
Sarapan pagi sedap kalau dihidang dengan cucur. Minum pula dengan air kopi pergh memang padu. Ini resipi paling mudah dan memang disukai semua. Menu ringkas dan mengenyangkan.
Bahan bahan:
2 cawan nasi
2 cawan air
2 cawan tepung gandum
Daun sup
1 mangkuk ikan bilis
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji cili merah
Garam (tak perlu banyak dah ada ikan bilis)
1.Kisar semua bahan.
2.Kisar nasi, air dan ikan bilis dan cili merah dulu. Kemudian baru masukkan tepung, bawang, daun sup. Saya kisar bawang separuh je, separuh lagi masuk dalam adunan cucur nasi tadi.
3.Masukkan garam secukup rasa. Siap untuk digoreng
Kredit resipi & foto:Haja Saleh
INGIN MENUKAR PERIUK NASI BARU, BOLEH LIHAT DI SINI.
Resipi Pulut Dakap Sedap & Rendang Ayam Padu. Kalau Teringin, Boleh Cuba.
Cara Buat Kaya Ball Guna Acuan Takoyaki. Lembut & Gebu Memang Tak Cukup Satu
Jemput-jemput Berinti Sambal Terengganu. Perghh ..Tak Payah Cicah-cicah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
3 Resipi Berasaskan Bunga Telang, Unik Dan Cantik

Isi Kandungan
Toggle
Bunga telang berwarna biru dan boleh menjadikan makanan menjadi unik disebabkan warnanya. Lazimnya bunga telang digunakan sebagai pewarna bagi nasi kerabu. Namun kini bunga telang turut digunakan dalam pelbagai resipi bergantung kepada minat seseorang.
ONDE-ONDE BUNGA TELANG
Bahan untuk bancuhan tepung:
2 cawan tepung pulut
2 sudu tepung gandum
1 cawan air
2 sudu air rebusan bunga telang
Secubit garam
Cara membuat
1. Satukan semua bahan di atas.
2. Buat bulat, leperkan dan isi gula melaka. Kemudian bentukkan semula menjadi bulat.
3. Rebus dalam air panas (boleh letak daun pandan).
4. Onde-onde akan timbul apabila sudah masak.
5. Kemudian salut dengan parutan kelapa.
Cara hasilkan parut kelapa
1) Gaul kelapa parut dengan sedikit garam.
Atau
2) Ambil kelapa parut kering. Tambah sedikit air dan gaul dengan sedikit garam. Kemudian stim beberapa minit.
MOCHI DURIAN BUNGA TELANG
Bahan-bahan
100 gram tepung pulut
50 gram gula halus
1 cawan air bunga telang (sejuk)
Tepung jagung secukupnya
*kalau nak simpan mochi untuk tempoh lama guna 100 gram gula halus dengan 100 gram tepung pulut, mochi akan jadi lebih lembut dan berkilat.
Cara membuat
1. Satukan tepung pulut, gula dan air bunga telang sejuk. Gaul sebati dan kacau dari semasa ke semasa.
Option (pilih salah satu)
Jika masak dalam rice cooker – 10 minit,
Steam – 10 minit,
Microwave – 2 hingga 3 minit
2. Taburkan tepung jagung atas dulang. Kemudian baru letak mochi yang dimasak tadi.
3. Golekkan mochi dalam tepung jagung dan biarkan sejuk suam. Jangan pegang mochi ketika panas kerana boleh melecur.
4. Kerat 6 bahagian kalau nak besar atau 12 bahagian kalau nak mochi saiz kecil.
5. Buat bentuk bulat dan leperkan guna tangan. Letakkan isi durian di tengah -tengah dan kepilkan balik supaya jadi bulat. Letak tepung jagung pada tangan dan mochi supaya tidak melekat.
6. Siap untuk dimakan atau simpan dalam peti ais untuk beberapa jam.
MALABIA PUDING ARAB BUNGA TELANG
Bahan 1
4 cawan susu full cream
2 sudu bunga telang kering
1 cawan gula
Bahan 2
2 cawan susu full cream
1 cawan rice powder @ rice flour
Bahan 3
1 sudu kecil Rose water
1 sudu kecil Esen vanilla
Bahan hiasan
Kelapa kering
Kekacang (gajus/pistachio/badam)
Cara membuat
1. Panaskan bahan 1 iaitu susu full cream bersama bunga telang kering sehingga susu menjadi warna biru. Kemudian tapis keluar bunga telang dan masukkan 1 cawan gula. Kacau sentiasa.
2. Masukkan bahan 2 ke dalam bahan 1 dan kacau sentiasa sehingga pekat.
3. Kemudian masukkan bahan 3 iaitu rose water dan esen vanilla. Kacau sehingga rata.
4. Tuang ke dalam bekas dan hias dengan kelapa kering dan kekacang. Simpan didalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum nikmati.
Kredit resipi dan gambar: iefa ridza bajunid Fb: fanthaghiro roses
Selamat mencuba!
Tips Goreng Kuih Bijan Tak Meletup, Kekal Lembut dan Kenyal Berjam-jam

Ramai yang menggemari kuih bijan atau dikenali juga dengan kuih bom ini. Namun, kebanyakannya lebih senang membeli di gerai kerana bimbang kuih tersebut mudah meletup ketika digoreng.
Kali ini tak perlu bimbang lagi. Resipi perkongsian daripada Noorastella Muhamma ini akan menghasilkan kuih bom yang lembut dan kekal kenyal walaupun selepas berjam-jam digoreng. Paling penting, kuih ini tidak meletup mahu pun pecah ketika digoreng.
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung pulut – Boleh beli online di sini
4 mangkuk tepung gandum – Boleh beli online di sini
(1 mangkuk = 390g)
*Bermaksud 4 mangkuk × 390g = 1kg 560g
¾ sudu sup garam
1 sudu sup yis / ragi – Boleh beli online di sini
2 sudu sup gula
1.5 liter air
CARA MEMASAK:
*Adunan berikut akan menghasilkan lebih kurang 200 biji kuih bom.
Inti kuih bom terpulang pada selera semua. Di sini, saya selalu gunakan 3 jenis inti:
-Kacang hitam (readymade)
-Kacang tanah dikisar dengan gula pasir
-Kelapa putih dimasak dengan gula merah dan sehelai pandan untuk aroma wangi
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan di dalam besen yang besar.
Masukkan 1.5 liter air sedikit demi sedikit dan uli rata.
Doh yang sempurna adalah doh yang tidak melekat di tangan dan juga di besen.
Ambil sedikit doh. Sesuaikan ikut saiz kesukaan anda.
Tekan doh agar menjadi lebar. Jangan terlalu nipis bagi mengelakkan doh bocor ketika dimasukkan inti nanti.
Masukkan inti.
Kemudian, tutup inti dan kemaskan bulatan doh.
Setelah siap, ulikan doh dalam mangkuk berisi bijan putih. Golek-golekkan agar permukaan doh rata disaluti bijan.
Ini contoh doh yang siap disalut bijan. Saiz berbeza-beza sebab banyak tangan yang join menguli doh. Hehehe…
Siap sahaja proses mengisi inti kuih bom, mulai panaskan minyak dengan api yang sederhana. Bila minyak sudah panas, masukkan kuih bom.
Bila sahaja permukaan minyak sudah penuh dengan kuih bom, terus perlahankan api. Ini tips untuk mendapatkan kuih bom yang kenyal dan lembut.
Sentiasa gaul kuih ketika dalam proses menggoreng supaya kuih masak dengan sekata.
Angkat kuih bila warna telah bertukar keemasan. Proses menggoreng tidak perlu lama. Cukup 3 hingga 4 minit mengikut saiz kuih anda.
Inilah hasilnya. Kuih bom yang lembut dan sesuai dinikmati dengan teh O suam. Maveles!
Ini pula sukatan dalam kuantiti sedikit untuk adunan makan-makan bersama keluarga. Itu pun dapat 100 biji lebih. Kawan-kawan pandai-pandai sukat sendiri ye kalau nak dapat lagi sikit daripada itu.
Selamat mencuba.
Kredit: Noorastella Muhamma
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Mudah Sangat Nak Buat Apam Lempeng! Hanya Guna 5 Bahan Saja

Pernah tak rasa buntu nak buat sarapan untuk anak-anak dan suami? Haa, anda boleh buat Apam Lempeng! Mudah sangat nak buatnya. Makan panas-panas, cicah denga kelapa, sambal bilis atau kari. Memang terbaik!
Kalau rasa nak makan macam di MacCafe, sapukan saja butter Dan madu. Dah macam pankek dah. Sedap sangat!
Perkongsian resipi daripada Umi Watie ini sangat gebu, lembut dan wangi. Buatlah, anak-anak mesti suka.
APAM LEMPENG
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum – beli online di sini
1 biji telur
Secubit garam
5 sudu besar gula (saya guna gula perang)
1 sudu besar yis – beli online di sini
2 cawan air
CARA-CARA:
1.Campurkan semua bahan dalam bekas. Air tu suhu bilik saja. Tak perlu guna air panas atau air sejuk.
2. Kacau-kacaukan semua bahan supaya sebati. Kalau suka manis, boleh tambah lagi gula ya.
3. Dah sebati pun semua bahan. Perap selama 15 atau 20 minit ya.
4.Lepas 15 minit perap, adunan dah elok berbuih. Itu tandanya yis kita hidup.
5. Panaskan kuali. Saya guna kuali anti lekat. Sapukan marjerin planta. Bubuh sesenduk atas kuali yang panas. 1 adunan dapat 12 keping.
6. Bila belah atas dah elok kering, terbalikkan. Guna api kecil saja.
Kredit resipi: Umi Watie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Kek Pisang Paling Senang Nak Buat. Lagi Sedap Tambah Bahan Special
Kuih Bingka Pandan Sedap. Resipi Gerenti Jadi & Tak Guna Banyak Bahan
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: