcake tetap menjadi malah lebih moist. Kalau nak cuba, ini ada 10 resipi yang korang boleh cuba salah satu,
1. KEK CAWAN OREN
BAHAN-BAHAN:
- 240gm tepung red rose/kek
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 3 biji telur
- 190gm gula kastor
- 175gm minyak jagung
- 15gm parutan kulit oren
- 2 sudu makan jus oren
- Acuan kek cawan secukupnya
- Sedikit hirisan buah oren untuk hiasan
- Acuan kek cawan secukupnya
BAHAN KRIM MENTEGA (BUTTERCREAM):
- 450gm mentega
- 360gm gula ising
- 1 sudu makan esen vanila
CARA MEMASAK:
- Pukul telur dengan gula hingga kembang.
- Masukkan minyak jagung dan gaul sebati.
- Kemudian masukkan jus oren dan parutan kulit oren.
- Satukan serbuk penaik dengan tepung dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan kaup balik hingga adunan sebati.
- Tuangkan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh.
- Kukus lebih kurang 45-50 minit hingga masak.
- Sejukkan dulu sebelum letakkan krim atau topping dan hidang.
- Untuk membuat krim mentega; Satukan kesemuanya dan pukul hingga kembang. Kurangkan kandungan gula jika terlalu manis.
- Tambahkan perisa jika mahu. Kurangkan adunan jika perlukan sedikit sahaja krim mentega.
- Untuk menghias; paipkan sedikit krim mentega di bahagian atas kek. Letakkan hirisan oren di atasnya. Ulangi langkah hingga selesai.
- Sedia untuk dinikmati.
2. CHOCOLATE MOIST
BAHAN-BAHAN:
- 100gm tepung kek superfine
- 50gm serbuk koko
- 1 sudu teh serbuk penaik
- ¼ sudu teh soda bikarbonat
- 2 biji telur
- 112gm gula kastor
- 65gm minyak jagung
- 100gm air suam
- 65gm susu pekat
- 1 sudu teh esen vanila
- Acuan kek cawan secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan tepung, serbuk koko, serbuk penaik dan soda bikarbonat dan ketepikan.
- Pukul telur hingga sedikit kembang dan masukkan gula dan esen vanila, pukul lagi hingga kembang. Masukkan minyak dan gaul sebati.
- Masukkan susu pekat dan gaul sebati.
- Kemudian masukkan tepung diselang seli dengan air suam dan kaup balik hingga adunan sebati.
- Tuangkan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh dan kukus selama lebih kurang 1 jam hingga adunan masak.
- Sejukkan dulu dan hidang.
3. KEK CAWAN PANDAN
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji telur | asingkan putih dan kuning
- 220gm gula kastor
- 100gm santan
- 90ml air
- 1/2 sudu teh pandan emulco
- 240gm tepung red rose/kek
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- Acuan kek cawan secukupnya
BAHAN UNTUK SOS KARAMEL:
- 4 sudu makan mentega
- 200gm gula perang
- 100gm heavy cream
- 1 sudu makan esen vanila
BAHAN KRIM MENTEGA (BUTTERCREAM):
- 450gm mentega
- 360gm gula ising
- 1sudu makan esen vanila
CARA MEMASAK:
- Pukul putih telur bersama gula hingga kembang dan masukkan kuning telur dan teruskan pukul lagi hingga kembang.
- Masukkan santan dan pandan emulco, gaul hingga sebati.
- Satukan serbuk penaik, soda bikarbonat dan tepung, sedikit demi sedikit dan kaub balik hingga adunan sebati.
- Tuangkan ke dalam dalam acuan kek cawan ¾ penuh.
- Kukus lebih kurang 45-50 minit hingga masak.
- Sejukkan dulu sebelum letakkan krim putar titiskan atau picit sos karamel di atas krim putar dan hidang.
- Untuk membuat krim mentega; Satukan kesemuanya dan pukul hingga kembang. Kurangkan kandungan gula jika terlalu manis.
- Tambahkan perisa jika mahu. Kurangkan adunan jika perlukan sedikit sahaja krim mentega
- Untuk membuat sos karamel pula; Satukan semua bahan dan masak api sederhana hingga mendidih. Perlahankan api dan kacau perlahan selama lebih kurang 4-5 minit. Tutup api dan biarkan sos sejuk sebelum digunakan.
- Untuk menghias kek cawan; paipkan krim mentega di bahagian atas dan kemudian tambah sos karamel di atasnya.
- Sedia dihidangkan.
4. KEK CAWAN SARANG SEMUT
BAHAN-BAHAN:
- 110gm gula kastor
- 100gm air panas
- 1 sudu makan mentega
- 2 biji telur
- 130gm susu pekat
- 120gm tepung red rose/kek
- 1 sudu teh serbuk penaik
- ½ sudu teh soda bikarbornat
- ½ sudu teh esen vanila
- Acuan kek cawan secukupnya
BAHAN UNTUK SOS KARAMEL:
- 4 sudu makan mentega
- 200gm gula perang
- 100gm heavy cream
- 1 sudu makan esen vanila
BAHAN KRIM MENTEGA (BUTTERCREAM):
- 450gm mentega
- 360gm gula ising
- 1sudu makan esen vanila
CARA MEMASAK:
- Panaskan gula di dalam pan hingga perang dan tuang air panas. Biar hingga gula melarut.
- Masukkan mentega, gaul sebati dan ketepikan.
- Pukul telur hingga kembang dan masukkan susu pekat. Pukul sebati.
- Satukan tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat kemudian masukkan ke dalam adunan telur dan susu tadi.
- Tuang esen vanila dan gaul sebati.
- Seterusnya tuang gula yang diperangkan tadi ke dalam adunan dan gaul sebati.
- Tuangkan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh.
- Perapkan adunan selama 3 jam.
- Kukus lebih kurang 1 – 1 jam 30 minit hingga adunan masak sempurna.
- Sejukkan dulu sebelum paipkan krim mentega dan sos karamel di bahagian atasnya.
- Untuk membuat krim mentega; Satukan kesemuanya dan pukul hingga kembang. Kurangkan kandungan gula jika terlalu manis.
- Tambahkan perisa jika mahu. Kurangkan adunan jika perlukan sedikit sahaja krim mentega
- Untuk membuat sos karamel pula; Satukan semua bahan dan masak api sederhana hingga mendidih. Perlahankan api dan kacau perlahan selama lebih kurang 4-5 minit. Tutup api dan biarkan sos sejuk sebelum digunakan.
- Untuk menghias, paipkan krim mentega di atas kek, diikuti dengan sos karamel. Sedia untuk dihidangkan.
5. BUTTER CHEESE CUPCAKE
BAHAN-BAHAN:
- 40gm krim keju
- 40gm mentega
- 60ml susu segar
- 2 biji telur
- 50gm gula perang
- 100gm tepung red rose/kek
- 1 sudu teh serbuk penaik
- ½ sudu teh soda bikarbonat
- Sedikit buah strawberi dan parutan coklat untuk hiasan
- Acuan kek cawan secukupnya
RESIPI KRIM KEJU (TOPPING):
- 250gm krim keju
- 250gm mentega
- 100gm gula ising
- 250gm krim putar
- 1 sudu teh jus lemon
CARA MEMASAK:
- Pukul krim keju, mentega dan susu hingga sebati dan ketepikan.
- Pukul telur dan gula perang hingga kembang dan masukkan adunan krim keju, mentega dan susu tadi. Kaup balik hingga sebati.
- Satukan tepung, serbuk penaik dan soda bikarbornat, masukkan ke dalam adunan. Kaup balik hingga sebati.
- Masukkan adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh dan kukus 40-50 minit hingga masak.
- Sejukkan dulu sebelum letakkan krim atau topping.
- Untuk membuat topping krim keju; Pukul mentega dan krim keju hingga kembang.
- Masukkan gula ising dan pukul lagi hingga sebati.
- Kurangkan atau tambahkan gula mengikut kesesuaian cita rasa.
- Tambahkan jus lemon dan pukul lagi hingga sebati.
- Tambah krim putar yang dipukul berasingan untuk mendapatkan krim yang lebih gebu.
- Untuk menghias kek cawan; Letak krim keju di atasnya dan bentukkan mengikut cita rasa. Boleh hias dengan hirisan strawberi dan sedikit parutan coklat.
- Sedia dihidangkan.
6. KEK CAWAN PISANG
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur
- 90gm gula kastor
- 200gm pisang berangan (lebih kurang 2 biji)
- 150gm tepung superfine
- 2 sudu teh serbuk penaik
- 1 sudu makan minyak jagung
- Acuan kek cawan secukupnya
RESIPI COKLAT GANACHE:
- 400gm coklat masakan
- 200gm heavy cream
CARA MEMASAK:
- Satukan tepung dan serbuk penaik. Ketepikan.
- Pukul telur dan gula hingga kembang.
- Kemudian masukkan pisang dan adun sebati.
- Masukkan tepung. Kaup balik diikuti minyak jagung. Adun sebati.
- Masukkan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh.
- Kukus 30-40 minit hingga masak.
- Sejukkan dulu sebelum letakkan krim atau topping.
- Untuk membuat coklat ganache untuk topping; Parut atau cincang halus coklat. Panaskan heavy cream dan tuangkan ke dalam coklat yang dicincang halus tadi.
- Gaul sebati hingga semua coklat larut.
- Biarkan betul betul sejuk sebelum digunakan.
- Untuk menghias; paipkan coklat ganache di bahagian atas kek coklat membentuk seperti bunga kecil dan tambah coklat M&M warna-warni untuk lebih cantik.
- Sedia dihidangkan.
7. KEK CAWAN SUSU
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur
- 20ml gula kastor
- 20ml susu segar (lebih kurang 2 sudu makan)
- 2 sudu makan minyak jagung
- 50ml susu pekat
- 100gm tepung red rose/kek
- 1 sudu teh serbuk penaik
- ½ sudu teh soda bikarbonat
- Biskut coklat Oreo untuk hiasan
- Acuan kek cawan secukupnya
RESIPI KRIM MENTEGA:
- 450gm mentega
- 360gm gula ising
- 1 sudu makan esen vanila
CARA MEMASAK:
- Pukul telur hingga sedikit kembang, masukkan gula dan adun sebati.
- Masukkan minyak, diikuti susu segar dan susu pekat. Adun sebati.
- Satukan tepung, soda bikarbornat dan serbuk penaik. Masukkan ke dalam adunan dan kaup balik hingga sebati.
- Masukkan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh dan kukus 30-40 minit.
- Sejukkan dulu sebelum letakkan krim atau topping.
- Untuk membuat topping krim mentega; Satukan kesemuanya dan pukul hingga kembang. Kurangkan kandungan gula jika terlalu manis.
- Tambahkan perisa jika mahu. Kurangkan adunan jika perlukan sedikit sahaja krim mentega.
- Untuk menghias: masukkan krim mentega ke dalam piping bag dan paip ke atas kek. Hiaskan dengan kepingan coklat oreo dan coklat warna-warni.
- Sedia dihidangkan.
8. RASPBERRY LEMON CUPCAKE
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur
- 30gm gula kastor
- 20ml susu segar
- 12ml minyak jagung
- 40ml susu pekat
- 10gm mentega
- ½ sudu teh jus lemon
- 30gm jem rasberi
- 80gm tepung kek
- 1 sudu teh serbuk penaik
- Acuan kek cawan secukupnya
- Sedikit hiasan badam untuk hiasan
RESIPI KRIM KEJU:
- 250ml krim keju
- 250gm mentega
- 100gm gula ising
- 250gm krim putar
- 1 sudu teh jus lemon
CARA MEMASAK:
- Pukul putih telur hingga kembang kemudian baru masukkan kuningnya diikuti susu segar.
- Kemudian masukkan minyak jagung, mentega, susu pekat dan lemon jus gaul sebati.
- Masukkan jem rasberi dan gaul sebati.
- Satukan tepung dan serbuk penaik. Masukkan ke dalam adunan tadi dan kaup balik hingga sebati.
- Tuang ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh dan kukus lebih kurang 30-40 minit hingga masak.
- Sejukkan dulu sebelum letakkan krim atau topping.
- Untuk membuat topping krim keju, pukul mentega dan krim keju hingga kembang.
- Masukkan gula ising dan pukul lagi hingga sebati.
- Kurangkan atau tambahkan gula mengikut kesesuaian cita rasa.
- Tambahkan jus lemon dan pukul lagi hingga sebati.
- Tambah krim putar yang dipukul berasingan untuk mendapatkan krim yang lebih gebu.
- Untuk menghias, masukkan adunan krim ke dalam piping bag dan paipkan di atas kek cawan. Boleh tambah sedikit hirisan badam jika suka.
9. ESPRESSO CUPCAKE
BAHAN-BAHAN:
- 125gm tepung red rose / kek
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 1 biji telur
- 25gm minyak jagung
- 25gm gula kastor
- 100gm susu segar
- sudu teh perasa espresso
- Acuan kek cawan secukupnya
- Biskut wafel coklat dan coklat M&M untuk hiasan
RESIPI COKLAT GANACHE:
- 400gm coklat masakan
- 200gm Heavy cream
CARA MEMASAK:
- Satukan tepung dan serbuk penaik. Ketepikan.
- Pukul gula kastor dan telur hingga kembang.
- Masukkan susu segar dan minyak jagung. Gaul sebati.
- Masukkan adunan tepung tadi dan kaup balik hingga sebati.
- Tuangkan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh.
- Kukus selama 30-40 minit.
- Sejukkan dulu sebelum letakkan krim atau topping.
- Untuk membuat topping coklat ganache; Parut atau cincang halus coklat.
- Panaskan heavy cream dan tuangkan ke dalam coklat yang dicincang halus tadi.
- Gaul sebati hingga semua coklat larut. Biarkan betul-betul sejuk sebelum digunakan.
- Untuk menghias kek, masukkan adunan coklat ganache ke dalam piping bag dan paipkan ke atas kek.
- Hiaskan dengan cip coklat M&M dan potongan biskut wafel coklat.
- Sedia dihidangkan.
10. KEK CAWAN LABU
BAHAN-BAHAN:
- 180gm tepung red rose/kek
- 1 sudu teh serbuk penaik
- ½ sudu teh soda bikarbonat
- ¼ sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
- ¼ sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)
- ¼ sudu teh serbuk halia
- 90gm gula kastor
- 60gm gula perang
- 86gm minyak jagung
- 2 biji telur
- 100gm puri labu
- 1 sudu teh esen vanila
- Acuan kek cawan secukupnya
RESIPI KRIM KEJU:
- 250ml krim keju
- 250gm mentega
- 100gm gula ising
- 250gm krim putar
- 1 sudu teh jus lemon
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan kering dan ketepikan.
- Pukul telur dengan gula perang dan gula kastor hingga kembang.
- Kemudian masukkan minyak jagung. Pukul sebati.
- Masukkan puri labu dan gaul sebati.
- Masukkan bahan kering yang disatukan sedikit demi sedikit. Kaup balik hingga sekata
- Tuang adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh dan kukus selama 30-40 minit.
- Sejukkan dulu sebelum letakkan krim atau topping.
- Untuk membuat topping krim keju; Pukul mentega dan krim keju hingga kembang.
- Masukkan gula ising dan pukul lagi hingga sebati.
- Kurangkan atau tambahkan gula mengikut kesesuaian cita rasa.
- Tambahkan jus lemon dan pukul lagi hingga sebati.
- Tambah krim putar yang dipukul berasingan untuk mendapatkan krim yang lebih gebu.