Koleksi Resipi Aneka Kek Kukus Sedap & Mudah Buat

Terasa nak makan kek tapi tak ada ketuhar? Ini antara resipi-resipi kek kukus viral yang ada dikongsi di grup Masak Apa Hari Ni yang sedap dan boleh anda cuba. Pasti puas hati. Bolehlah cuba buat untuk sajian keluarga dan kawan-kawan yang datang beraya di hujung minggu nanti.

 

1. KEK SUSU KUKUS

Koleksi Resipi Aneka Kek Kukus Sedap & Mudah Buat

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula halus
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur size A
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu besar ovellete
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • 1/4 cawan minyak jagung

CARA MEMASAK:

  1. Putar telur, gula, ovalette, susu cair, susu pekat manis, esen vanilla dan garam menggunakan mixer sehingga putih gebu.
  2. Kemudian masukkan minyak jagung dan tepung agndum. Putar lagi hingga sebati.
  3. Bahagikan adunan ke dalam 4 mangkuk yang sama saiz. Warnakan dengan pewarna kuning, coklat, merah dan hijau. Kacau rata.
  4. Ambil loyang dan sapukan mentega. Kemudian tuang adunan berselang-seli ke dalam loyang.
  5. Letak loyang dalam periuk kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Tutup dengan rapat ( tudung periuk diikat dengan kain supaya kek tidak menjadi bantat.).
  6. Kukus selama 35 minit guna api sederhana.
  7. Bila kek masak, angkat dan sejukkan. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Wan Wok

 

2. KEK COKLAT MOIST KUKUS

Koleksi Resipi Aneka Kek Kukus Sedap & Mudah Buat

BAHAN-BAHAN:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum(*)
  • 1 sudu teh baking powder (*)
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat (*)
  • 1/2 cawan serbuk koko (*)
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 7 sudu makan gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan ovalette
  • 2 biji telur gred A

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Satukan bahan-bahan bertanda (*) dan ayak. Ketepikan.
  2. Masukkan bahan-bahan lain ke dalam mesin pengisar. Kisar sampai sebati.
  3. Tuang adunan ke dalam bekas mengandungi bahan diayak tadi. Kacau hingga sekata. Jika nak kek berwarna lebih hitam menawan, tambahkan sedikit coklat emulco. Jika nak kek lebih enak, boleh juga tambahkan coklat rice secukupnya ke dalam adunan kek.
  4. Ambil loyang dan sapukan marjerin. Kemudian tuang adunan kek.
  5. Kukus kek selama 1 jam menggunakan api sederhana. Pastikan periuk kukusan dipanaskan terlebih dahulu.
  6. Balut penutup periuk kukusan dengan kain bagi mengelakkan wap air menitis ke atas kek.
  7. Untuk topping, panaskan susu cair, susu pekat dan coklat masakan guna kaedah double-boil. Bila coklat dah larut, masukkan sedikit shortening. Sukatan agak-agak sahaja.
  8. Untuk hias kek, bila dah masak, biarkan kek dan topping agak suam terlebih dahulu baru dituang ke atas kek. Tuang separuh topping sahaja. Simpan kek dalam peti sejuk selama 30 minit, keluarkan dan barulah dituang baki topping tadi.
  9. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Ana Mariana Ismail

 

3. KEK MILO KUKUS

Koleksi Resipi Aneka Kek Kukus Sedap & Mudah Buat

BAHAN A:

  • 1 cawan milo
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan air panas

BAHAN B:

  • 3 biji telur gred A – pukul hingga kembang

BAHAN C:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat

(semua bahan ayak bersama)
CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan A dan kacau rata hingga tiada ketulan milo. Kemudian masak sekejap atas dapur hingga sebati. Tidak perlu masak sampai mendidih.
  2. Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A. Adun hingga sebati.
  3. Ambil loyang bersaiz 8×8 dan oles dengan sedikit minyak. Tuang adunan kek tadi.
  4. Panaskan periuk kukusan dan kukus kek selama 45 minit.

Kredit resipi & foto: Sarimah Samsuri

IKLAN

 

4. KEK PANDAN

Koleksi Resipi Aneka Kek Kukus Sedap & Mudah Buat

BAHAN A:

  • 5 biji telur
  • 1 sudu besar ovellete
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 1 cawan gula aising
  • 1 sudu perasa pandan
  • Pewarna hijau ( dark green) secukupnya

BAHAN B ( DIAYAK)

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecik soda
  • 1 sudu kecik baking powder

CARA MEMASAK:

  1. Satukan bahan A dan putar hingga gebu.
  2. Kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit hingga rata.
  3. Akhir sekali masukkan pewarna hijau.
  4. Kukus kek selama 45 minit atau hingga kek masak. Kalau amsak dalam bekas seperti dalam gambar, masanya hanya 20 minit sahaja.
  5. Bila sejuk, bolehlah terus dimakan atau dihias dengan krim dan parutan keju.

Kredit resipi & foto: Norhidayah Abdullah

 

IKLAN

5. KEK PISANG COKLAT MOIST KUKUS

Koleksi Resipi Aneka Kek Kukus Sedap & Mudah Buat

BAHAN A:

  • 3 biji telur
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 sudu besar ovelatte
  • 1 cawan minyak jagung@mentega dicairkan
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 2 sudu susu cair
  • 1 cawan pisang dilenyek
  • Sedikit garam
  • Sedikit esen vanilla

BAHAN B:

  • 2 cawan tepung gandum – diayak
  • 1/2 sudu besar soda bicarbonat – diayak
  • 1/2 sudu besar baking powder – diayak
  • 3 sudu besar serbok koko
  • 1 sudu kecil perasa coklat emulco

CARA MEMASAK:

  1. Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan ovalette dan pukul lagi.
  2. Tambahkan susu pekat, minyak, susu cair dan garam. Adun lagi selama 4-5 minit hingga kembang dan barulah dimasukkan pisang.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan kacau rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu dibiarkan pada warna asal satu lagidimasukkan serbuk koko. Gaul rata.
  5. Oleskan minyak pada acuan dan masukkan adunan kek tadi.
  6. Kukus selama 30 minit.
  7. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nur Aisya

 

6. KEK KUKUS MASAM MANIS

Koleksi Resipi Aneka Kek Kukus Sedap & Mudah Buat

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji telur
  • 250gm mentega
  • 1 3/4 cawan biskut Cream Crackers yang telah dikisar halus
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 tin kecil susu pekat / bubuh194 gm
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh baking powder
  • Kepingan Haw Flakes secukupnya
  • Pewarna hijau dan merah jambu- ikut suka

CARA MEMASAK:
1. Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil semasa mengukus kek.
2. Mentega dan gula diputar sehingga kembang. Kemudian masukkan telur dan putar lagi.
3. Campurkan baking powder dan putar. Masukkan pula susu pekat dan putar sebati.
4. Setelah itu masukkan cream crackers kisar dan esen vanilla. Putar hingga adunan sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian ( terpulang pada citarasa masing-masing, nak 2 atau 3 bahagian ).
6. Warnakan setiap bahagian dengan warna yang berbeza.
7. Ambil sedikit adunan hijau dan ratakan di dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga masak.
8. Setelah adunan hijau masak, cucuk beberapa lubang dengan lidi. Tekan secara lembut dengan sudu plastik.
9. Lapis dengan haw flakes dan lapis lagi di atasnya dengan warna merah jambu. Kukus sekali lagi hingga masak. Ulang langkah hingga adunan habis. Pastikan pada lapisan paling atas, letak kepingan haw flakes.
10. Setelah masak, angkat, sejukkan seketika dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Masura Mastori

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI