Hmmp sedapnya soto! Orang kata soto ni lebih popular di Johor berbanding negeri lain. Yeke? Ianya sering di sajikan sebagai hidangan sarapan pagi mahupun meraikan hari keraian. Jom kita cuba resepi ni!

 

KUAH SOTO

 

Resepi Mee Soto Ayam Yang Lengkap!

Bahan Kisar (kisar halus)

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc halia
1 inc kunyit hidup
3 batang serai ~ di titik
1 inc lengkuas

 

Resepi Mee Soto Ayam Yang Lengkap!

Bahan Tumis dan Rempah

1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 sudu besar serbuk lada sulah atau lada putih
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
4 biji pelaga

Bahan lain

IKLAN

1 ekor ayam ~ potong 4 (potong kecil-kecil)
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
2 kiub ayam
2 sudu besar santan

 

Resepi Mee Soto Ayam Yang Lengkap!

Cara-cara Penyediaan

  • Mula-mula kita panaskan minyak
  • Kemudian tumiskan bahan tumis, kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan biji pelaga, tumis hingga harum
  • Kemudian masukkan bahan yang di kisar halus
  • Masukkan juga jintan putih dan jintan manis serta lada sulah
  • Masak hingga garing dan terbit minyak
  • Kemudian masukkan air secukupnya
  • Biarkan air mendidih
  • Bila dah didih, masukkan ayam dan kiub ayam
  • Biarkan kuah merenih
  • Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  • Akhir sekali masukkan sedikit santan jika suka
  • Kacau dan biarkan kuah didih sekali lagi.
  • Keluarkan ayam dan toskan
  • Carikkan sedikit ayam untuk di buat begedil ayam nanti
  • Panaskan minyak dan goreng ayam hingga keemasan
  • Kemudian boleh lah di siat halus.

 

Resepi Mee Soto Ayam Yang Lengkap!

BEGEDIL AYAM

 

IKLAN

Resepi Mee Soto Ayam Yang Lengkap!

Bahan-Bahan 

1 kg kentang
250 gm ayam yang telah di rebus dan di siat halus-halus
2 biji telur
1/2 cawan bawang goreng
daun sup dan daun bawang ~ di cincang halus
2 sudu teh lada sulah
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk meggoreng.

 

Resepi Mee Soto Ayam Yang Lengkap!

Cara Penyediaan 

  • Kentang di kupas, kemudian di hiris nipis bulat
  • Goreng kentang hingga kuning keemasan
  • Kemudian di tumbuk atau di lumatkan halus
  • Ayam yang kita ambil dari soto tadi, jangan goreng ya.. kita carikkan sedikit yang tak goreng punya dan kita siat-siat halus atau kita ramas-ramas hingga halus
  • Anda boleh juga guna daging cincang, jika guna daging cincang, goreng sebentar daging dengan sedikit garam hingga daging empuk
  • Satukan kentang lumat dalam bekas
  • Masukkan ayam atau daging cincang ( ikut pilihan anda), kemudian masukkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang yang di cincang, lada sulah dan garam secukup rasa
  • Kemudian kacau rata hingga semua sebati
  • Kemudian bulat-bulatkan kecil-kecil
  • Buat sehingga selesai

Resepi Mee Soto Ayam Yang Lengkap!

IKLAN
  • Telur, pecahkan dalam bekas, letakkan secubit garam
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper. (Jangan guna minyak banyak nanti ia serap minyak )
  • Celupkan begedil dalam telur dan kemudian goreng dalam kuali
  • Bila dah masak atau keemasan, angkat dan toskan minyaknya.

 

Resepi Mee Soto Ayam Yang Lengkap!

 

SAMBAL KICAP

Bahan-Bahan

15 tangkai cili padi
6 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap manis
secubit garam
2 biji limau kasturi

 

Cara Penyediaan 

  • Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih dan cili padi
  • Masukkan dalam blender bersama kicap manis dan garam
  • Kisar halus
  • Tuangkan dalam bekas dan perahkan jus limau kasturi

Soto ni enak di makan bersama:

  • Mee Kuning atau nasi himpit atau mee halus
  • Taugeh
  • Bawang goreng
  • Daun sup dan daun bawang ~ hiris halus
  • Kacang goreng
  • Suhun Goreng
  • Daging ayam yang di goreng dan di siat halus

Selamat mencuba!

Kredit resepi & foto: Kak Ina KL & Azlita Aziz 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI