Ads

Resipi Cucur Kelapa Rangup Hanya Guna 4 Bahan. Sangat Mudah & Sedap!

Anda suka makan cucur? Jom cuba buat Cucur Kelapa sedap ini. Rangup bila dimakan malah bahan-bahannya juga sangatlah ringkas. Hanya menggunakan 4 bahan sahaja, anda sudah boleh menikmati sepinggan cucur yang enak. Jom cuba resipi perkongsian saudari Love Nor Hadzari. Selamat mencuba!

CARA MEMBUAT CUCUR KELAPA RANGUP HANYA GUNA 4 BAHAN

Resipi Cucur Kelapa Rangup Hanya Guna 4 Bahan. Sangat Mudah & Sedap!
BAHAN-BAHAN:
1 cawan kelapa parut
2 cawan tepung gandum – beli online disini
1 sudu makan gula – beli online disini
1 sudu teh garam – larutkan dalam air jadi air garam
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kelapa parut ke dalam bekas berisi tepung gandum. Jangan lupa masukkan gula sekali. Gaul semua bahan hingga rata.
2. Tuang air garam sedikit demi sedikit dn bancuh hingga adunan cair. Kadar kecairan ikut suka anda. Saya akan buat cair sedikit agar jemput-jemput atau cucur kelapa saya tetap lembut walau sudah sejuk.
Resipi Cucur Kelapa Rangup Hanya Guna 4 Bahan. Sangat Mudah & Sedap!3. Guna jari atau sudu untuk masukkan adunan tepung ke dalam kuali. Saiz kecil atau besar ikut kegemaran anda.
Resipi Cucur Kelapa Rangup Hanya Guna 4 Bahan. Sangat Mudah & Sedap!4. Goreng cucur hingga garing atau warna oren kekuningan.
5. Cucur sudah siap untuk dihidangkan.

Resipi Cucur Kelapa Rangup Hanya Guna 4 Bahan. Sangat Mudah & Sedap!

Kredit resipi & foto: Love Nor Hadzari

 

Ads

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Ads

Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Cara Orang Thailand Masak

Ads

Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!

Resipi Tat Telur Sedap Buat Guna Roti Sandwich

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Peniaga AYAM GUNTING Kongsi Resipi & Cara Buat Serbuk Tabur Yang...

Sebenarnya boleh sediakan sendiri ayam gunting ini di rumah dengan taburan serbuknya sekali. Ikut resepi yang dikongsikan oleh Are Peace ini.Menurut lelaki ini, resipi ayam gunting tersebut diberikan oleh peniaga ayam gunting sendiri yang dia gunakan untuk meniaga.