Ada yang dah lama tak buat kek, tiba-tiba mood baking datang. Bolehlah buat projek mengejut, bila lama tak buat tiba-tiba teringat.Bestnya kek ni bahan mudah, tak perlu nak selongkar mixer bagai. Rasa pun sedap, memang gerenti berulang kali makan.
KEK SARANG SEMUT Bahan-bahan: 1 cawan gula 1 cawan air panas 2 sudu besar butter-BELI ONLINE DI SINI 4 biji telur ½ sudu kecil esen vanilla-BELI ONLINE DI SINI 1 cawan susu pekat (saya letak 3/4) 1 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI 2 sudu kecil soda bikarbonat
Cara membuat: 1.Cairkan gula sehingga keperangan. Masukkan air panas sedikit demi sedikit dengan berhati-hati. Masak sehingga cair sepenuhnya. Tutup api. 2.Masukkan butter. Kacau hingga butter cair. Ketepikan. 3.Dalam bekas lain, pukul telur perlahan, tidak perlu sampai kembang.
4.Masukkan esen vanilla dan susu pekat. Kacau hingga sebati.
5.Masukkan tepung dan soda bikarbonat. Kacau hingga sebati dan tiada ketulan. Kemudian masukkan gula karamel tadi, kacau sebati. Rehatkan 15-20 minit. 6.Panaskan pengukus. Sapukan butter/ minyak pada loyang/acuan. Tuangkan adunan ke dalam loyang/acuan.
7.Kukus selama 45 minit ke 1 jam. Sejukkan baru dipotong. Siap untuk dihidang.
Istimewa bagi pencinta kerabu, menu Kerabu Tembikai perkongsian saudari Misbahul Munirah ni boleh dicuba. Ini kerana menu ‘rare’ orang Utara ni sangat sedap dan mudah disediakan. Lebihan isi pada kulit tembikai yang biasa dibuang begitu sahaja, rupanya boleh dijadikan sajian pembuka selera. Kena cuba ni. Pasti sedap.
RESIPI KERABU TEMBIKAI UTARA
BAHAN-BAHAN:
Lebihan isi tembikai yang lepas dipotong ( masih di kulit)
1 biji bawang merah
5-6 biji cili padi hijau
Belacan secukupnya
Sedikit garam
CARA MEMASAK: 1. Kikis lebihan isi tembikai yang masih ada di kulit hingga ke lapisan putih. Masukkan ke dalam mangkuk.
2. Picit belacan dan cili padi. Kemudian hiris bawang merah halus-halus.
3. Gaul semua bahan dan sebatikan. Tambah secubit garam untuk menyedapkan rasa. 4. Gaul rata dan sedia untuk dinikmati.
NOTA: Kerabu Tembikai ni kalau lebih pedas, lagi sedap rasanya.
Buat penggemar Kek Coklat, resipi Kek Coklat Cheese Kukusversi mini ini tentunya anda perlu cuba. Sangat sedap, mudah dan digemari ramai.
Kek versi kecil begini juga senang masak dan tidak memerlukan masa yang lama untuk dikukus. Jadi, lebih jimat gas memasak. Yang anda perlukan hanyalah acuan Kuih Lompang. Comel sahaja bentuknya.
Bagi anda yang nak cuba, saudari Nuralia Idayu ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KEK COKLAT CHEESE KUKUS SEDAP & MUDAH (25-30PCS)
BAHAN UNTUK LAPISAN CHEESE:
250gm krim keju
1 biji telur
1 sudu besar tepung gandum
3-4 sudu besar gula
CARA MEMASAK:
1.Putarkan keju sampai lembut.
2.Masukkan telur, tepung gandum dan gula. Adun sebati, kalau kurang manis boleh tambah lagi gula. Letak tepi.
3.Untuk adunan coklat, pecahkan telur, masukkan gula. Putarkan sebati.
4. Kemudian masukkan susu pekat dan minyak masak.
5. Tuangkan tepung, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat.
6. Masukkan susu segar dan air sedikit-sedikit. Kacau biar sebati kemudian baru putar guna mixer.
7.Untuk lapisan pertama, sudukan 2 sudu makan adunan coklat ke dalam acuan lompang. Kukus 5 minit.
8. Buka penutup pengukus, tak perlu angkat bekas dari pengukus, sudukan adunan keju. Sambung kukus 5 minit.
9.Seterusnya, sudukan adunan coklat untuk lapisan terakhir. Sambung kukus selama 20 minit.
10. Tutup api, sejukkan kek terlebih dahulu. Kemudian keluarkan dari lompang. Boleh hias ikut kreativiti masing-masing.