Nak makan spaghetti tapi nak sesuatu yang berbeza? Haa boleh buat Creamy Tomyam Spaghetti ni. Sangat lazat dan berkrim. Ada rasa pedas-pedas tomyam juga. Makan panas-panas memang layan. Nak hidangan bertambah enak, tambahkan Anchor Unsalted Butter dan Perfect Italiano Mozzarella untuk efek tarik yang sempurna. sebagai pelengkap, nikmati bersama Fernleaf Minuman Susu Kultur Probiotic+.
Ads
CREAMY TOMYAM SPAGHETTI
Bahan-bahan:
180gm spaghetti | sudah direbus
2 sudu besar Anchor Unsalted Butter
1 sudu besar pes tomyam
2 helai daun limau
6 ekor udang
3 biji cili padi
2 biji tomato | dipotong 4
1 cawan Fernleaf Susu UHT
3 ulas bawang putih | kisar kering
1 biji bawang merah | dihiris
80gm Perfect Italiano Mozzarella
Fernleaf Minuman Susu Kultur Probiotic+
Cara Memasak:
Cairkan Anchor Unsalted Butter, tumis bawang putih dan bawang merah hingga perang. Masukkan daun limau untuk menaikkan bau.
Masukkan pes tomyam, Fernleaf Susu UHT, udang, cili padi dan tomato. Tunggu sehingga udang masak.
Tambahkan keju Perfect Italiano Mozzarella untuk menambah rasa masakan.
Masukkan spaghetti, gaul rata serta perasakan.
Siap untuk dihidang. Enak dinikmati bersama Fernleaf Minuman Susu Kultur Probiotic+.
Tiada siapa yang boleh menolak jika dihidangkan Butter Chicken di depan mata. Kali ini resipinya agak lain sedikit, tidak seperti Butter Chicken yang lain. Kenapa lain? Tentunya kerana menggunakan keju Perfect Italiano Parmesan yang menambah rasa dalam hidangan anda. Memang cukup enak! Wajib cuba.
BUTTER CHICKEN
Bahan-bahan:
3 keping ayam | bahagian thigh
1 cawan Anchor Cooking Cream
1 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk cili
2 inci halia | dihiris halus
3 ulas bawang putih | dicincang
4 sudu besar pes tomato
1 biji jus lemon
4 sudu besar Anchor Butter Unsalted
50gm keju Perfect Italiano Parmesan
Cara Memasak:
Tumiskan ayam bersama Anchor Butter Unsalted, halia dan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan serbuk kunyit, serbuk cili dan pes tomato.
Tambahkan Anchor Cooking Cream, jus lemon dan keju Perfect Italiano Parmesan. Masak hingga sebati dan kuah memekat.
Tak lengkaplah Ramadan kalau tak makan Roti John kan? Kali ini kita buat special sikitlah, Roti John Keju Meleleh menggunakan keju Perfect Italiano Mozzarella dan Anchor Cheddar Cheese Slices. Memang puas hati makan anak beranak. Memang sedap tak terkata. Lebih enak jika dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango.
ROTI JOHN KEJU MELELEH
Bahan-bahan:
4 biji roti sosej
250gm daging kisar
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar rempah garam masala
4 ulas bawang putih | kisar kering
1 biji bawang merah | kisar kering
1 batang lobak merah | diparut
5 biji telur
80gm Perfect Italiano Mozzarella
8 keping Anchor Cheddar Cheese Slices ( Untuk 4 Hidangan)
½ biji kubis | dihiris
4 sudu besar mayones
Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango
Garam secukupnya
Serbuk perasa secukupnya
4 sudu besar sos cili
Cara Memasak:
Panaskan kuali, masak daging kisar dan masak hingga sedikit kering. Masukkan bawang putih dan bawang merah dan masak hingga naik bau.
Masukkan rempah kari dan rempah garam masala. gaul sebati.
Sejukkan daging sebentar, masukkan keju Perfect Italiano Mozzarella, parutkan lobak merah dan pecahkan telur.
Belah roti kepada 2 bahagian, tuang adunan daging di atas kuali dan tutup dengan roti. Biarkan hingga daging masak. Angkat bila daging sudah masak.
Sapukan mayones dan sos cili, letakkan kubis serta keju Anchor Cheddar Cheese Slices di atasnya.
Siap untuk dimakan. Enak dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango.
Buat anda yang sedang mencari hidangan mudah untuk dinikmati bersama keluarga, jom cuba resipi Prata Lapis Daging Kurma yang istimewa ni. Sangat enak dimakan panas-panas. Boleh bertambah-tambah dibuatnya. Lagi-lagi untuk waktu sahur atau berbuka nanti. Nak lagi sedap, tambahkan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes untuk kerak perang keemasan yang sempurna dan memikat selera. Jom cuba.
PRATA LAPIS DAGING KURMA
BAHAN-BAHAN:
6-8 keping prata segera – grill atas kuali leper hingga masak
150gram Perfect Italiano Perfect Bakes
BAHAN KURMA DAGING:
400gram daging – dadu kecil
250ml Anchor Cooking Cream
125gram Anchor Unsalted Butter
200ml air
1 labu bawang besar – belah empat
1 biji tomato – belah 4
2 biji cili merah – belah 2
8 biji bawang merah – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
2sm halia – kisar
2 tangkai daun kari
1 sudu makan rempah empat sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & cengkih)
4 sudu makan serbuk kurma
1 sudu makan serbuk garam masala
1 sudu teh serbuk perasa
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk memasak kurma daging; cairkan Anchor Unsalted Butter di dalam periuk. Tumis herba 4 sekawan dan daun kari hingga wangi. Masukkan bahan-bahan kisar beserta rempah kurma dan serbuk garam masala. Kacau rata dan masak hingga rempah pecah minyak.
Masukkan daging dan air. Didihkan hingga daging hampir empuk.
Masukkan Anchor Cooking Cream, bawang besar, tomato dan cili merah. Masukkan serbuk perasa. Didihkan hingga semua bahan masak.
Tambah garam secukupnya. Sejukkan.
Untuk membuat lapisan prata daging; sediakan mangkuk/casserole tahan panas. Sapu dengan lebihan Anchor Unsalted Butter.
Letakkan 1-2 keping prata yang telah masak. Sendukkan kurma daging di atas prata lalu ratakan. Tabur Perfect Italiano Perfect Bakes Ulangi proses hingga menjadi beberapa lapisan dan diakhiri dengan taburan Perfect Italiano Perfect Bakes di bahagian atas.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 20-25 minit atau hingga keperang-perangan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: