Resipi Daging Malbari antara yang cukup popular selain hidangan rendang. Enak dimakan bersama ketupat dan lemang, Daging Malbari juga sedap dimakan bersama nasi panas. Tidak perlu banyak-banyak lauk. Cukup dengan menu Daging Malbari boleh membuatkan anda makan bertambah-tambah. Nak ini resipi cara membuat Daging Malbari seperti yang dikongsikan oleh Saba Natasha
RESIPI DAGING MALBARI
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging (potong kecil) 1/2 botol kicap manis kipas udang (botol kecil) 3 bungkus kerisik – beli online Gula merah- (masak dengan sedikit air tapis) – beli online
BAHAN KISAR:
1 batang kulit kayu manis – beli online 3 kuntum bunga lawang 5 kuntum bunga cengkih – beli online 3 sudu besar rempah ketumbar 1 sudu besar jintan putih – beli online 2 sudu besar jintan manis – beli online Segenggam cili kering 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 2 biji bawang besar 2 inci halia
CARA MEMBUAT:
1. Semua bahan untuk dikisar goreng tanpa minyak sehingga wangi dengan api perlahan.
Ads
2. Kemudian kisar semua bahan-bahan yang telah digoreng tadi.
3. Masukkan bahan kisar bersama daging dan masukkan kicap, kacau sebati dan perapkan daging 1 – 2 jam.
4. Setelah diperap, masukkan sedikit minyak ke dalam kuali kemudian tumis daging yang diperap tadi, masukkan sedikit air.
5. Masak sehingga daging lembut, tambahkan lagi air untuk lembutkan daging.
Ads
6. Apabila daging sudah lembut, masukkan kerisik, garam, gula dan air gula.
7. Masak sehingga kuah pekat dan sebati dengan daging. Tutup api dapur dan bolehlah dihidangkan.
Nasi Butter, Ayam Goreng rangup dan sup ala KFC ni memang membuka selera. Menunya nampak ringkas tapi bila dijamah, memang tak cukup sepinggan. Kombinasi yang sangat sempurna. Andai makan di restoran, nah…harganya boleh tahan. Di zaman serba gawat ini, eloklah masak sendiri. Lebih jimat dan puas makan. Jom cuba! Saudari Syue Haida ada kongsikan resipinya.
Resipi ayam varuval ini. Aromanya pun dah buat periuk berkeroncong. Belum makan lagi.
Masakan kaum India ini antara masakan yang digemari ramai tanpa mengira bangsa. Apa kata hari ni layan selera masakan India pula. Boleh cuba masak untuk berbuka atau sahur nanti. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Sheena Supraini ye.
Episod ke-6 Rasa Anak Emak Anak Bapak menampilkan selebriti cantik manis Rozita Che Wan yang meluangkan masa untuk keluar makan Mi Udang sedap bersama ibunya Hajah Zabedah Saad di restoran kegemaran.
Kalau nak tahu, ibu Che Ta ni sangat suka makan Mi Udang dan lokasi pilihan beliau ialah Warung Rumpun Mambu yang terletak di Pantai Tanjung Dawai, Merbok, Kedah. Kedai ni menyajikan sajian Mi Udang yang sedap pada harga yang amat berpatutan.
Lihatlah udang yang Cik Ta pegang dalam rancangan tadi, Besar tangan katanya. Memang berbaloilah. ABC pun ada. Siap hidang dalam ‘timba’ bak kata Cik Ta lagi.
Bila dah kenyang makan, puas hati dengan rasa Mi Udang, Cik Ta siap minta resipi dengan pemilik kedai untuk cuba masak hidangan ni dekat rumah. Hasilnya memang nampak sedap kan? Sampaikan tauke Warung Rumpun Mambu pun puji.
Nak cuba masak menu ni untuk ibu bapa dan keluarg tersayang? Jom lihat resipi di bawah.
RESIPI MI UDANG
BAHAN-BAHAN:
500gm udang laut – bersihkan
2 ketul ubi keledek – rebus dan kisar halus
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
3 sudu makan cili giling
1/2 senduk minyak masak
1 bungkus mi kuning – celur
1 pokok sawi – celur
Tauge – celur
Hirisan limau nipis secukupnya
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu makan udang kering – rendam dalam air hingga lembut
CARA MEMASAK: 1. Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan udang. Rebsu seketika untuk mendapatkan air rebusan. 2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga naik bau. 3. Masukkan cili kisar. Masak lagi hingga garing dan pecah minyak. 4. Masukkan air rebusan udang dan air secukupnya. 5. Tambahkan kisaran keledek anggaran 3 sudu makan. Masukkan juga sos cili, sos tomato, garam dan gula dengan secukup rasa. Biarkan kuah mendidih dan pekat. 6. Masukkan udang yang telah direbus tadi ke dalam kuah dan biar mereneh seketika. Siap. 7. Untuk menikmatinya, masukkan mi, hirisan sawi dan tauge ke dalam mangkuk. Tuang kuah dan udang dengan secukupnya. 8. Untuk rasa lebih sedap, boleh tabur bawang goreng dan juga perahan limau nipis. 9. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Air rebusan udang akan membuatkan rasa kuah Mi Udang jadi lebih sedap dan manis. Boleh juga tambah telur ke dalam kuah untuk rasa lebih enak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nikmati Final Muzikal Lawak Superstar 2025 dengan tema “Clash of Empire”, gabungan komedi, muzik dan persembahan epik untuk tontonan keluarga. Jangan terlepas malam paling lucu musim ini!