Kek keju sememangnya antara kek yang paling digemari ramai. Pun begitu kalau tak kena cara buatnya, kek jadi keras dan pastilah tak sedap. Untuk anda yang tercari-cara resipi Japanese Cotton Cheese Cake, ini satu lagi cara yang boleh anda cuba.  Resipi yang dikongsi oleh  Azizi Rais di laman FB, telah dikongsi hampir 3000 peminat kek dan wanita yang suka baking. Kek ini diberitahu  sangat moist, spongy dan boleh menari gedik kalau digoyangkan. Wah bungyinya memang sungguh mengujakan. Inilah kejadian kek yang jadi idaman setiap penggemar kek atau baker dan homebaker. Jom kita cuba jom.

JAPANESE COTTON CHEESE CAKE

BAHAN-BAHAN:

  • 6 bj telur ( asingkan kuning dan putih )
  • 60 gm self raising flour
  • 20 gm corn flour
  • 100 gm icing sugar
  • 100 ml fresh milk
  • 50 gm butter
  • 250 gm cream cheese

 CARA MEMBUAT:

  1. Satukan cream cheese, butter, fresh milk.. cairkan menggunakan api yang sangat perlahan. ( sy gunakan microwave ja…1 minit…setel ! )
    Kacau sebati sehingga cream cheese tadi cair dan sebati menjadi adunan likat dan tidak berketul.
  2. Masukkan kuning telur.. dan kacau sebati.. ( pakai sendok ja..) dan masukkan tepung2 ..dan gaul sebati lagi. ( jgn overbeat ).
  3. Pukul putih telur separuh kembang…selepas itu masukkan icing sugar dalam putih telur tadi sambil pukul sampai kental .

4. Masukkan 1/3 daripada putih telur tadi dalam adunan. Kacau sebati ( guna sendok dan kacau 1 arah saja ) kalau buat 2 adunan.. gunakan mangkuk besar.. Gunakan  tangan untuk  gaul.   Kemudian. masukkan lebihan putih telur dalam adunan. Kacau sampai semua sebati ( kaup balikkan )

IKLAN

       5. Tuang adunan dlm loyang yang dilapik dengan parchment paper @ kertas minyak. ( jgn gris loyang tersebut ! )

6. Letakkan dalam tray.. dan tuangkan air panas ke dalam tray tu ( water bath )

7. Bakar suhu 160’c selama +- 45 ke 1 jam.. atau bahagian atasnya sudah golden brown. Boleh juga diuji dengan cucuk lidi..

TIP DRP ARIS AZIZ:

  1. Biarkan pintu oven terbuka sikit slps masak… slps 30 mnt..br kluarkan ( xnak kek tu terkena strok perubahan suhu ) .
  2. Bila dah betul2 sejuk .. br kluarkan dr loyang ..cuba goyangkan.. kek tu akan kelihatan bergegar ..
  3. Lebih mudah dipotong jika sudah disejukkan semalaman… ataupun dipotong menggunakan pisau yg direndam dgn air panas..

Selamat mencuba !

 

Lihat juga resipi ini:  http://www.rasa.my/kek-keju-jepun-yang-gebu-terus-terdiam-bila-masuk-dalam-mulut/

 

LAGI INFO BERGUNA YANG BOLEH MEMBANTU:

Teknik membakar bain marie atau steam bath sbb cheese sangat lembut dan mudah terbakar.
* Untuk mengelakkan kek mengecut tiba-tiba, biarkan ia berada dalam oven selepas masak untuk seketika (dalam 20 minit). Biarkan pintu oven terbuka sedikit. Kek ini akan masak sekiranya ia lekang dari loyang.
 

* Kek ni pun tricky di bahagian meringue dia. Kalau tak jadi kat meringue tu, kek takkan gebu.