Resipi Kek Oren Mentega yang cukup istimewa. Teksturnya yang lembut dan gebu menjadikan kek ini sangat enak. Bau harum dan segar dari parutan kulit oren dan mentega yang sangat menyelerakan. Pastikan anda guna Anchor Unsalted Butter untuk mendapatkan kek yang lebih enak dan wangi. Langsung tak terasa muak. Percayalah, sekejap je mesti kek ini habis licin dimakan. Wajib cuba!
KEK OREN MENTEGA
Bahan-Bahan:
280gram tepung gandum – ayak
230gram Anchor – suhu bilik
120ml Fernleaf Susu UHT
180gram gula kastor
3 biji telur – gred A
2 sudu makan jus oren
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan parutan kulit oren
¼ sudu teh garam halus
Cara Memasak:
Di dalam mangkuk pengadun; pukul Anchor Unsalted Butter bersama gula kastor hingga kembang dan ringan.
Masukkan telur satu persatu lalu pukul lagi hingga sebati. Masukkan jus oren dan parutan kulit oren.
Masukkan tepung gandum, baking powder, garam dan Fernleaf Susu UHT lalu kacau adunan hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam acuan yang telah disapu sedikit mentega dan dialas dengan kertas parchment.
Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 50-60 minit atau hingga kek masak. Sejukkan kek dan hias mengikut cita rasa.
Resipi biskut paling senang nak bajet dan jimat masa! Cek yam kongsikan basic adunan untuk 3 jenis rasa rasa biskut yang berbeza. Biskut koko hitam, red velvet dan coklat cip yang sering mendapat permintaan tinggi dari pelanggan.. Selamat mencuba!
RESIPI 3 JENIS BISKUT 1 ADUNAN SAMA
BAHAN-BAHAN:
1 cawan mentega (227g)
1 cawan gula castor
1 cawan brown sugar
2 biji telur
Minyak masak 1/2 cawan
2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh perisa red velvet/3 sudu makan coklat/3 sudu makan koko hitam
3 sudu bsr susu trpung
3 cawan tepung cookies/trpung gandum biasa pn blh
1 1/4 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
2 cawan semi sweet chocolate chips
1 cawan badam cincang, bakar seketika
CARA MEMASAK:
Pukul mentega, gula kastor dan gula perang sehingga sedikit kembang dan masukkan minyak masak kacau bagi sebati.
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila dan perisa velvet.
Masukkan tepung, susu tepung, baking soda dan garam (3 bahan tersebut diayak bersama terlebih dahulu), di ikuti badam cincang dan chocolate chips. Kacau sebati.
Gunakan ais krim scoop (ataupun sudu), kaupkan dan susun di atas baking tray yang dilapik dengan kertas parchment (baking paper) dalam jarak yg sesuai kerana biskut akan mengembang semasa dibakar.
Mahu hidangan yang berbeza daripada biasa? Jom cuba buat Tortilla Bakar Dengan Ayam Goreng Rangup & Keju ni. Hidangan ala Mexico yang menggunakan tortilla sebagai ‘base’ dan Ayam Goreng Rangup serta taburan keju sebagai inti menjadikan ia satu hidangan yang menarik. Rangup, cukup rasa dan mengenyangkan.
Gunakan Keju Perfect Italiano Mexican Style untuk meningkatkan rasa masakan ala Mexico dari dapur anda sendiri. Gabungan tiga jenis keju ini memang sempurna untuk hidangan anda. Sesuai sangat makan ketika berbuka puasa. Kalau ada lebih, boleh bertukar hidangan dengan jiran sebelah rumah.
TORTILLA BAKAR DENGAN AYAM GORENG RANGUP & KEJU
BAHAN-BAHAN:
4-5 keping tortilla
150gram Keju Perfect Italiano Mexican Style
Anchor Butter Salted secukupnya
BAHAN-BAHAN B (AYAM RANGUP):
4-6 ketul isi ayam – potong memanjang seperti jejari
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam secukupnya
Tepung jagung secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk membuat ayam goreng rangup; perap ayam dengan sos tiram, lada sulah, serbuk pati ayam dan sedikit garam selama 15 -20 minit. Kemudian, golekkan atas tepung jagung rata lalu goreng garing hingga keperang-perangan. Ketepikan.
Sediakan dulang pembakar, sapu sedikit Anchor Butter Salted dan letakkan sekeping tortilla.
Susun 2-3 keping ayam goreng rangup atas tortilla. Tabur Keju Perfect Italiano Mexican Style secukupnya di atas ayam goreng.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 15 minit.
Keluarkan tortilla dan hidangkan panas. Jika suka, nikmati dengan salad campuran.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!