Resipi kek oren upside down ini memang cukup istimewa. Walaupun kali pertama mencuba, kalau ikut sukatan dengan betul hasilnya memang menjadi cantik dan menjadi.
Potongan oren di bahagian atas bukan saja menyerikan rupa kek, malah memberi rasa masam manis yang seimbang dengan kek gebu di bawahnya.
Selain itu, aroma oren yang harum semerbak buat kita tak sabar nak potong dan menikmatinya. Kek ini sesuai dijadikan hidangan minum petang, majlis keraian atau sebagai pencuci mulut yang ringan selepas makan.
Resipi Kek Oren Upside Down
Bahan-bahan
4 biji telur gred A
2 cawan tepung gandum
1 sk esen vanilla
1 sk baking powder
1 sk baking soda
1 sb ovallate
1/3 cawan jus oren
1 sb pati Sunquick
1 sb parutan kulit limau
1 cawan gula
1/2 cawan minyak jagung/minyak masak
1 biji limau sunkist – potong nipis
1 1/2 cawan air
1 cawan gula (untuk sirap oren)
Cara Penyediaan
1. Didihkan air bersama gula, masukkan hirisan limau sunkist. Masak hingga limau lembut, ketepikan seketika.
Ads
2. Bagi adunan kek, pukul semua bahan kecuali minyak hingga kembang dan gebu (7–10 minit, ikut jenis mixer).
3. Masukkan minyak, kacau sebati dengan kelajuan mixer paling rendah. Tutup mixer bila sebati.
4. Sapukan loyang bersaiz 7 atau 8 inci dengan minyak, lapik baking paper. Susun hirisan limau yang dimasak sirap tadi.
Ads
5. Tuang adunan ke dalam loyang.
6. Bakar pada suhu 140°C selama 45 minit. Uji dengan lidi, jika keluar bersih bermakna kek sudah masak.
Ads
Tip kek oren upside down makin cantik dan sedap
Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu supaya kek masak sekata.
Susun hirisan oren rapat-rapat di dasar loyang untuk hasil lebih cantik bila diterbalikkan nanti.
Kalau suka lebih aroma, boleh tambah sedikit parutan kulit oren ketika menyediakan sirap.
Kek ini boleh disimpan dalam peti sejuk untuk lebih tahan lama, tetapi biar kembali ke suhu bilik sebelum dihidang.
Kuih putu kacang hijau atau biasa dikenali sebagai kuih koya memang teramat legend. Kuih warisan tradisi zaman berzaman ni bahan-bahannya paling ekonomi dan jimat hanya dua aje bahan ramuannya.
Menurut catatan saranur74.blogspot.com resipi kuih ni paling ringkas bahannya iaitu berasaskan kacang hijau dan gula . Tapi yang renyahnya cara nak menyediakannya. Kalau nak mudah boleh aje beli kacang hijau yang telah dibuang kulitnya. Cuma perlu rendam, tos dan kemudian disangai atau goreng tanpa minyak hingga masak keperangan.
Lepas tu tumbuk hingga hancur dan diayak/tapis menjadi seperti tepung barulah digaul bersama gula halus. Tekan dalam acuan kayu dan akhir sekali jemur kuih tu bawah panas matahari..Jangan lupa tutup dengan kain kasa putih di atasnya.
Nanti kuih ni lembut dan peroi kejadiannya cair dimulut. Kalau makan ni jangan bercakap dekat dengan orang nanti abuknya ‘terbang’ pulak. Jom cuba buatnya…ni resipinya.
KUIH PUTU KACANG HIJAU @ KUIH KOYA
BAHAN-BAHAN :.
1 kg kacang hijau
1/2 kg gula mesin halus
CARA MEMASAK :
Goreng kacang hijau dalam kuali di atas api sederhana tanpa minyak. Goreng hingga kekuningan.
Kemudian buang kulit kacang dengan cara menumbuk dalam lesung atau kisar . Kalau tiada lesung guna kacang hijau yang sudah dibuang kulitnya dan ikut cara kacang hijau yang dah dibuang kulitnya ikut cara 1 & 3 dan seterusnya.
Setelah dibuang kulit basuh dan toskan dalam bekas tapis sayur dalam masa 2-3 jam hingga kering sedikit.
Kisar kacang hijau hingga hancur, halus dan berdebu. Ayak hingga menjadi tepung.
Jika kasar, kisar hingga halus dan ulangi mengisar kacang tersebut hingga mendapat hasil yang dinginkan.
Setelah jadi tepung, campur gula mesin tadi dan gaul sebati.
7. Ambil segenggam segengam, kepalkan dengan tangan dan tekan dalam acuan putu plastik atau kayu.
8. Ketuk acuan tadi hingga mengeluarkan bentuk putu yang tadi.
9. Susun dalam talam dan jemur selama 10-15 minit di bawah panas matahari mengeringkannya sambil ditutup dengan kain kasa atau selendang jarang untuk menghalang habuk.
10. Kemudian boleh dimasukkan ke dalam balang kuih.
Nota : Anda boleh juga bakar dalam oven selama 10 min dengan suhu 100-120 darjah celcius. Jika tak mahu jemur
Bagi anda yang suka makan Kuih Lapis atau baru nak belajar buat kuih tradisional ni, resipi perkongsian saudari Siti Salmah ni antara yang boleh dicuba. Memang mudah dan senang nak ikut. Malah, cepat masak sebab guna acuan lompang dan tidak guna loyang. Jom cuba! Sedap buat makan untuk minum petang.
KUIH LAPIS MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
3 ½ cawan santan pekat – guna santan kotak
3 cawan air
3 cawan tepung beras
6 sudu makan tepung gandum – sudu plastik
6 sudu makan tepung jagung
1 ½ cawan gula
1 sudu teh (sudu kfc) garam
Pewarna merah & hijau secukupnya
Sedikit perasa ros & pandan
CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan dan air ke dalam periuk. Kacau rata dan panaskan hingga agak-agak suam kuku. Tutup api.
2. Kemudian masukkan semua tepung, gula dan garam. Kacau guna pemukul (whisk) supaya tidak bergentel.
3. Kacau adunan hingga sebati. Jika terlalu pekat, boleh tambah air dalam 1/2 cawan. Angkat dan tapis.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian diwarnakan dengan pewarna merah dan perasa ros, manakala satu bahagian lagi diwarnakan hijau dan perasa pandan.
5. Panaskan periuk kukusan dan oles sedikit minyak pada acuan lompang.
6. Tuang lapisan pertama dan kukus selama 5 minit. Sukatannya 1 sudu makan adunan untuk setiap lapisan.
7. Sebelum tuang lapisan kedua, tekan perlahan lapisan pertama tadi. Jika masih bertepung (belum masak), biarkan seketika. Jika dah masak, baru dituang lapisan seterusnya.
8. Ulang langkah melapis yang sama hingga adunan habis.
9. Setelah kuih masak, sejukkan dan bolehlah dinikmati.
Ramai peminat kek perisa pandan. Kek keju pula memang sedap dan disukai ramai. Kali ini RASA kongsikan resipi kek pandan cheese leleh daripada Iyana Razali. Melalui gambar yang dikongsikan nampak sedap sungguh kek ini. Boleh cuba buat. Resipinya pun tak susah sangat.
CARA MEMBUAT KEK
1. Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
2. Campur semua bahan kisar dan kisar sehingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam satu bekas.
3. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder tadi.
4. Gaul sebati. Kemudian masukkan minyak masak. Kacau secara kaup balik sahaja.
5. Panaskan oven 160°C. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dialas dengan baking paper dan bakar selama 50-60 minit atau sehingga masak.
BAHAN TOPPING
250 gram cream cheese
1/2 cawan susu pekat manis (BELI DI SINI)
1/4 cawan susu cair
CARA MEMBUAT TOPPING
1. Campur sebati semua bahan.
2. Tuang ke atas kek dan tabur cheese parut.
Nak tauge tahan lama dan kekal segar? Cuba cara simpan tauge mudah ini! Hanya guna air dan asam gelugur, tauge kekal rangup tanpa lembik walau seminggu dalam peti sejuk.