Salah satu biskut yang mudah dan comel. Kalau buat ni, budak-budak yang datang berasa mesti suka. Sedap dan ala-ala cair di mulut gitu. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
GERMAN COOKIES @ DEUTSHE KEKSE
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ads
350gm mentega
375gm tepung kentang/potato starch
200gm tepung gandum
100gm gula aising – diayak
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Ads
Satukan tepung kentang dan tepung gandum. Ayak dan ketepikan.
Putar mentega dengan gula aising hingga sebati. Masukkan garam. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan sekejap.
Bahagikan doh kepada 7 bahagian dan masukkan warna yang disukai.
Ambil sedikit adunan kemudian bulat-bulatkan.Susun atas dulang pembakar.
Guna garpu dan tekan atas bebola doh tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 20 minit.
Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Biskut ni kalau nak dibuat memang tangan kena seni. Nak buat biskut tu dah satu hal. Nak melukis atas biskut tu pun satu hal. Memang agak renyah nak buat biskut mama carey tapi biskut ni ramai peminat tau.
BAHAN AISING
1 biji putih telur
180 gram gula aising
1 sudu besar tepung jagung
Coklat emelco
CARA MEMBUAT
1. Pukul mentega, gula aising dan garam yang telah diayak. Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.
2. Masukkan tepung dan susu tepung yang dah diayak sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
3. Bungkus doh di dalam plastik dan masukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 15 minit.
4. Panaskan oven, keluarkan doh yang telah disejukkan tadi. Canai doh dan tekap dengan acuan.
5. Bakar adunan 150 c selama 10 minit sehingga separuh masak.
CARA MEMBUAT AISING
1. Pukul putih telur sehingga kembang.
2. Masukkan gula aising dan tepung jagung. Pukul bahan dengan highspeed sehingga adunan likat.
3. Masukkan dalam piping bag, dan piping ke atas biskut. Buatkan corak menggunakan coklat emelco.
4. Bakar sekali lagi selama 10 minit sehingga adunan masak. Sejukkan sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nak buat chocolate cookies atau biskut choc chip ni, adalah paling senang sekali. Campurkan semua, mix sehingga sebati, bakar dan siap!
Anak-anak mesti suka dengan resipi biskut ini kerana rasanya sama seperti chocolate cookies ala famous amos.
Resipi yang dikongsikan Norita Farish Indah ini, boleh dihidangkan buat keluarga sebagai kudapan petang. Jika nak kurangkan manis, boleh kurangkan kuantiti gulanya.
CHOCOLATE COOKIES ALA AMOS
BAHAN-BAHAN:
250gm unsalted pure butter (mesti sejuk tapi lembut) – beli online di sini 140gm minyak jagung – beli online di sini 1 sudu teh garam halus 330gm gula perang (saya guna 250gm) – beli online di sini 2 biji telur B 1 sudu teh esen vanilla ½ sudu teh emulco coffee (pilihan) 3 sudu besar susu tepung full cream 2 sudu besar serbuk koko 1 sudu besar susu cair – beli online di sini 50gm serbuk badam (kalau ada letak, kalau tak ada tak payah, boleh kisar badam biasa tu) 500gm tepung gandum (saya guna baker choice) – beli online di sini 2 sudu besar tepung jagung – beli online di sini 1 sudu teh soda bicarbonat 1 cawan almond nips 1 cawan chocolate chip (saya guna milk comp choc) | dipotong dadu
1. Campurkan unsalted pure butter, minyak jagung, garam halus dan gula perang. Putar sehingga gula hancur. 2. Kemudian, masukkan telur, esen vanilla dan emulco coffee. Putar lagi.
3. Masukkan susu tepung full cream, serbuk koko, susu cair dan serbuk badam. Putar lagi sehingga sebati. 4. Akhir sekali, masukkan tepung gandum, tepung jagung, soda bicarbonate, almond nips dan chocolate chip/milk comp choc.
5. Mixer asal sebati ja tapi jangan putar lebih lama. 6. Alas baking paper atau guna alas macaroon tu lagi senang. Guna piping bag, pipe ikut selera.
Hari ini mood nak membaking datang. Bukan nak buat kek tapi rasa nak kudapan biskut. Jadi sis rasa nak buat oat coklat snow cookies.. Ade orang sebut jejari oat nestum. Apa pun namanya, biskut ni memang sedap buat kudapan. Tak sedar sebalang boleh habis.
Oat coklat snow cookies Bahan-bahan: 1 cawan butter/marjerin dan 2 sudu minyak sapi. Tak nak tak apa, ganti dengan marjerin-BELI ONLINE DI SINI 3/ 4 cawan gula aising 1 1/2 cawan oat- blend halus 1/2 cawan nestum (saya ganti serbuk badam dan letak badam cincang sikit dalam segengam 1 sudu makan tepung jagung 1 sudu makan emplec, tak ada boleh ganti tepung beras 1 cawan tepung gandum- diayak 3 sudu makan serbuk koko 2 sudu makan susu tepung-BELI ONLINE DI SINI
Cara membuat: 1.Adun gula dan butter hingga sebati, Tak payah lama-lama. 2.Masuk semua bahan kecuali tepung. Akhir masuk tepung sikit-sikit, uli lembut. Kalau lembik tambah tepung. 4.Terap guna acuan yang disukai. Panaskan oven dulu. 5.Bakar dalam suhu 160, api atas bawah dalam 1/2 jam. Ikut kepanasan oven masing-masing. Bila dah masak, masa suam-suam bolehlah salut dengan susu.
Untuk salut: 1 1/2 cawan susu tepung 1/2 cawan gula snow aising ( tak nak tak apa guna susu je)
Demo Masakan Menu Harian RASA x JALEN terus diperkasa sebagai platform yang menyatukan jenama dan komuniti dalam suasana santai serta penuh manfaat. Dalam dunia...