
Isi Kandungan
ToggleKek coklat memang kegemaran ramai terutama kanak-kanak, kalau buat gerenti habis. Buat kek coklat yang ringkas pun cukup, tetap sedap.
Antaranya seperti kek coklat ringkas perkongsian Noriza Awang Hamat. Caranya memang mudah cuma putar adunan guna blender dan kukus dalam kuali saja. Tapi hasilnya lembut dan sedap. Tengok gambar yang dikongsi pun dah tau! Ok jom cuba buat resipi ini.
Kek coklat kukus, ringkas, lembut dan sedap
Resipi asal, satu cawan untuk satu adunan, tapi yang ini digandakan jadikan dua cawan untuk jadikan kek yang lebih besar. Penuh loyang 8×8.
Bahan A
2 cawan serbuk koko
2 cawan gula
2 cawan minyak masak
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
Bahan B
8 biji telur gred B – blender dan ketepikan.
Bahan diayak
2 cawan tepung gandum
2 sk soda bikarbonat
2 sk baking powder
Cara membuat:
1. Masukkan semua bahan A dalam pengisar atau blender. Kisar hingga sebati.
2. Dalam mangkuk, masukkan bahan yang diputar dengan blender dan telur berselang seli dengan tepung yang telah diayak.
2. Atau untuk lebih senang blender semua sampai sebati. Sapu Planta pada loyang kemudian curahkan adunan yang diputar guna blender.
3. Panaskan air kukusan terlebih dahulu kemudian kukus adunan kek selama satu jam atau sehingga masak.
4. Cara buat topping coklat satukan coklat masakan dan sedikit Planta, masak secara double boil hingga cair. Curah atas kek yang sudah masak. Boleh tabur kekacang jika suka.
TIP
- Boleh kukus guna kuali biasa tapi alas guna tungku besi. Tunggu air menggelegak barulah letak loyang dan tutup dengan penutup periuk.
Sumber: Noriza Awang Hamat
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kek Dan Mousse Olahan Chef Abu Hamidy, Hotel Royale Chulan KL. Sungguh Enak.

Kek dan mousse adalah sajian pencuci mulut yang melengkapkan nikmat sajian. Menyudahi hidangan dengan pilihan dessert lemak, manis berkrim yang mampu amenceriakan seisi keluarga.
Hotel Royale Chulan Kl menyediakan 5 hidangan kek dan mousse istimewa yang gebu dan lembutyang manis dan enak. Ikuti resipi dan menu olahan Chef Pastri, Abu Hamidy Abu Samah dari Hotel Royale Chulan, KL
1.CHOCOLATE CHIP COOKIES CHEESE CAKE
BAHAN-BAHAN :
Bahan biskut (based cookies) :
- 850gm mentega
- 360gm gula aising
- 4 biji telur
- 1290gm tepung kek (self raising flour) | diayak
- 200gm cip coklat
- 100gm quaker oats
- 10gm serbuk kulit kayu manis
Bahan kek keju @ cheese kek :
- 790gm krim keju
- 450gm susu pekat manis
- 370gm krim
- 5gm garam
- 10 biji telur
- 5ml esen vanila
CARA MEMASAK :
Cara memasak biskut :
- Pukul mentega bersama gula aising hingga rata sampai sebati.
- Kemudian masukkan telur, dan kacau.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit diikuti dengan serbuk kulit kayu manis dan kacau hingga adunan sebati.
- Kemudian masukkan cip coklat dan oat, gaul rata.
- Biarkan di dalam ‘chiller’ peti sejuk selama 2 jam.
- Keluarkan dari peti sejuk dan canaikan doh dan terap .
- Panaskan oven dahulu, kemudian bakar di dalam oven bersuhu 170 darjah celcius selama 16 minit atau hingga keperangan.
Cara memasak kek keju :
- Satukan krim keju, susu dan krim dan kacau
- Masukkan telur diikuti dengan garam dan esen vanila. Masukkan dalam tin pembakar.
- Panaskan oven dalam suhu 150 darjah celcius, bakar dengan teknik water bath (mengalas tin kek dengan bekas berisi air)
- Bakar selama 45 min dan keluarkan
- Letakkan kek keju di atas biskut, dan hias ikut citarasa anda
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 1jam setengah
Cara memasak : Bakar, water bath
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Kek keju yang lembab dan rasa berkrim dan biskut coklat cip rangup.
INFO CHEF : Pastikan air mencukupi dan tidak kering semasa membakar kek keju. Kehadiran air menjadikan ia masak lembab sempurna.
2. RED BERRIES RUBIES (MOUSSE)
BAHAN-BAHAN :
Bahan mousse :
- 500gm puri raspberi
- 150gm gula aising
- 35gm serbuk gelatin + 110ml air sejuk
- 900gm krim putar
- Bahan agar-agar raspberi (jelly) :
- 150gm gula halus
- 800gm puri raspberi
- 20gm serbuk gelatin
- 150ml air
Bahan buah-buahn beri compote :
- 450ml air
- 400gm gula kaster
- 3 keping kulit kayu manis
- 100gm kanji jagung + 40ml air
- 200gm blueberi
- 200gm blackberi
- 200gm raspberi
CARA MEMASAK :
Cara masak mousse :
- Satukan dan campurkan puri raspberi dengan gula aising.
- Dalam bekas lain, campurkan serbuk gelatin dan air.
- Masukkan larutan gelatin ke dalam campuran puri raspberi dan gula aising tadi.
- Akhir sekali masukkan krim putar (yang dipukul sederhana). Ketepikan mousse ini.
Cara masak agar-agar @jeli raspberi
- Campurkan gula dan puri raspberi bersama.
- Dalam bekas lain, larutkan serbuk gelatin dengan air
- Masukkan larutan gelatin ke dalam campuran raspberi dan gula tadi.
- Masukkan dalam ‘freezer’ selama 2 jam.
- Ambil mousse letakkan compote dan diikuti dengan jeli.
Cara masak compote :
- Dalam bekas lain campurkan kanji jagung dengan air.
- Air dan bahan-bahan yang lainnya dicampurkan dalam periuk dan dimasak bersama
- Akhir sekali masukkan kanji jagung dalam campuran
- Sejukkan dalam peti sejuk. Keluarkan masukkan di dalam mousse
Saiz hidangan : 7 orang
Waktu memasak : 1jam
Cara memasak : Chill
Jenis masakan : Pencuci mulut,
Keistimewaan : Boleh juga disediakan hidangan mousse ini dalam gelas .
INFO CHEF : Mousse sedap dimakan sejuk. Setelah siap disediakan, biarkan mousse sejuk dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
3. CHOCOLATE SALTED CARAMEL
BAHAN-BAHAN :
Bahan chocolate ganache:
- 900gm krim segar
- 100gm glukos
- 100gm gula halus
- 850gm coklat gelap | dipotong kecil
- 100gm mentega
Bahan salted caramel:
- 500gm gula halus
- 250gm krim
- 15gm garam laut (berbentuk kristal)
- 80gm mentega
Bahan kek coklat (rich chocolate cake):
- 500gm mentega
- 800gm coklat gelap | dipotong kecil
- 500gm gula kaster
- 10 biji telur
- 250gm tepung kek (self raising) | diayak
- 150gm yogurt
CARA MEMASAK :
Cara masak coklat ganache :
- Didihkan krim.
- Campurkan glukos dan gula halus, kemudian tuangkan dalam coklat gelap.
- Masukkan mentega, kacau rata
Cara masak salted caramel :
- Masakkan gula di atas api sederhana, kacau hingga gula larut dan mendidih..
- Dalam bekas lain panaskan krim.
- Masukkan krim panas ke dalam karamel
- Masukkan mentega, diikuti dengan garam laut.
- Karamel disapukan di antara lapisan kek.
Cara masak kek coklat :
- Cairkan mentega bersama coklat gelap
- Masukkan gula dan telur ke dalam campuran coklat ini
- Diikuti dengan tepung (sedikit demi sedikit) dan yogurt, kaup balikkan.
- Bahagikan adunan kepada 4 tin pembakar (jika 4 lapisan) .
- Bakar dalam oven yang dipanaskan dalam suhu 170 darjah celcius, selama 30 minit hingga masak.
- Setelah masak susunkan lapisan kek , dan sapukan karamel di tengah setiap lapisan
Saiz hidangan : 8 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Kaya dengan rasa coklat berlemak dan manis karamel
INFO CHEF : Pastikan krim mendidih baru dituang dalam coklat untuk mendapat coklat ganache yang sempurna.
4. PINEAPLLE UPSIDE DOWN CAKE
BAHAN-BAHAN :
Bahan karamel:
- 800gm gula
- 360ml air
* Panaskan air dengan gula, di atas api sederhana, hingga mendidih. Kacau perlahan-lahan setelah gula cair dan bertukar warna keperangan, segera tutup api.
Bahan kek lembab :
- 560gm mentega
- 480gm gula kaster
- 8 biji telur
- 600gm tepung kek | diayak
- 20gm serbuk penaik
- 150ml susu penuh krim
- Nenas dalam tin secukupnya (potongan gegelang bulat)
CARA MEMASAK :
- Pukul mentega dan gula kaster, hingga kembang dan gebu.
- Masukkan telur satu persatu sambil terus kacau/pukul hingga kembang dan gebu.
- Masukkan susu penuh krim,
- Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, masukkan serbuk penaik.
Sediakan tin pembakar kek, griskan dan tuangkan karamel. Susunkan gegelang nenas - Tuangkan adunan kek.
- Panaskan oven dengan suhu 170 darjah Celcius selama 30 minit hingga masak.
Saiz hidangan : 8 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Rasa masam manis dari nenas yang enak
INFO CHEF : Biarkan kek sejuk baru diterbalikkan supaya nenas tak hancur
5. PANDAN MANGO MAGNUM
BAHAN-BAHAN :
Bahan mango cremeux:
- 780 gm puri mangga
- 200gm gula aising
- 100gm kuning telur
- 80gm gula kaster
- 980gm krim
- 25gm serbuk gelatin
* Biarkan beku dalam ‘freezer’ peti sejuk selama 2 jam.
Bahan coklat pandan :
- 500gm coklat putih | dicairkan
- 180gm badam cincang *almond nibs | dibakar 8 min, suhu oven 170 darjah celcius
- 100gm mentega koko | dicairkan
- 28ml esen pandan
*Campurkan sebati kesemua bahan-bahan. Biarkan sejuk dalam peti sejuk.
CARA MEMASAK :
Cara masak mango cremeux
- Masakkan puri mangga bersama dengan gula aising.
- Dalam bekas yang lain, campurkan kuning telur dengan gula kaster
- Putarkan krim dan larutkan gelatin bersama 80ml air
- Akhir sekali satukan kesemua bahan dan bekukan dalam peti sejuk .
- Setelah beku celupkan mango cremeux dengan coklat pandan yang dikeluarkan dari peti sejuk
- Hidangkan sejuk
Saiz hidangan : 6 orang
Waktu memasak : 2 jam
Cara memasak : Chill dan beku
Jenis masakan : Mousse
Keistimewaan : Kaya dengan rasa mangga dan coklat enak
INFO CHEF : Mousse sedap dimakan dingin dan sajian ini perlu dibekukan. Makan sebelum sajian cair.
RESIPI : CHEF PASTRI, ABU HAMIDY ABU SAMAH
TERIMA KASIH :Hotel Royale Chulan KL, 5 Jalan Conlay, Kuala Lumpur
Resipi Kek Coklat Kukus. Ringkas, Lembut & Sangat Sedap

Kek Coklat Kukus ni memang sedap tau. Anda nak cuba? Saudari Noriza Awang Hamat ada kongsikan resipinya. Kek ni sangat-sangat moist dan sedap. Penambahan topping coklat dan juga taburan badam membuatkan rasanya lagi mantap. Bagi penggemar tegar kek coklat, silalah cuba resipi ni. Takkan menyesal punya.
CARA MUDAH BUAT KEK COKLAT KUKUS YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
2 cawan serbuk koko – beli online disini
2 cawan gula
2 cawan minyak masak
1 tin susu cair – beli online disini
1 tin susu pekat – beli online disini
8 biji telur gred B
BAHAN AYAK:
2 cawan tepung gandum – beli online disini
2 sudu teh soda bikarbonat – beli online disini
2 sudu teh baking powder – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Satukan serbuk koko, gula, minyak masak, susu cair dan susu pekat. Kisar (blender) hingga sebati dan ketepikan.
2. Pecahkan telur dan kisar juga hingga kembang. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk besar, masukkan bahan yang dikisar tadi berselang seli dengan tepung yang telah diayak terlebih dahulu. Adun hingga sebati dan bercampur rata.
4. Jika nak lebih mudah, satukan semua bahan dan kisar sebati menggunakan blender.
5. Sapu marjerin atau mentega pada loyang saiz 8×8 terlebih dahulu dan tuang adunan kek tadi.
6. Panaskan air kukusan terlebih dahulu dan kukus adunan kek selama 1 jam atau sehingga masak.
7. Bila kek telah masak, sejukkan dan boleh tuang topping dan juga hiasan mengikut cita rasa.
BAHAN TOPPING COKLAT:
Coklat masakan
Sedikit marjerin / mentega – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Satukan coklat dan marjerin kemudian masak secara double-boiler.
2. Bila coklat telah cair sepenuhnya, tuang pada kek.
Kredit resipi & foto: Noriza Awang Hamat
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sangat Sedap! Resipi Ayam Goreng Berempah Garing Tak Guna Jintan
Resipi Step By Step Buat Sardin Roll Yang Sedap & Gerenti Menjadi
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Wajib Tambah Koleksi Biskut Raya dengan Koleksi Cookies Senang & Sedap Ni.

Bahang Hari Raya semakin terasa, pasti anda sibuk membilang balang biskut raya yang telah ditempah. Kalau tak cukup, tempahan pula sudah ditutup. Jangan risau, berikut RASA kongsikan lima resipi biskut raya yang boleh buat sendiri tanpa acuan pun. Lebih senang. Mudah dan gerenti sedap.
BISKUT CHOCOLATE CRINKLES
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan serbuk koko
- 1 1/2 cawan gula Kastor
- 1/2 cawan minyak mazolla/ minyak sayuran
- 2 sudu teh esen vanila
- 2 cawan tepung gandum
- 4 biji telur
- 1 1/2 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh serbuk kopi(serbuk nescafee)
- 1/2 sudu teh garam
- 1 cawan gula aising
CARA MEMASAK:
- Masukkan serbuk koko, esen vanila, minyak dan gula ke dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati.
- Masukkan telur satu per satu dan terus memukul adunan.
- Satukan tepung gandum bersama baking powder,serbuk kopi, garam dan gaul sebati.
- Masukkan tepung tadi ke dalam adunan dan gaul rata.
- Masukkan adunan ke dalam peti sejuk semalaman.
- Selepas dikeluarkan dari peti sejuk, bulat-bulatkan adunan dengan menggunakan sudu dan gaulkan dengan gula aising.
- Susun ke dalam dulang pembakar dan bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan dengan suhu 170C selama 10-15 minit.
BISKUT BUAH-BUAHAN CAMPURAN
BAHAN-BAHAN:
- 200gm mentega
- 300gm tepung serbaguna
- 150gm gula icing
- 100gm buahan-buahan campuran
- 1 biji kuning telur
- 1/4 sudu teh garam
- 1/4sudu teh parutan lemon
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega dengan gula icing sehingga sebati
- Masukkan kuning telur. Pukul lagi.
- Masukan tepung, buah-buahan campuran, garam dan parutan lemon.
- Gaul sehingga sebati.
- Panaskan ketuhar pada suhu 180C
- Masukkan adunan ke dalam peti sejuk selama 30 minit.
- Glis dulang pembakar dan tuangkan adunan ke dalamnya.
- Ratakan dan bakar selama 25-30 minit.
- Sejukkan sebentar dan potong mengikut saiz yang disukai.
- Sedia dihidangkan, atau simpan dalam bekas kedap udara.
BISKUT BEBOLA COKLAT URAI
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 1 cawan tepung naik sendiri
- 3 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula aising
- 1 1/2 sudu teh serbuk koko
- 3 biji kuning telur
- 1 sudu teh baking powder
- 250gm coklat masakan
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega bersama gula aising sehingga sebati
- Masukkan kuning telur dan pukul sebentar
- Satukan kesemua tepung bersama baking powder dan serbuk koko
- Masukkan kesemua campuran tepung ke dalam adunan dan gaul
- Bulat-bulatkan doh dan masukkan ke dalam bekas cawan kertas.
- Bakar pada suhu 150-160 C selama 20-25 minit.Sejukkan.
- Sementara itu potong kecil-kecil coklat masakan dan cairkan mengunakan teknik double boiler.
- Bila kelikatan coklat sedang elok , tuangkan ke dalam setiap doh dan kemudian taburkan coklat urai di atasnya.
- Biarkan coklat mengeras baru sedia dihidangkan atau simpan.
BISKUT NESTUM MADU
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 1 1/2 cawan tepung serbaguna
- 4 cawan nestum
- 2 cawan coklat urai
- 1 biji telur
- 2 sudu makan madu
- 1 cawan gula perang
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh vanilla
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega bersama gula perang sehingga sebati.
- Masukkan telur. Pukul lagi
- Masukkan madu dan vanila. Gaul sekata.
- Campurkan tepung bersama garam dan soda bikarbonat.
- Tuangkan ke dalam adunan bersama nestum.
- Gaul sebati.
- Panaskan ketuhar pada suhu 170C.
- Bulat-bulatkan adunan menggunakan sudu.
- Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar selama 15-20 minit.
BEBOLA CORNFLAKES PEANUT BUTTER
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan cornflakes
- 1/2 cawan madu
- 1/2 cawan gula castor
- ½ cawan peanut butter
- 1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
- Campurkan madu bersama gula dan vanila ke dalam periuk dan kacau di atas api sehingga gula cair.
- Masukkan peanut butter dan kacau sebati.
- Tuangkan cornflakes ke dalam adunan dan gaul.
- Bulat-bulatkan adunan