Anda penggemar Kek Marble tapi tercari-cari resipi yang mudah dan boleh bakar tanpa guna ketuhar? Ni dia resipi yang anda perlukan.
Kek Marble ini sangat mudah dan simple sahaja. Cara bakarnya pun senang dimana anda tidak perlu guna oven. Hanya masak kek and menggunakan periuk nasi dan dapur gas sahaja. Wow!
Ramai yang tanya, masak kek guna dapur gas ni, periuk tak hangit ke? Tak terbakar ke? Tak berlubang ke? Jawapannya tak selagi anda masak menggunakan api kecil.
Jom cuba resipi perkongsian saudari Nor Elyani Ramli. Pasti seronok pertama kali buat kek walaupun rumah tak ada oven.
3.Kemudian masukkan telur sebiji demi sebijik dan pukul sampai sebati.
4.Akhir sekali, masukkan tepung yang sudah diayak.
5.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan letak pewarna dengan secukupnya.
6.Tuang adunan ke dalam loyang secara berselang seli.
7.Masukkan loyang ke dalam periuk, tutup dan masak denagn api kecil selama 45 minit atau hingga kek masak.
Ads
INFO:
1.Periuk kena tutup masa bakar @ masak kek.
Tak perlu letak air masak masak kek. Kalau letak air akan jadi kek stim/kukus.
Boleh letak loyang dalam periuk yang dalamnya dialas dengan tungku dapur, tudung periuk, pasir atau apa-apa petua, tapi empunya resipi letak loyang kek ‘direct’ dalam periuk.
Kek ini masak dalam tempoh 45 minit. Kalau kek anda belum masak dalam waktu itu, tambah la masa 5 ke 10 minit lagi.
Empunya resipi tidak panaskan periuk sebelum masuk loyang kek, kalau anda nak panaskan dulu, terserah.
Jangan kata susah ye buat kek lapis Marrie Masam Manis ni, kena gaya sangat senang. Cuma perlu sedikit kerajinan je, kalau beli pun harga kek ini boleh tahan. Jadi buatlah sendiri, bahan mudah, sukat pun guna cawan je, sesuailah kalau anda yang baru nak mencuba. Ini resipinya ye..
KEK LAPIS MARRIE MASAM MANIS BAHAN-BAHAN:-
2 cawan biskut marrie kisar | kisar halus
1 cawan gula kastor
1 cawan marjerin pelangi
5 biji telur | gred c je
3 sudu besar susu pekat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
Asam manis Haw flakes
2 pewarna | hijau dan kuning
CARA MEMBUAT:
Putar marjerin dengan gula hingga sebati atau hingga putih.
Kemudian masukkan telur sebiji sebiji dan putar lagi hingga kembang.
Seterusnya masukkan biskut marrie yang sudah dikisar halus diikuti susu pekat, baking powder dan esen vanila.. Gaul guna spatula.
Setelah sebati bahagikan kepada dua bahagian dan warnakan dengan satu hijau dan satu kuning. Sedia dikukus.
Saya gunakan pekas plastik tahan panas saiz 6X6.
Sudukan 5 sudu makan setiap lapisan dan kukus dalam pengukus yang sedia dipanaskan. Letakkan warna hijau dahulu, ratakan dan susun asam manis di atasnya.
Kukus setiap lapisan 5 minit. Terus melapis hingga adunan habis.
Akhir sekali kukus lagi lebih kurang 25-30 minit.
Setelah masak, buka pengukus, biarkan wapnya hilang dan angkat.
Jom buat Biskut Semperit Dahlia! Bila tiba bulan Ramadan kaum-kaum ibu sudah mula berfikir tentang aneka biskut yang boleh dihasilkan untuk hari raya nanti. Malah kalau nak buat niaga, inilah masanya. Salah satu resipi biskut yang sedap yang boleh anda buat adalah Biskut Semperit Dahlia perkongsian saudari Jaja Noriza yang dicuba dari Surianti Kitchen. Kata beliau, dua kali dicuba, semuanya menjadi. Mudah, guna bahan yang ringkas tapi rasanya sedap! Teringat rasa Biskut Dahlia zaman dulu-dulu. Jom cuba!
CARA MASAK BISKUT SEMPERIT DAHLIA KLASIK
BAHAN A:
1/2 cawan gula pasir (dikisar halus) – empunya resipi tidak guna gula aising kerana gula ising ada campuran tepung jagung yang mengakibatkan bunga semperit jatuh selepas dibakar) – beli online disini
1.Campurkan semua bahan A dalam bekas yang sesuai dan gaul hingga sebati. Jangan gaul lama sebab tak mahu adunan menjadi kembang.
2.Masukkan tepung jagung dan tepung kastad terlebih dahulu ke dalam campuran bahan A tadi. Sebatikan.
3.Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil diuli hingga jadi doh yang lembut. Kalau sudah jadi doh yang lembut, tidak perlu habiskan tepung gandum tadi.
4. Tutup doh dan rehatkan dalam 15 minit.
5. Seterusnya bolehlah terap doh menggunakan acuan yang disukai. Susun dalam dulang pembakar. Letak ceri.
6. Rehatkan biskut sekali lagi selama 30 minit sebelum dibakar pada suhu 160-170C selama 25-30 minit atau hingga masak. Masa mungkin berbeza mengikut kesesuaian ketuhar masing-masing.
Nak buat minyak bijan sendiri di rumah? Jom cuba resipi minyak bijan homemade yang wangi, mudah dan tahan lama. Guna dua bahan sahaja tapi hasilnya setanding minyak bijan asli!