Sedapnya menu Ikan Tenggiri Masak Lemak Padang ni. Cukup rasa rempah ramuannya. Biasanya kalau tenggiri, dimasak singgang, sambal kicap atau sambal berlada. Kali ni bolehlah cuba masakan Indonesia pula. Waduh….Memang sangat-sangat membuka selera. Resipi ni bukan macam Masak Lemak Cili Apia tau Lemak Kuning tu tau. Tapi enak. Apa kata hari ni cuba resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ni. Ramuannya cukup ringkas namun rasa sangat merecik sedap. Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK PADANG, INDONESIA
BAHAN-BAHAN: 5-6 keping ikan tenggiri 1/2 kotak kecil santan – beli online disini 2 hiris lengkuas 1 batang serai 1 helai daun salam 1 biji tomato Minyak masak secukupnya Garam secukup rasa Serbuk perasa secukupnya 1½ cawan air
BAHAN KISAR: 2 cm halia 2 cm lengkuas 1 cm kunyit hidup ½ biji bawang besar @ 3 biji bawang merah – beli online disini 3 ulas bawang putih – beli online disini 2 biji buah keras – beli online disini 2 biji cili merah
CARA MEMASAK: 1. Ikan dibasuh bersih dan dilumur kunyit serta garam. Goreng ikan sehingga masak.
Ads
2. Dalam periuk lain, panaskan sedikit minyak dan masukkan hirisan lengkuas, serai dan daun salam. Masak seketika. 3. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar. Masak sehingga pecah minyak.
4. Seterusnya masukkan air dan santan. Masak sehingga sedikit mendidih.
5. Masukkan tomato dan ikan yang telah digoreng tadi. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Masak seketika dan tutup api.
7. Ikan Tenggiri Masak Lemak Padang sedia untuk dinikmati.
Sedapnya kalau dapat makan Daging Black Pepper dengan nasi panas-panas. Satu lauk tu sahaja dah cukup untuk memuaskan rasa. Menerusi hantaran di grup masakan di laman sosial, saudari CT Nazura kongsikan resipi Daging Masak Black Pepper (Lada Hitam) terbaik yang boleh dicuba. Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Sangat berbaloi untuk anda cuba masak hari ni.
CARA MASAK DAGING MASAK BLACK PEPPER YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1kg daging – hiris nipis
3 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tiram
Kicap manis secukupnya
1 biji bawang holland – hiris
1 biji tomato – hiris
15 tangkai cili padi hijau & merah – lebih sedap jika guna lada benggala
Garam dan serbuk perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang merah
8 ulas bawang putih
1 hiris halia
1 sudu makan lada hitam
CARA MEMASAK:
1. Hiris daging kemudian rebus hingga empuk. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi. Lebih kurang dalam 5 minit.
3. Kemudian masukkan daging bersama air rebusan daging dengan secukupnya.
4. Tambahkan sos lada hitram,. Sos cili, sos tiram dan kicap manis. Jumlah kicap bergantung pada tahap kegelapan sajian yang anda mahu. Gaul rata.
5. Teruskan masak daging hingga agak pekat. Tambahkan garam serta perasa jika perlu.
6. Akhir sekali, masukkan hirisan bawang holland, tomato serta cili padi. Gaul sebati dan sedia untuk dinikmati.
Telur Dadar Gulung Berkeju ni memang antara menu yang sesuai dimasak bila anda nak cepat. Tak sampai 10 minit dah boleh siap. Yang penting, kena makan panas-panas kerana limpahan keju dalam Telur Dadar Gulung ni pastinya buat anda makan bertambah. Gunakan Keju Perfect Italiano Mozzarella untuk regangan yang sempurna serta meningkatkan rasa dalam masakan. Bila tarik tu, fuhhh memang puas hati dan buat anda rasa teruja dalam setiap gigitan. Jom cuba.
TELUR DADAR GULUNG BERKEJU
Bahan-Bahan:
6-8 biji telur
150gram Perfect Italiano Mozzarella
1 biji cili merah – cincang halus
½ labu bawang besar – cincang halus
Garam dan lada sulah secukupnya
Cincangan daun bawang secukupnya
Cara Memasak:
Di dalam mangkuk, pukul telur hingga agak kembang dan ringan.
Masukkan Perfect Italiano Mozzarella, cincangan cili, cincangan bawang besar, garam dan lada sulah secukupnya. Gaul sebati.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper.
Tuang sesenduk bancuhan telur lalu ratakan. Masak hingga bahagian bawah telur agak perang (api kecil sahaja).
Gulung telur dadar dan potong mengikut cita rasa. Tabur cincangan daun bawang. Hidangkan panas.
Kuih apam memang menjadi kegemaran ramai. Bukan hanya sedap dimakan ketika minum petang, bila-bila masa pun boleh menikmatinya. Jom kita cuba buat apam susu. Selain rasanya yang sedap, ia mudah. Sudah pasti mereka yang kurang mahir akan tertarik membuatnya.
Bahan untuk buat apam susu :
Empat biji telur ayam
Satu sudu teh esen vanila
Satu sudu besar ovalet
Empat sudu besar susu pekat
Dua cawan tepung gandum
Satu cawan gula
Pewarna
Cara Membuat Apam Susu
Pukul telur, vanila, ovalet, gula sampai kembang gebu dan putih.
Masuk susu pekat dan kembali pukul.
Masuk tepung dan kacau sampai sebati.
Kalau nak warnakan bahagi kan kepada beberapa bahagian Warnakan sesuka hati mengikut citarasa anda.
Akhir sekali, kukus kek apam susu anda selama empat puluh lima minit atau sampai masak.
Nak buat aiskrim homemade lembut, halus dan murah? Ini resipi viral dengan 5 bahan ringkas yang rasanya setanding jenama mahal. Mudah, cepat dan confirm menjadi!