
Wow… enaknya sajian Ikan Bawal Stim Chinese Style ni. Bagi anda yang sukakan hidangan yang sedap, ringkas dan lebih sihat, sajian kukus sebegini adalah yang terbaik. Malah bahan-bahannya juga tidak terlalu banyak digunakan. Sangat sederhana tapi penuh dengan rasa. Jom cuba resipi perkongsian saudari Raja Azreen ni. Pasti puas hati.
CARA MASAK IKAN BAWAL STIM CHINESE STYLE
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan Bawal Emas – dibersihkan
Halia – hiris batang mancis
1 tangkai daun bawang – hiris / batang bawang dimayang
Cili padi secukupnya – hiris
7-8 ulas bawang putih – cincang
BAHAN SOS:
2 sudu makan kicap cair – beli online disini
1 sudu makan sos tiram – beli online disini
1 sudu makan minyak bijan – beli online disini
1/2 sudu teh gula
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan goreng bawang putih cincang menggunakan api kecil hingga kuning keemasan. Tutup api.
2. Letak ikan dalam bekas untuk mengukus dan masukkan hirisan batang bawang.
3. Tabur juga hirisan halia. Kukus ikan selama 5 minit.
4. Buka penutup kukusan dan tuang sos dan juga bahan goreng tadi. Taburkan juga hirisan daun bawang dan cili. Kukus ikan hingga masak sepenuhnya.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Raja Azreen
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kari Ikan Sugu Pavitra. Sangat Sedap & ‘Comfirm’ Makan Bertambah
Resipi Step By Step Buat Sardin Roll Yang Sedap & Gerenti Menjadi
Resipi Kuih Bingka Kelapa Sedap. Bakar Guna Loyang Muffin & Oven Je
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
4 Cara Masakan Thai ‘Gerenti’ Sedap . Resipi Hebat Restoran Jemari.

Isi Kandungan
ToggleSajian Thai memang cukup popular di benua Asia dan seluruh dunia. Kalau asyik makan juadah yang sama pun ‘boring’ gak. Jom kita try lauk Thai pula. Tak payah pergi jauh di Restoran Jemari macam-macam menu Thai ada.
Campuran rempah dan pelbagai herba seperti daun selasih, limau purut, serai dan kantan yang kaya aroma cukup menyelerakan.
Jom kita cuba rasa juadah dari reseipi sumbangan Tahirah Kamaruddin dan Mohd Shafik Suhaimi dari Restoran Jemari, Shah Alam. Rugi kalau korang tak cuba.
1.Phad Kra Phao Gai (Ayam Prad Kra Phao)
BAHAN-BAHAN :
- 200 gm isi ayam | dicincang
- 3 ulas bawang putih | dicincang
- 20-30 gm daun selasih
- 7 biji cili padi merah | ditumbuk halus
- 3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
- 2 sudu makan kicap sotong atau kicap ikan
- 1/2 sudu makan sos tiram
- 1/2 cawan air rebusan ayam
- 2 sudu teh kicap pekat
- 4 sudu teh gula
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK :
1.Pijarkan minyak dan tumiskan bawang putih bersama isi ayam dan cili padi yang telah ditumbuk.
2. Masukkan kicap sotong, sos tiram dan perisakan dengan garam dan gula.
3. Kemudian masukkan air rebusan ayam dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kicap pekat
5 .Setelah hampir kering masukkan daun selasih dan sedia dihidang.
Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 10 minit
Jenis masakan : Lauk utama Thai
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan : Cili thai dan daun selasih menghasilkan kombinasi yang pedas dan beraroma sedap
Anggaran kos : RM 9
INFO CHEF : Dalam masakan ini penting untuk mengawal api dan kerap kacau supaya ia tidak terlalu kering dan hangit.
2. Gaeng Kiaw Wan (Daging Masak Kari Hijau)
BAHAN-BAHAN :
Bahan tumis (pes hijau) :
- 1 batang serai |dikisar halus
- 2 ulas bawang putih | dikisar halus
- 1.5 sm lengkuas | dikisar halus
- 6 biji cili hijau besar | dikisar halus
- 20 gm belacan | dibakar dan kisar
- 1/2 sm kulit kayu manis
- 1/2 sudu teh ketumbar
- 1/2 sudu teh lada hitam
- 1 biji kulit limau purut | disagat
- 4 helai daun limau purut | dihiris halus
- 200 gm daging /dihiris nipis
- 20- 30 gm daun selasih
- 1 biji terung bulat/panjang dibelah dua
- 10 gm kubis bunga/ dihiris
- 3 batang kacang panjang/ dipotong pendek
- 2 sudu teh gula
- 2 sudu makan kicap sotong @ ikan
- 62 ml air rebusan daging
- 100 ml santan
- Garam secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam periuk. Setelah pijar masukkan semua bahan untuk menumis yang telah dikisar halus tadi biarkan ia garing dan pecah minyak.
2. Masukkan daging serta air rebusan ayam serta kacau rata dan biarkan mendidih.
3. Apabila daging mulai lembut masukkan sayur-sayuran, kicap sotong dan santan.
4. Biar mendidih dengan api sederhana dan kacau selalu.
5. Masukkan santan selepas beberapa minit mereneh. Masukkan daun selasih dan padamkan api.
6. Kari hijau sedia dihidang
Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 20 minit
Jenis masakan : Lauk utama
Cara memasak : Tumis dan reneh
Keistimewaan : Daun selasih memberi rasa istimewa pada lauk kari hijau Thai ini.
Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Anda boleh buat pes hijau lebih untuk digunakan lagi. Supaya lebih tahan tumiskan dengan minyak sampai garing dalam 6- 7 minit, guna api kecil dan kacau selalu. Kemudian sejukkan dan
simpan dalam botol. Bila nak guna ambil dan tak perlu tumis.
3. Gaeng Phanaeng (Daging Phanaeng)
BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk ditumis :
- 400 gm daging | dihiris nipis
- 6 sudu makan pes cili kering
- 2 batang serai | dikisar halus
- 2 sm lengkuas | dikisar halus
- 4 helai daun limau purut | dikisar halus
- 1.5 sm belacan bakar | dikisar
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 20 gm daun dan tangkai ketumbar | dicincang halus
- 2 biji kulit limau purut | dikisar halus
- 2 ulas bawang putih | dikisar halus
- 1 batang kayu manis | dikisar halus
- 1/2 sudu teh jintan manis
- 1 cawan air
- Minyak untuk menumis
- 40 ml santan segar
- Gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan rempah dan bahan yang telah dikisar tadi. Tumis hingga garing dan pecah minyak
2. Masukkan daging dan air dan biarkan daging empuk.
3. Kecilkan api dan biarkan ia mereneh seketika dan masukkan santan segar
4. Kacau seketika dan padamkan api. Siap dimasak
Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 10 minit
Jenis masakan : Lauk utama
Cara memasak : Tumis dan sedikit reneh
Keistimewaan : Enak kaya dengan rasa rempah dan lemak santan
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Resepi yang sama boleh juga digunakan untuk ayam.
4. Hor Mok Talay (Otak-otak udang)
BAHAN-BAHAN :
- 4 ekor udang | dicincang
- 1 ekor sotong | dicincang
- 4 ekor kupang | dicincang
- 2 biji telur
- 2 batang kacang panjang | dipotong kecil
- 1/4 batang lobak merak | dicincang halus
- 2 batang cili padi | dihiris
- 2 ulas bawang putih | dicincang
- 20 gm daun selasih
- 1/2 biji bawang holland | dicincang
- 2 biji bawang merah | dicincang
- 10 ml santan
- Gula secukup rasa
- 1/2 sudu teh sos tiram
- 1/2 sudu teh kicap sotong@ikan
CARA MEMASAK :
1.Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati.
2. Panaskan pengukus dengan air.
3.Masukkan adunan ini ke dalam foil dan tutup sepenuhnya dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 10 minit.
4.Sebelum dihidang anda boleh meletakkan sedikit santan di atasnya dan hias dengan sedikit cili merah jika mahu lebih pedas.
5.Hor mok sedia dihidang
Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 15 minit
Jenis masakan : Lauk utama/kudapan
Cara memasak : Kukus
Keistimewaan : Rasa pedas dan aroma daun selasih membuka selera
Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF : Hor Mok adalah otak-otak versi Thailand. Selain makanan laut boleh juga digantikan ayam atau isi ikan dory.
5.Gar Hor Bai Toey (Ayam pandan)
BAHAN-BAHAN :
250 gm isi ayam (potong kiub sederhana besar)
4-5 helai daun pandan
Bahan untuk perapan :
- 40 ml susu cair
- 1 sudu makan serbuk kari ayam
- 1 sudu teh sos tiram
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh serbuk lada putih
- 1 tangkai daun ketumbar (dihiris halus)
- 3 ulas bawang putih /dikisar halus
- 3 ulas bawang merah /dikisar halus
- 1 sm halia /dikisar halus
CARA MEMASAK :
1. Bersihkan ayam dan toskan.
2. Kisar halus semua bahan perapan, letakkan sedikit air.
3. Gaulkan bahan perapan bersama ayam.
4. Biarkan ayam diperap sekurang-kurangnya 3 jam
5. Lipat daun pandan bersaiz samosa, dan masukkan ayam yang telah diperap tadi.
6. Kukus selama 5-6 minit
7. Panaskan minyak dan goreng. Ayam siap dihidang.
Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 15 minit
Jenis masakan : Lauk utama
Cara memasak : Kukus dan goreng
Keistimewaan : Lazat dengan perapan daun pandan
Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Usah dikukus ayam terlalu lama kerana ia akan mengurangkan rasa kemanisan isi ayam
TERIMA KASIH : RESTORAN JEMARI, No. 18A, Jalan Plumbum Q7/Q,
Seksyen 7, Selangor, 40000 Shah Alam
Homemade Pes Dan Perencah Masakan. Buat Stok Bulan Puasa, Jimat Masa!

Isi Kandungan
ToggleBekerja atau tidak, mak-mak memang suka kalau ada rahsia memasak yang memudahkan kerja mereka di dapur. Tambah pula bula puasa dah dekat, yang memerlukan anda masak dengan cepat tetapi sedap untuk keluarga. Asyik nak beli, kadang tak kena dengan selera tekak. Haaa… inilah caranya, cuma sediakan bahan memasak siap-siap dalam peti, tinggal nak masak je!
Jimat masa dan mudah sangat, takdelah nak memasak baru nak kopek bawang!.. Macam-macam perencah ada. Nasi goreng ikan bilis, sambal tumis/asam pedas, kari ikan, pes ikan bakar dan sos black pepper. Jom lihat bahannya:
Pes Ikan Bakar
1. Blend cabai kering, bawang besar, bwg merah dan bawang putih, serai yg dihiris nipis2, sedikit belacan dan kunyit hidup sehingga halus.
2. Panaskan kuali dan tumis bahan blendar dgn sedikit minyak.
3. Masukkan gula dan perahan air asam jawa. Masak sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.
Pes Sambal Tumis
1. Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih dan belacan.
2. Tumis dlm minyak panas. Masukkan gula melaka/gula putih dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
3. Masukkan garam/perisa. Tutup api.
Pes Gulai Ikan
1. Tumis bawang merah dan bwg putih yg dihiris halus bersama daun kari dan halba campur sehingga kekuningan.
2. Masukkan bahan blendar- rempah kari ikan, bawang besar, bwg merah, bwg putih dan sedikit cili kering.
3. Masukkan perahan air asam jawa dan garam. Kacau sebati. Masak sehingga naik minyak. Tutup api.
(Semasa gunakan pes cuma tambahkan santan, ikan dan bendi/terung/timun dsbnya
Kuah Black Pepper
1. Rebus bwg besar dan kentang sehingga lembut. Bila sejuk, blend sehingga halus menggunakan air rebusan tersebut.
2. Panaskan kuali dan leburkan sedikit butter.
3. Masukkan kentang dan bwg yg. diblendar
4. Masukkan sos black pepper, sos tiram dan kicap
5. Tambahkan sedikit serbuk lada putih, gula dan garam
6. Sedikit tepung jagung yg dibancuh dgn air utk memekatkan kuah
7. Masak hingga pekat dan naik bau.
(Boleh dimakan bersama fries, ayam grg dll)
Pes Nasi Goreng Ikan Bilis
1.Blend ikan bilis yg dibuang tulang, bawang merah, bawang putih dan segenggam cili padi.
2. Tumis semua bahan sehingga naik minyak.
3. Masukkan kiub ikan bilis. Kacau sebati sehingga agak pekat/kering. Tutup api.
(Semasa menggoreng nasi boleh tambah fish ball, udang, sotong, isi ayam, sayur2an dsbnya.
Pes Asam Pedas Tumis
1. Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih, kunyit hidup, sebiji tomato dibuang biji dan sedikit belacan.
2. Tumis dlm minyak panas.
3. Masukkan serai yg diketuk, gula dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam/perisa.
(Semasa menggunakan pes, tambah air, masukkan daun kesum dan ikan. Juga kacang bendi/timun. Tunggu didih. Tutup api.)
Selamat mencuba!
Kongsi resipi : Sapina Shahabudin
Laksa Thai Kuah Pekat Sedap Dihirup Sampai Licin!

Pening dah fikir nak masak menu istimewa apa untuk berbuka, nasib baik jumpa resipi Laksa Thai kuah pekat ni! Memang terus nak cuba buat. Terima kasihlah dekat Shahmila Radha sebab kongsi resipi ni di Facebook. Settle dah satu menu untuk berbuka puasa hihi. Jom kita cuba resipi Laksa Thai ni.
LAKSA THAI
BAHAN-BAHAN:
KUAH LAKSA
Ikan kembung saiz kecil 1 1/2 kg
Bawang Putih 1 Labu *
BawangMerah Ros 5 biji *
Bawang Besar 1 biji *
Serai 3 Batang *
Lengkuas (besar dua ibu jari) *
Akar Daun Ketumbar (3)*
Cili Padi (15-20biji) nak kurang pedas, letak sikit *
Cili Hijau (3biji) *
Bunga Kantan 3 kelopak
Daun Limau Purut 3 helai
Santan Kotak 1 saiz kecil
Asam Keping 3/4
CARA PENYEDIAAN:
Ikan tu, siang dan cuci bersih sebelum direbus.
Asingkan isi ikan, tulang, dan air rebusan.
Blender isi ikan dan asingkan..
Blend tulang dan asingkan
Tapis (tulang yang blend tadi) ambil pati sahaja.
Bila dah siap campur isi ikan yang dah di blend halus, air pati tulang ikan dan air rebusan ikan tadi. Ketepikan..
Blend bahan yang bertanda. Letak minyak untuk tumis. Minyak jangan banyak sangat. Tumis bahan yang di blend sampai masak.
Bila bahan tumis dah masak, masukkan stok ikan tadi, bunga kantan, asam keping, daun limau purut, dan air 1 cawan besar. Buka api slow, biarkan dia masak. Bila dah menggelegak, letak santan dan garam.
Boleh adjust bagi cukup asam garam ikut selera masing-masing .
Siap!!
BAHAN-BAHAN LAIN:
LAKSA
1 Paket laksa kering
Rendam dulu 1-2 jam.. Panaskan air, dan masukkan laksa tadi. Bila dah lembut boleh toskan.. Siap!!
ULAM
Kacang Panjang (potong halus)
Daun selasih
Daun pudina
Tauge
Timun (sagat nipis)
Bunga kantan (Potong Halus)
Limau kasturi (belah dua)
Cili padi potong (kalau nak pedas)
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Shahmila Radha
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Apam Coklat Pasti Menjadi Kegilaan Anak-Anak Di Rumah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official