Gulai pisang muda tumis darat ini antara lauk kampung yang semakin jarang kita jumpa. Namun begitu kalau dihidang memang berselera kita makan. Sangat enak, malah cara membuatnya juga agak mudah. Cuma sediakan pisang muda, bahan selebihnya sudah ada di dapur kita.
Resipi Gulai Pisang Muda Tumis Darat
Bahan-bahan
10 biji pisang emas muda
1 senduk serbuk kari daging
2 cawan santan
Segenggam ikan bilis
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 pati ikan bilis
2 Asam keping
Garam
Sedikit gula
Bahan untuk tumis darat
Minyak masak
5 ulas bawang merah – mayang
3 ulas bawang putih – mayang
4 tangkai cili Kering hiris nipis serong
3 tangkai daun kari
1 sudu besar halba campur (jika suka)
Cara memasak
1. Cuci pisang, buang lapisan nipis luar kulit pisang. Potong serong rendam dalam air garam untuk elak getah pisang jadi hitam .
2. Kisar bawang besar dan bawang putih dgn air.
3. Masukkan dalam periuk bahan kisar, pisang, rempah kari, pati ikan bilis, ikan bilis, asam keping, garam, gula dan air paras pisang.
4. Masak sampai mendidih dan pisang empuk.
5. Masukkan santan. Kacau rata. Biar mendidih. Rasakan garam semua. Tutup api.
6. Untuk tumis darat, panaskan kuali. Tuangkan sesenduk minyak masak. Tumis semua bahan tumis hingga garing. Terus tuang sekali dengan minyak dalam gulai pisang tadi. Tutup periuk untuk mengekalkan aroma tumisan.
Kredit resipi & foto: Nur Masri
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Koleksi Resipi Lauk Pauk Mudah & Enak Yang Sesuai Dijadikan Menu Kenduri.
Sebelum puasa ni, pasti ada yang merancang nak mengadakan kenduri kendara. Tak kiralah majlis pertunangan, perkahwinan, doa selamat dan sebagainya. Bila adanya majlis-majlis sebegini, tuan rumah pastinya sibuk duk fikir lauk-pauk apa yang nak dimasak nanti. Jom lihat seleksi lauk pauk yang boleh anda cuba masak sendiri di rumah secara rewang. Paling penting, sedap & memuaskan hati tetamu yang datang.
1. KARI DAGING KENTANG
BAHAN-BAHAN:
- 3kg daging batang pinang dan sedikit tulang | daging dipotong kiub dibersih dan ditoskan
- 5 biji kentang | dikupas dan belah empat
- 1 kg santan pekat
- 1 liter air
- 1 sudu makan gula melaka
- 2 paket kecil rempah kari daging | dibancuh dengan sedikit air
- 2 sudu makan kerisik
- Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:
- 5 biji bawang merah | dihiris
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- 3 tangkai daun kari
- 2 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 7 kuntum bunga cengkih
- 5 biji buah pelaga
BAHAN KISAR HALUS:
- 2 biji bawang besar
- 10 biji bawang merah
- 7 ulas bawang putih
- 1 inci kunyit hidup
- 2 inci halia
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan tumis sehingga harum dan masukkan bahan kisar halus beserta rempah kari dan tumis hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.
- Masukkan daging dan gaul rata dan masak sehingga daging kecut sedikit.
- Masukkan air, kacau, besarkan api dan masak sehingga mendidih, Masukkan kerisik, gula melaka, garam secukup rasa dan kacau perlahan.
- Masukkan kentang dan masak sehingga kentang agak empuk.
- Tuang pati santan, masak sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat. Matikan api.
- Sedia untuk dihidangkan
Info chef: Campurkan tulang bersama daging bagi mendapatkan rasa kari yang enak dan manis.
2. GULAI LEMAK NANAS IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji nanas sederhana besar | kupas, belah empat, buang empulur dan hiris sederhana tebal
- 1kg ikan masin talang | cuci dan rendam 30 minit dan toskan
- 5 batang serai | diketuk
- 5 helai daun kunyit | disiat
- 2 keping asam gelugur
- 1 liter santan cair
- 2 kg santan pekat
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
- 10 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3 biji cili merah
- 20 biji cili api | lebihkan jika mahu pedas
- 1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan-bahan kisar halus dan serai yang telah diketuk ke dalam periuk.
- Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Tambah ikan masin dan nanas. Kacau rata dan masak hingga nanas 1/2 empuk. Tuang sedikit air jika perlu.
- Masukkan asam gelugur dan tuang pati santan. Kacau perlahan.
- Masukkan daun kunyit dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa, jika perlu, baru tambahkan garam secukup rasa. Biar mendidih sekejap dengan api kecil dan kacau selalu. Boleh matikan api.
- Sedia untuk dihidangkan
Info chef: Selain talang, boleh juga menggunakan ikan masin lain mengikut kesesuaian hidangan.
3. IKAN DORY MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
- 2kg ikan dory | potong dadu sederhana besar
- 1 biji lada benggala merah | dibersihkan dan dipotong dadu
- 1 biji lada benggala hijau | dibersihkan dan dipotong dadu
- 1 biji lada benggala kuning | dibersihkan dan dipotong dadu
- 2 biji telur
- 1 cawan tepung jagung
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu makan serbuk lada hitam | lebihkan jika mahu pedas
- 2 biji bawang besar | hiris kasar
- 7 ulas bawang putih | diketuk
- 5 sudu makan sos Hoisin
- 1 botol besar sos cili Thai
- 5 sudu makan sos plum
- 2 cawan air
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
- Hirisan daun sup untuk hiasan
- Hirisan cili merah untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Masukkan kepingan ikan ke dalam bekas. Masukkan serbuk lada hitam, sedikit garam dan gaul rata.
- Masukkan telur dan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit kedalam bekas ikan dan gaul rata sehingga ikan tersebut bersalut tepung dengan sempurna.
- Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan sehingga masak dan berwarna kekuningan dan toskan minyak dan ketepikan.
- Untuk membuat kuah, tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi dan masukkan air, sos Hoisin, sos cili Thai dan sos plum. Masak sehingga mendidih dan kuah menjadi sedikit pekat. Rasakan keseimbangan rasa kuah iaitu terasa rasa masam dan manisnya. Tambah lebih sos sekiranya perlu.
- Masukkan lada benggala dan masak sekejap dan matikan api.
- Tuang kuah kedalam bekas kepingan ikan untuk menghidang. Hiaskan dengan hirisan daun sup dan cili merah.
- Sedia untuk dihidangkan
Info chef: Tidak perlu untuk mencampurkan kuah terlalu awal untuk mengelakkan kepingan ikan menjadi kembang.
4. ACAR ANGGUR
BAHAN-BAHAN:
- 1kg anggur hitam
- 3 biji timun jepun
- 3 biji tomato masak
- 1 biji bawang holland
- 1 cawan cuka makan
- 10 biji cili api hijau | lebihkan cili jika mahu lebih pedas
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bersihkan semua bahan dan toskan.
- Potong dadu bawang, tomato dan timun dan masukkan ke dalam mangkuk.
- Masukkan cuka, garam dan gula ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
- Sedia untuk dihidangkan
Info chef: Selain anggur hitam, boleh juga menggunakan anggur hijau atau merah. Lebih enak jika menggunakan anggur tanpa biji.
5. SAYUR CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji lada benggala merah | dibersihkan dan dipotong dadu
- 2 biji lada benggala kuning | dibersihkan dan dipotong dadu
- 2 biji lada benggala hijau | dibersihkan dan dipotong dadu
- 3 biji lobak sederhana besar | dikikis kulit dan dipotong nipis
- 1kg brokoli | dipotong sedang
- 1kg bunga kubis | dipotong sedang
- 500gm kacang pis
- 3 biji bawang besar | dihiris halus
- 7 ulas bawang putih | diketuk
- 500gm udang sederhana | dibuang kulit dan dibersihkan
- 5 sudu makan serbuk perisa
- 1/2 cawan tepung jagung | dibancuh dendan sedikit air
- Garam secukup rasa
- Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Sayur-sayuran dicelur seketika. Angkat dan toskan. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga berbau harum.
- Masukkan udang dan goreng seketika.
- Selepas itu masukkan air bancuhan tepung jagung tadi. Kacau rata sehingga mendidih.
- Masukkan sayur-sayuran, serbuk perasa dan garam secukupnya. Kacau sehingga sebati dan matikan api.
- Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Selain udang, boleh juga menggunakan isi ayam, daging atau ikan bilis.
6. PAJERI TERUNG
BAHAN-BAHAN:
- 50 biji terung panjang | saiz sederhana kecil
- 1 kg santan pekat
- 1 paket sederhana besar rempah kari daging | bancuh dengan air menjadi pes
- 2 senduk kerisik
BAHAN TUMIS:
- 5 biji bawang merah | dihiris
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- 3 tangkai daun kari
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 5 biji buah pelaga
BAHAN KISAR HALUS:
- 7 ulas bawang putih
- 10 ulas bawang merah
- 2 biji bawang besar
- 2 inci halia
- 100gm udang kering | dibasuh dan direndam seketika
CARA MEMASAK:
- Terung dibuang pangkalnya dan dibelah dua. Rendam di dalam air.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar halus bersama rempah tumis sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan rempah kari yang telah dijadikan pes. Masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan terung dan kacau seketika. Tuang santan pekat dan kerisik.
- Kacau rata dan tambah garam dan gula mengikut cita rasa anda. Masak hingga pekat dan terung lembut.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Terung perlu direndam air bagi mengelakkan ia menjadi lebam.
Resipi Peria Goreng Telur Pecah Bersama Udang Yang Pahit-Pahit Manja Tapi Sedap
Kalau suka makan sayur peria, kena cuba buat peria goreng telur pecah bersama udang ini. Memandangkan dimasukkan sekali udang, hidang satu lauk ini saja pun sudah lengkap untuk makan tengah hari atau malam. Rasanya pahit-pahit manja tapi sedap.
Resipi Peria Goreng Telur Pecah Bersama Udang
Bahan-bahan
1kg peria katak -dipotong nipis
200 gram udang -dibuang kulit
3 biji telur
1sudu besar cili kisar
Bahan kisar kasar atau tumbuk
1 biji bawang merah besar
4 ulas bawang putih
Cara membuat
1. Rendam peria yang dipotong dalam air garam. Ramas-ramas peria dan basuh dua hingga tiga kali. Kemudian tos.
2. Panaskan minyak dalam kuali masuk bahan yang ditumbuk, kacau rata hingga naik bau.
3. Selepas itu masuk cili kisar, kacau lagi hingga pecah minyak.
4. Kemudian pecahkan telur dalam tumisan, tunggu sekejap dan barulah kacau.
5. Masuk udang, kacau kaup balik hingga rata. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
6. Akhir sekali masukkan peria, kacau rata. Bila peria sudah sedikit layu tutup api siap.
Kredit resipi: Azizah Daud
Resipi Kimchi Air Tangan Ibu, Lengkap Rasa Pedas Manis & Rangup
Buat peminat drama Korea, pasti kimchi antara hidangan yang mendapat tumpuan.
Jika berkunjung ke pasaraya, ada juga kimchi dijual dalam pek-pek kecil. Tapi sebenarnya, kimchi boleh buat sendiri je di rumah.
Resipi yang dikongsi Aisyah Humaira ini, adalah air tangan daripada ibunya, Rohani Che Yahya.
Rasanya memang segar dan rangup, lengkap rasa pedas, masam, masin dan manisnya. Lagi sempurna dengan sedikit rasa lemak-lemak dari serbuk cili.
KIMCHI
BAHAN SAYUR:
1 biji kobis panjang (pilih yang besar)
1 batang lobak merah | dihiris halus memanjang – beli online di sini
1 tangkai daun bawang
1 genggam daun kucai
½ biji sengkuang | dihiris nipis memanjang
1 sudu kecil bijan disangai (optional)
Garam kasar secukupnya untuk perap kobis
BAHAN PES:
4 sudu besar serbuk cili babas atau mengikut pedas disukai – beli online di sini
4 susu besar cili kisar/cili boh – beli online di sini
6 sudu besar cuka makan – beli online di sini
3 sudu besar minyak bijan – beli online di sini
Sos ikan secukup rasa – beli online di sini
Gula & garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
1 biji epal fuji
½ biji buah lai/pear
2 biji bawang besar – beli online di sini
2 ulas bawang putih – beli online di sini
1 inci halia
1 sudu makan udang kering – beli online di sini
Dapatkan Cuoco Premium Stainless Steel Knife Set dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Cuci kobis hingga bersih. Hiris ikut saiz disukai dan tabur garam kasar di setiap helaian kobis.
2. Perap 1 jam. Apabila siap perap, bilas kobis dengan air sambil tekan-tekan buang air masin dari kobis.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Toskan dan tekan lagi supaya kering air pada kobis (kalau air banyak nanti kimchi jadi terlalu berkuah).
4. Dalam bekas besar, masukkan semua bahan pes dan bahan kisar, lalu kacau sebati.
5. Cuba rasa sedikit, pes kimchi mesti rasa pedas-pedas manis, masin dan masam.
6. Masukkan kobis dalam bekas berisi pes tadi bersama semua bahan sayur di atas dan ratakan pes pada keseluruhan sayur. Siap.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
7. Enak makan yang baru siap. Rangup-rangup dan boleh jerukkan perap simpan dalam peti.
Kredit resipi: Aisyah Humaira
Kelas Online Rasa kini kembali & ia PERCUMA!
Nak belajar buat aneka juadah minum petang yang ringkas dan sedap? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.
Kelas Online Minum Petang
Tarikh: 10 September 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Cara Masak Nasi Tomato Simple, Tapi Sedap Macam Dekat Kenduri!
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: