Wow! Hanya guna 3 bahan ringkas sahaja, anda boleh hasilkan kek keju sedap yang lembut dan gebu. Ramai yang dah cuba tau. Malah resipi ni juga telah dikongsi hampir puluhan ribu kali di Facebook. Jangan tak percaya. Rata-rata yang dah ‘try’ tu bagi feedback yang bagus. Jom cuba resipi perkongsian saudari Norlizah Mohd Yacob ni. Bolehlah buat untuk keluarga di hari cuti nanti
RESIPI KEK KEJU SEDAP HANYA GUNA 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
120gm krim keju
3 biji telur gred B
120gm susu pekat manis
CARA MEMASAK: Langkah 1:
Pukul krim keju dan susu pekat hingga berkrim dan tidak berketul.
Dalam bekas berlainan, asingkan putih dan kuning telur.
Pukul putih telur hingga jadi meringue.
Masukkan kuning telur ke dalam adunan krim keju. Pukul lagi hingga sebati.
Langkah 2:
Campur adunan meringue dengan adunan kerim keju. Kaup balikkan adunan hingga sebati.
Tuang adunan kek ke dalam loyang yang telah dialas dengan baking paper.
Langkah 3:
Panaskan ketuhar pada suhu 150C selama 10 minit.
Letak acuan kek dalam loyang dan isi air. Bakar kek secara ‘water bath’.
Setkan suhu 160C dan bakar kek selama 30 minit menggunakan api atas bawah.
Kemudian turunkan suhu kepada 150C dan bakar kek selama 25 minit atau hingga masak. Masa mungkin berbeza ikut jenis ketuhar masing-masing.
Cucuk lidi pada kek. Jika kek tidak melekat, itu tandanya kek sudah masak.
Biarkan kek sejuk selama 15 minit sebelum dikeluarkan dari ketuhar.
Biskut raya ni lain dari kebiasaan. Ini untuk yang suka biskut dengan tekstur yang lembut. Rasa di mulut memang sungguh nikmat.Tak percaya jomlah buat.
Soft Cookies Coklat Peanut Butter
Bahan-bahan:
130g tepung naik sendiri
60g serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam halus
Ayak semuanya. Bahan lain cairkan double boil.
125g butter
120g dark beryls
Whisk sampai semua coklat dan butter cair kemudian masa tengah panas.Dah cair tambahkan.
100g gula halus dan
80g gula perang halus mix sampai gula hancur
Tambah 1 sudu besar esen vanila
1 biji telur suhu bilik
Kacau semua sebati.Masukkan campuran bahan diayak tadi kacau sebati.Wrap dan masuk chiller 30 minit.
Inti:
250g peanut butter
100g madu
1.Gaul sebati
2.Sudukan di atas dulang lapik dengan baking paper dan masuk peti ais 30 minit ya.
3.Keluarkan doh tadi dan cedok pakai skop dan isikan filling tadi macam.Bulatkan elok-elok,buat sampai habis.
4.Bakar suhu 170 darjah selama 25 hingga 30 minit.Bergantung suhu oven korang.
Nak buat kek coklat tapi di rumah tak ada coklat. Nak keluar pergi beli, alang-alang je kan. Jangan risau. Korang boleh guna je Milo untuk buat kek yang rasa coklat sedap dan senang nak buat. Apatah lagi tak perlu banyak bahan. Hanya tiga bahan je dah boleh jadi kek tau. Resipi ini tidak menggunakan tepung. Ha… istimewa kan? Jom cuba buat.
Cara memasak
1. Satukan semua bahan dan pukul (mixer) selama 3 minit.
2. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180C selama 45 minit.
3. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & gambar: Sara Vee via MAHN
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Setelah puas menjamu selera nasi dan lauk pauk, biskut dan manisan buffet pasti jadi kudapan di Hari Raya. Jom ambil inspirasi daripada variasi menu manisan, pastri dan kek yang diilhamkan oleh barisan Chef di The Pearl Kuala Lumpur Hotel yang diketuai Chef Pastri Wan Kaisa Ibrahim.
KETUA PASTRI CHEF WAN KAISA IBRAHIM, MUHAMMAD SYAMSUL FITRI ABD JALIL, NUR FARHANA MOHD SAID & MOHDHAZRIL ROAIZAD
1. BITTER CHOCOLATE ÉCLAIR WITH CHOCOLATE GANACHE & PRALINOSA
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan eclair :
Bahan coklat ganache & pralinosa filling :
CARA MEMASAK :
Cara masak éclair: 1. Campurkan susu segar, air, garam ,gula dan mentega ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. 2. Setelah mendidih , kecilkan api dan masukkan tepung perlahan-lahan ke dalam adunan sambil dikacau. 3. Kacau hingga tepung masak dan adunan tidak melekat di periuk. 4. Masukkan bahan-bahan yang telah dimask tadi ke dalam mixer dan pukul sehingga adunan menjadi suam. 5. Masukkan telur satu persatu ke dalam adunan dan pukul hingga aduan menjadi melekit (sticky). 6. Paipkan adunan di atas dulang dilapik kertas minya dan paip bentuk éclair 7. Masukkan dulang pembakar ke dalam oven dengan suhu 160- 165 C se;a,a 35 minit. Keluar dan ketepikan
Cara masak inti coklat ganache dan pralinosa : 1. Masak krim masakan hingga mendidih. 2. Campurkan mentega dan coklat gelap ke dalam satu mangkuk. 3. Setelah mendidih tuang krim masakan ke dalam campuran tadi dan kacau hingga sebati. Elakkan dari menuang terus ke mentega. 4. Masukkan ke dalam chiller dan biarkan selama satu malam 5. Campurkan pes hazelnut ke dalam adunan yang telah disimpan selama satu malam itu.
Cara penyediaan bitter coklat eclair : 1. Buat lubang kecil di tengah eclair kemudian paipkan inti ke dalam eclair. Pastikan inti tidak terlalu keras atau cair untuk lebih mudah dipaipkan. 2. Celup permukaan eclair dengan coklat gelap yang dicairkan dan hiaskan mengikut citarasa.
Saiz hidangan : 25 ketul Waktu memasak : 35 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Pastri Keistimewaan : Pastri lembut cair di mulut dengan inti coklat pralin yang lazat Anggaran kos : RM 21
INFO CHEF : Ketika membakar eclair pastikan ianya betul-betul masak keseluruhannya baru dikeluarkan dari oven. Jika tidak eclair tidak kembang dan menjadi kecut dan leper.
2. DOUBLE CHOCOLATE MOUSSES WITH CHOCOLATE GANACHE
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan coklat mousses :
Bahan coklat ganache :
CARA MEMASAK :
Cara masak mousse 1. Masakkan krim masakan sehingga mendidih dan tuang ke dalam coklat gelap dan kacau hingga cair sepenuhnya, 2. Campurkan gelatin dan air dan kacau hingga sebati sehingga tidak berketul. Kemudian tuangkan ke dalam adunan coklat tadi dan kacau hingga sebati. 3. Masukkan adunan ke dalam chiller selama 10-15 minit. 4. Pukul krim putar sehingga kembang dan campurkan ke dalam adunan coklat yang sejuk tadi dengan menggunakan kaedah ‘fold in’. 5. Paipkan ke dalam bekas yang ingin digunakan dan simpan dalam chiller selama 30 minit atau sejam.
Cara masak coklat ganache : 1. Masak krim masakan hingga mendidih. 2. Campurkan mentega dan coklat gelap dalam satu mangkuk 3. Setelah mendidih tuang krim masakan ke dalam campuran tadi dan kacau hingga sebati. Elakkan dari menuang terus pada mentega. 4. Paipkan ke dalam bekas adunan coklat tadi. 5. Masukkan ke dalam chiller sekejap semasa suam lagi tuangkan atas mousse.
Saiz hidangan : 22 cawan bekas plastik, 30ml setiap satu Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Didih dan Chill Jenis masakan : Mousse Keistimewaan : Lembut dan cair di mulut, sedap dimakan sejuk Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Ketika mencampurkan krim putar dan adunan coklat pastikan anda menggunakan cara ‘fold in’ (kaup balik) dan kacau dengan perlahan.
3. ORANGE MARSHMELLOW DIP WITH DARK CHOCOLATE
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Masak air dan gula sehingga suhu 121 darjah celcius. 2. Masukkan gelatin dan air sejuk ke dalam mixer dan kacau hingga tidak berketul. 3. Setelah air dan gula tadi telah siap, tuangkan perlahan-lahan ke dalam mixer (berisi larutan gelatin dan air), pukul dengan kelajuan yang laju. 4. Masukkan perisa oren (flavour) ke dalam mixer. 5. Sediakan satu bekas dan lapik dengan kertas minyak 6. Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam bekas yang ingin digunakan dan ratakan marshmellow. Kemudian tutup marshmellow dengan kertas minyak di permukaannya. 7. Simpan dalam suhu bilik selama semalam.
Cara hiasan: 1. Potong marshmellow bentuk empat segi. 2. Celup dengan coklat gelap kompound yang telah dicairkan.
Saiz hidangan : 1 dulang ukuran 30sm lebar x 40cm, tinggi 3 sm Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Masak atas api Jenis masakan : Marshmellow Keistimewaan : Enak dengan rasa oren dan coklat Anggaran kos : RM 6
INFO CHEF : Ketika masak gula dan air pastikan suhu tidak lebih dari yang ditetapkan, gula akan menjadi karamel dan marshmellow akan cair jika terlebih suhu.
4. CAKE BATIK INDULGENCE
BAHAN-BAHAN:
Bahan lapisan bawah (kek batik):
Bahan lapisan tengah ( white chocolate mousses):
Bahan coklat ganache :
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!