Untitled design - 2021-07-15T160019.825

Menu makan malam teringin pula nak makan bubur nasi. Kalau orang Terengganu panggil nasi air. Walau apa pun sebutan, ia memang sedap dimakan tak kira waktu. Letak di atasnya ayam yang dicarik, daging yang dipotong nipis dan kalau suka boleh buat minyak bawang putih untuk makan dengan nasi air ni. Jomlah kita buat.

Resipi Nasi Air Terengganu Dengan Ramuan Yang Cukup, Gerenti Tak Cukup Semangkuk

Resipi Nasi Air Terengganu Dengan Ramuan Yang Cukup, Gerenti Tak Cukup Semangkuk
NASI AIR TERENGGANU
Bahan-bahan:
5 ketul ayam (rebus bersama kuah sup. Bila masak keluarkan, lumurkan dengan kicap pekat manis dan gorengkan bagi kekuning-kuningan. Kemudian carik- carikkan isinya,ketepikan)
250gram daging( dibasuh bersih kemudian direbus sekali dalam kuah sup.Bila masak keluarkan.Potong nipis-nipis,ketepikan)
10 batang kaki ayam( direbus hingga empuk dalam sup). Kalau tak ada pun tak apa.Kalau ada lagi sedap.

Bahan tumisan:
5 biji bawang merah ( dimayang)
3 biji bawang putih (dimayang)
1 inci halia (diketuk)
Rempah 4 sekawan
Minyak masak

Bahan lain:
1 sup bunjut
1 kiub pati lembu (kalau tak ada pati ayam boleh)
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis (untuk gelapkan sikit kuah)
Kangkung(celur)
Taugeh(celur)
Daun sup dan bawang
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perasa
Batang saderi
2 sudu besar sos ikan
Telur masin(potong 4)
Bilis goreng
Daun ketumbar

IKLAN

Cara membuat:
1.Mula-mula masukkan minyak, tumis bahan tumisan,bawang
2.Dah wangi,masukkan 4 sekawan. Tumis sampai naik bau.
3.Masukkan sedikit air dan sup bunjut,akar ketumbar dan sedikit batang dan daun ketumbar.
4.Kacau,tambahkan air.
5.Masukkan daging,ayam kacau kaki ayam.
6.Masukkan pati lembu,sedikit daun sup,kicap,sos ikan,garam, gula ,serbuk perasa secukupnya.Biarkan sup mendidih dengan api kecil.

Resipi Nasi Air Terengganu Dengan Ramuan Yang Cukup, Gerenti Tak Cukup Semangkuk
Resipi air lada
1 biji cili besar merah
8 biji cili padi atau thai
1 inci gula melaka
Gula pasir
Garam
Perasa
2 sudu besar cuka makan

Cara membuat:
1.Kisar halus bahan 1 hingga 6 dengan sedikit sahaja air. Keluarkan.
2.Masukkan dalam kuali,panaskan.
3.Masukkan cuka makan. Didihkan sampai sedikit pekat. Tambah sedikit air jika perlu. Siap.

IKLAN

Cara masak bubur:
1 cawan beras
1 inci halia(diketuk)
Garam

Cara membuat:
1.Beras digoreng kemudian dikisar dalam blender. Sukatan beras 1 cawan beras 7 cawan air.
2.Masak dengan api perlahan.
3.Masukkan halia dan garam. Masak sampai jadi bubur.

Resipi Nasi Air Terengganu Dengan Ramuan Yang Cukup, Gerenti Tak Cukup Semangkuk
Kredit: Muliadi Ramli

IKLAN

Resipi Lengkap Nasi Kerabu Bunga Telang, Asli Dari Kelantan!

Kombinasi Lauk Kenduri Yang Tidak Jemu Makan, Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Udang Masak Diraja & Acar Timun Karot

Sekali Cuba Asyik Teringat. Ini Resipi Nasi Goreng Pattaya Special Paling Sedap

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI