Sedapnya Gulai Ikan Bawal. Makan panas-panas dengan nasi putih memang layan. Ada pula sambal belacan sedap, lagilah bertambah makan. Bagi anda yang nak masak Gulai Ikan Bawal dan Sambal Belacan hari ni, resipi mudah perkongsian saudari Noor Baini Bakar ni antara yang boleh dicuba. Pasti puas hati.

CARA MASAK GULAI IKAN BAWAL SEDAP

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 2 ekor ikan bawal besar – potong 3
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 6 sudu makan rempah kari ikan babas – campur sedikit air jadikan pes
  • 1 genggam asam jawa – ramas dengan air secukupnya
  • 1 kotak kecil santan
  • 1 sudu makan cuka
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Sedikit air
  • Bendi, tomato dan cili hijau secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN HIRIS:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ruas jari halia

BAHAN KISAR:

IKLAN
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 ruas jari halia
  • 1 ruas hari lengkuas
  • 1 batang serai
  • 1 cawan air

BAHAN TUMIS:

  • 1 sudu makan halba campur
  • Daun kari secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris bersama daun kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan halba campur. Perlahankan api supaya halba tidak meletup-letup.
3. Masukkan bahan kisar. Masak lagi hingga air sedikit kering.
4. Seterusnya masukkan cili kisar. Masak lagi selama 15 minit. Jika rempah terlalu kering, tambah sedikit air.
5. Tambahkan pes kari. Masak guna api perlahan selama 30 minit sehingga rempah masak sempurna dan pecah minyak. Lagi lama rempah dimasak, lagi elok hasilnya. Tambah sedikit air supaya tidak hangit.
6. Masukkan air asam jawa. Jika mahu kari yang lebih berkuah, tambahkan air. Masak lagi hingga mendidih.
7. Masukkan satu kotak kecil santan. Boleh juga dikurangkan jumlahnya.
8. Seterusnya masukkan cuka. Ia bertujuan supaya ikan tidak lembik.
9. Tambahkan juga garam dan serbuk perasa. Kacau hingga sekata.
10. Masukkan bendi dan ikan. Biar hingga ikan masak.
11. Akhir sekali, masukkan tomato dan cili hijau. Masak seketika.
12. Sedia untuk dinikmati bersama nasi putih dan sambal belacan.

IKLAN

Resipi Wajib Cuba: Gulai Ikan Bawal Paling Padu & Sedap.

Kredit resipi & foto: Noor Baini Bakar

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI