Korang penggemar Cheesekut? Buatnya sangat mudah. Ia ada gabungan cream cheese dan biskut. Tak perlu nak kukus atau bakar. Makan pemanis yang satu ini anda tidak pernah akan puas. Mesti nak makan berkali-kali . Begitu penangan kek yang simple ini. Jom tengok apa bahan-bahan yang dikongsi oleh Ariana’s Kitchen.
CHEESEKUT CAKE Bahan-bahan:
250 cream cheese(Saya guna brand Tartura)
1 paket biskut Deluxe Crackers Hup Seng
1/2 tin susu pekat manis (boleh kurangkan)
1 kotak kecil susu segar
Nestum
p/s:Susu segar beli kotak kecik pun dah cukup.Saya beli besar sebab balance nak buat mushroom soup.
1)Masukkan cream cheese, susu pekat manis dan 2 sudu susu segar ke dalam mixer/blender. Putar sampai sebati.
2)Lapik loyang dengan plastik. Celup biskut dalam susu segar. Kemudian susun dalam bekas untuk buat tapak(lapisan pertama). Celup sekejap saja. Kalau rendam lame nanti jadi lembik.
3)Tuang adunan cheese ke biskut dan ratakan. Tabur nestum(optional).
Ads
4)Ulang langkah yang sama sampai biskut habis atau cukup untuk buat lapisan yang akhir.
5)Pastikan lapisan atas sekali ialah adunan cream cheese.Tabur nestum.
6)Dah siap masuk dalam peti sejuk sebelah bawah. Sedap makan semasa sejuk.
Inilah hasil kejadian selepas keluar dari peti sejuk.
Ads
Selamat mencuba.
Kredit resipi & foto: Ariana’s Kitchen
INGIN MEMBELI PERKAKASAN RUMAH, BOLEH BELI DI SINI.
3. Masukkan cream cheese atau whipping cream. Kacau sebati. 4. Simpan adunan tadi dalam peti ais selama 30 minit. Selepas 30 minit, keluarkan dan kacau-kacau.
Selalu biskut menggunakan coklat atau pelbagai jenis coklat seperti white chocolate atau dark chocolate. Kali ini, cuba kita gunakan Ovaltine pula. Beri kelainan sedikit pada variasi biskut yang kita buat.
Jom kita lihat resipinya.
OVALTINE CHOCOLATE CHIP COOKIES
BAHAN A
1 cawan mentega
1/2 cawan gula halus
1 biji telur ayam
1/4 cawan minyak jagung
BAHAN B (diayak)
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan Ovaltine
1/2 cawan susu tepung
1 cawan tepung jagung
3 cawan tepung gandum
BAHAN C
1 cawan badam cencang (dibakar sekejap)
1 cawan chocolate chip
CARA MEMBUAT
1. Satukan mentega bersama gula halus. Gaul rata.
2. Masukkan telur ayam dan juga minyak jagung. Gaul lagi.
3. Masukkan pula BAHAN B kecuali tepung gandum. Kacau adunan sehingga sebati.
4. Apabila semuanya sudah sebati, baru masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Sambil diadun sehingga adunan lembut.
5. Akhir sekali, masukkan BAHAN C. Adun rata.
6. Ambil sedikit adunan dan letakkan di atas loyang yang telah dialas dengan kertas pembakar.
Ulang proses sehingga habis adunan.
7. Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 25 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing.
8. Setelah masak, biarkan biskut sejuk seketika sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.
Biskut menggunakan emping jagung / cornflakes adalah antara biskut raya yang sangat digemari ramai. Bukan sahaja kerana rasanya yang sedap malah cara pembuatannya pun mudah. Bila dibakar, hmmmmm… aroma wanginya penuh satu rumah. Nak cuba buat untuk raya nanti? Berikut resipi-resipi yang boleh dicuba.
1. RESIPI CORNFLAKES CRUNCHY COOKIES
BAHAN-BAHAN:
1 3/4cwn tepung gandum (1 cawan + 3/4 cawan)
1/4 cwn tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
2 cawan cornflakes ramas kasar
200g butter (suhu bilik)
3/4 cwn gula kastor
1 biji kuning telor
CARA MEMASAK:
Gula dan butter di pukul dalam 5 minit… Boleh guna whisk dan masukkan telor
Kemudian masukkan campuran tepung dan cornflakes serta baking powder gaul sebati
Panaskan oven terlebih dahulu 170C selama 10 mnt
Sapu nipis permukaan loyang dengan butter
Sudukan sedikit adunan pada loyang dan buat sampai habis
CARA MEMASAK: 1. Cairkan buttercup dengan gula perang dalam kuali.Bila dah cair, tutup api. 2. Masukkan madu. Kacau hingga rata. 3. Masukkan cornflakes. Gaul hingga rata dan bersalut. Jika nak tambah buah-buahan kering atau hirisan badam pun boelh. Pastikan badam dibakar terlebih dahulu. 4. Sudukan campuran cornflakes tadi ke dalam cawan kertas. 5. Hias ikut kreativiti dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 10 minit. 6. Sedia untuk dinikmati.
CARA MEMASAK: 1. Cairkan coklat dan mentega dalam kuali. 2. Kemudian tuang coklat tadi ke dalam bekas berisi cornflakes. Gaul rata. 3. Masukkan cornflakes ke dalam cawan kertas dan hias ikut citarasa. 4. Tunggu coklat keras baru dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!