Chicken Ball @ Bebola ayamhomemade ni memang mudah nak dihasilkan. Biasanya kalau ada isi dada ayam, mak-mak tak suka masak. Kali ni pasti berbeza. Buat sahaja Bebola Ayam ni. Hanya dengan menggunakan beberapa bahan ringkas dan mudah, anda boleh hasilkan hidangan enak ini buat keluarga. Jom cuba resipi perkongsian saudari Rosmirah Yussof. Pasti puas hati.
Ayam Goreng 65 antara menu favourite kalau makan di kedai mamak. Makan dengan nasi dan kari, memang layan. Ramai juga cuba resipi ni di rumah tapi tak menjadi. Rupanya nak goreng pun ada caranya. Nak tahu caranya? Kali ini jom kita belajar cara memasak Ayam Goreng 65 mengikut resipi perkongsian Sheena Supramaniam.
1. Di dalam mangkuk berisi ayam, masukkan semua bahan perapan ayam dan gaul sebati.
2. Tutup mangkuk dengan aluminium foil atau masukkan ke dalam bekas kedap udara. Simpan di dalam peti sejuk. Perap sekurang-kurangnya 1 jam dan maksimum semalaman. (Empunya resipi perap selama 4 jam)
3. Selepas perap, masukkan tepung jagung dan tepung beras.
4. Masukkan daun kari dan gaul sebati.
5. Panaskan minyak dan biarkan api kecil sehingga minyak betul-betul panas. Lebih kurang 5 minit.
6. Bila api sudah panas, masukkan ayam dan naikkan api kepada sederhana besar.
7. Selepas masukkan ayam, jangan kacau selama 2 minit. Kemudian, pusing sebelah lagi dan biarkan selama 2 minit. Ulang langkah ini untuk seminit atau 2 minit. Masa untuk masak ayam ini dalam 5 hingga 7 minit sahaja.
8. Angkat ayam dan perah sedikit limau nipis sebelum dimakan.
Sedapnya Kepak Ayam Ala 4Fingers ni. Kalau beli, agak mahal harganya. Malah tidak semua tempat ada cawangan restoran ni. Bagi anda yang teringin nak rasa boleh cuba resipi perkongsian saudari Aznida Aziz ni. Mudah, sedap dan lebih jimat. Sekali buat, satu keluarga boleh makan. Paling penting, dijamin halal. Berbaloi kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan dan bolehlah cuba buat nanti. Pasti puas hati.
CARA MEMASAK: 1. Perap kepak ayam bersama bahan perapan. 2. Celup ayam ke dalam tepung jagung. Pastikan kepak ayam disalut sepenuhnya dengan tepung jagung jangan ada bahagian yang tidak disalut.3. Panaskan minyak masak dan gorengkan kepak ayam dengan cara double fried. 4. Cara nak goreng secara double fried adalah, pertama sekali, goreng kepak ayam selama 4 minit (separuh masak). Angkat dan toskan. 5. Bersihkan bekas minyak goreng tadi dari lebihan tepung semasa menggoreng kepak ayam. 6. Biarkan minyak panas semula dan goreng kepak ayam tadi sekali lagi hingga masak sempurna dan garing. 7. Semasa menggoreng pastikan minyak masak tidak terlalu besar atau terlalu kecil.
CARA MEMASAK: Panaskan mentega dan tumis bawang putih cincang. Jika guna mentega tidak bergaram (unsalted butter), boleh tambah sedikit garam. Masukkan sos tiram, gula perang, madu dan emping cili (chilli flakes). Gaul sebati dan matikan api. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rasa bersama sos. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
TIP: Untuk rasa ayam yang lebih sedap, boleh tabur keju parmesan, emping cili dan parsli.
Singgang, kerutuk min rasa korang pernah cuba. Tapi ada lagi lauk orang Kelantan yang ‘rare’. Gulai Ikan Nasi Berlauk, Lawar dan Teresek. Gulai Ikan tu adalah lauk yang dijual di waktu pagi sebagai sarapan. Lagi dua menu iaitu Lawar & Teresek, yang ni, dekat kedai pun susah jumpa orang jual. Bagi yang teringin nak rasa, ini resipi yang anda boleh cuba.
1. GULAI IKAN IKAN BERSAMA TIMUN, KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembung | bersihkan dan potong dua
1000ml santan
2 keping asam gelugor
5 batang kacang panjang | potong 3-4 cm
1 /2 batang timun | hiris bulat
8 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
3cm lengkuas | hiris nipis
3cm kunyit hidup
6 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar, kacau rata .
Masukkan ikan dan asam keeping. Kemudian didihkan di atas dapur.
Setelah mendidih, masukkan kacang panjang dan timun.
Kemudian dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah sayur layu, tutup api dan gulai ikan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain ikan kembung, boleh guna ikan tongkol. Tetapi ikan tongkol perlu direbus dahulu sebelum dibuat gulai.
2. KERUTUP AYAM KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam kampung | potong empat
3 sudu makan rempah kerutup
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan sos tomato
500ml santan pekat
1keping gula Melaka
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 ulas buah pelaga
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
BAHAN KISAR HALUS:
5 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
Kemudian masukkan pula bahan kisar, diikuti bancuhan rempah kerutup. Kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan ayam kampung yang telah dibersihkan tadi.
Apabila ayam sudah kecut dan kering airnya, masukkan pula santan.
Biarkan mendidih di atas api perlahan, kemudian masukkan air asam Jawa, kerisik, sos tomato, gula Melaka, garam dan gula secukup rasa
Setelah cukup rasa dan kuah pekat, masukkan cili padi dan tutup api
Kerutub Ayam Kampung sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain ayam kampung, itik juga enak dimasak dengan resipi kerutup ini.
3. LAWAR IKAN TAMBAN
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan tamban | bersihkan
5 biji limau nipis | ambil jusnya
6-7 biji cili padi | hiris halus
Sedikit hirisan daun kesum
Sedikit hirisan daun selom
Sedikit hirisan daun ulam rasa
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Ikan yang telah dibersihkan tadi diasing tulang dan isinya.
Hiris halus atau potong dadu kecil isi ikan tadi.
Tuangkan jus limau nipis di dalam mangkuk berisi isi ikan tadi.
Gaul rata sehingga isi ikan menjadi putih.
Masukkan hirisan cili, daun kesum, selom dan ulam rasa.
Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah siap, Lawar Ikan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Semasa mengaul isi ikan dengan jus limau nipis, pastikan isi ikan bertukar warna dari merah kepada putih. Warna putih adalah tanda isi ikan sudah masak dan sedia dimakan.
4. SINGGANG DAGING BUDU LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan budu
1 sudu makan manisan gula Kerek/gula Melaka
1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar
3 keping asam gelugor
4 -5 hirisan lengkuas | titik
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
10 biji cili padi | titik atau hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit).
Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Rasa Daging Singgang ni pedas, manis, masin dan masam,sangat sedap dimakan bersama nasi putih panas.
Nak jimat dan tetap rasa sedap? Cuba resipi beef prosperity burger homemade dengan sos blackpepper pekat dan daging juicy. Mudah, berbaloi dan sesuai untuk satu keluarga!