Suka makan popiah? Jom kita buat Popiah Cheese Carbonara ni. Sangat mudah nak buat. Dimakan ketika panas memang enak. Guna pula keju Perfect Italiano Mozzarella, bila tarik tu memang sempurna betul. Jangan lupa tambah Anchor Cheddar Cheese Slices dan Anchor Unsalted Butter untuk menambah aroma di dalam hidangan. Satu memang tak cukup. Anda wajib cuba!
POPIAH CHEESE CARBONARA
Bahan-bahan:
4 sudu besar Anchor Unsalted Butter
1 biji bawang merah | kisar kasar
3 ulas bawang putih | kisar kasar
250gm daging kisar
1 batang lobak merah | diparut
2 cawan Fernleaf Susu UHT
5 keping Anchor Cheddar Cheese Slices
100gm Perfect Italiano Mozzarella
10 keping kulit popiah
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Ads
Cara Memasak:
Panaskan Anchor Unsalted Butter, tumis daging hingga kering. Masukkan bawang merah dan bawang putih lalu tumis hingga wangi.
Masukkan Fernleaf Susu UHT dan biarkan mendidih. Masukkan keju Anchor Cheddar Cheese Slices untuk memekatkan kuah.
Masukkan lobak merah, serbuk lada hitam dan sejukkan inti.
Sediakan kulit popiah, letakkan 2 sudu inti, keju Perfect Italiano Mozzarella lalu gulung menjadi popiah. Gam kulit popiah dengan telur.
Tak tahu nak masak apa hari ni? Jom cuba resipi Roti Canai Beef Calzone. Berbentuk seperti karipap gergasi, resipi ini menggunakan Rendang Daging sebagai inti. Memang sedap dimakan panas-panas, lebih-lebih lagi jika ditambah keju. Jangan lupa gunakan Keju Perfect Italiano Perfect Pizza. Keju gabungan Mozzarella, Cheddar dan Parmesan ini memberi rasa keju yang seimbang dan tidak berminyak. Memang puas makan dan sangat sedap!
ROTI CANAI BEEF CALZONE
Bahan-bahan A:
6-8 keping roti canai segera
300gm Keju Perfect Italiano Perfect Pizza
Anchor Butter Unsalted
2 biji telur – kacau dengan garfu
Bahan-bahan B (Rendang):
800gram daging – potong kecil
1 cawan santan
8 tangkai cili kering – cuci dan rebus & kisar
6 biji cili padi – kisar
8 biji bawang merah – kisar
4 ulas bawang putih – kisar
2 sudu makan ketumbar – kisar
1 inci halia – kisar
1 inci lengkuas – kisar
2 batang serai – kisar
2 sudu makan kerisek
3 helai daun limau purut – siat-siat
Garam dan gula perang secukup rasa
Cara-cara:
Untuk membuat rendang; panaskan 2 sudu makan minyak dalam kuali lalu tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan daging, santan, kerisek, daun limau purut lalu masak hingga semua bahan empuk. Tambah garam dan gula perang secukupnya. Sesuaikan rasanya. Sejukkan sebentar.
Untuk membuat calzone; ambil sekeping roti canai segera; tabur sedikit tepung (untuk mengelakkan melekat), ambil sesudu besar rendang daging letakkan ke dalam separuh bahagian roti canai. Tambah Keju Perfect Italiano Perfect Pizza secukupnya. Sapu hujung roti canai dengan sedikit bancuhan telur. Tutup sebahagian lagi roti canai lalu kelim kelilingnya hingga membentuk separuh bulat.
Sapu bahagian atas calzone dengan kuning telur lalu tabur Keju Perfect Italiano Perfect Pizza di atasnya.
Susun calzone canai di dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit Anchor Butter Unsalted lalu bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180-190C selama 25 minit atau hingga keperang-perangan.
Tercari-cari menu yang mudah untuk disediakan? Boleh cuba buat Roti Goreng Chesdale. Sesuai sangat dimasak untuk hidangan minum petang. Mudah tak tak renyah. Masak pula menggunakan Keju Cheddar Chesdale, memang bertambah enak la. Bukan saja menambah rasa, keju ini juga tinggi dengan kalsium dan protein menjadikan ia satu hidangan yan g berkhasiat untuk anak-anak.
Ambil sekeping roti lalu leperkan sedikit dengan rolling pin.
Letakkan sekeping Keju Cheddar Chesdale ke atas roti. Ambil sekeping lagi roti yang telah dileperkan sedikit lalu tutupkan ke atas Keju Cheddar Chesdale.
Ambil gelas yang permukaannya lebar lalu tekap roti tadi membentuk bulat. Kemaskan keliling roti tadi.
Di dalam mangkuk, satukan telur, susu tepung Fernleaf, chili flakes, lada sulah dan garam secukupnya. Kacau rata.
Panaskan 1-2 sudu makan mentega Anchor di dalam frying pan.
Celupkan roti tadi ke dalam campuran telur lalu masukkan ke dalam frying pan.
Goreng roti hingga perang dikedua-dua bahagian.
Hidangkan panas bersama sos kegemaran.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Jika anda suka makan Daging Dendeng dan Sambal Udang, anda wajib cuba resipi ini. Mungkin nampak pelik tetapi rasanya memang sedap. Resipi dari Mexico dan Itali ini memang tidak mengecewakan apabila dioleh mengikut tekak orang Malaysia. Masak pula menggunakan Keju Perfect Italiano Mexican Style dan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes, memang terliur dibuatnya.
TACO BERKEJU DAGING DENDENG
Bahan-bahan A:
Kepingan taco secukupnya
150gm Perfect Italiano Mexican Style
Cincangan daun bawang dan cili merah – untuk hiasan
Bahan-bahan B (Daging Dendeng):
800gram daging
5 batang serai – hiris
8 helai daun limau purut
1 cawan stok/air rebusan daging
1 cawan bawang goreng
4 sudu makan kicap manis
4 sudu makan kicap masin
3 sudu makan air asam jawa (cair sedikit)
2 sudu makan gula
Bahan-bahan C (Untuk dikisar):
1 cawan minyak
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
4 batang serai
Cara-cara:
Rebus daging hingga empuk (jangan buang air rebusan). Hiris daging nipis (ikut size yang disukai) lalu gaul dengan separuh kicap manis.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng daging tadi hingga agak perang. Angkat dan tumbuk daging hingga agak nipis. Ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, tambah sedikit lagi minyak lalu goreng hirisan serai hingga layu dan wangi. Ketepikan.
Kisar bahan C hingga lumat lalu tuang di dalam kuali besar. Tumis hingga bahan masak dan wangi.
Masukkan daun limau purut, serai yang digoreng lalu renehkan hingga semua bahan kisar masak sempurna.
Masukkan gula, air asam jawa, air rebusan daging, garam masin dan lebihan kicap manis. Jika perlu boleh tambah garam. Masak hingga kuah pekat dan hampir kering.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.