Ada setengah kek, bila dah lemak, manis berkrim pasti rasa muak kan. Tapi bila ada ramuan buah-buahan pasti kurang rasa muaknya. Malahan tak cukup sekeping, pasti nak tambah lagi. Rasa citrus dan manis buah menyebabkan kek lebih seronok dinikmati.

Di Aidiladha ini 3 resipi istimewa dari Dill Cakes Ni pasti menggembirakan tetamu yang berkunjung ke rumah.

Jom semak resipinya…

1.KEK KEJU BLUEBERI

BAHAN-BAHAN :

  • 1 kg krim keju | pilih krim keju sebenar
  • 2/3 tin susu pekat
  • 1 cawan krim putar @ whipping cream.
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu makan pai blueberi filling | boleh didapati dari kedai kek/bakeri

Bahan dasar kerak :

  • 250 gm biskut marie
  • 125 gm mentega | dicairkan

CARA MEMASAK:
Dasar kerak :
1. Hancurkan biskut marie. Kemudian cairkan mentega.
2. Gaulkan biskut yang telah dihancurkan dengan mentega yang telah dicairkan.
3. Masukkan ke dalam tin pembakar berukuran bulat berukuran 25 sm .
4. Tekan adunan supaya padat. Masukkan sebentar dalam peti sejuk supaya ianya supaya membentuk dasar yang padat.
Krim keju :
1. Keluarkan krim keju 20 -30 minit sebelum digunakan.
2. Putar krim keju, susu dan krim putar hingga sebati.
3. Masukkan sedikit pai blueberi, gaulkan.
4.Tuangkan adunan dalam tin pembakar yang berisi biskut tadi.
5. Panaskan oven dan bakar dalam oven dengan suhu 170 darjah celcius selama 2 ½ jam.
6. Keluarkan dan bila sejuk masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam supaya kek benar-benar sejuk untuk dikeluarkan dari tin pembakar.
7. Hias kek dengan inti/filling blueberi di atasnya jika suka.

Saiz hidangan : 1 tin pembakar bulat bergaris pusat 25 sm
Waktu memasak: 3-4 jam
Cara Memasak : Bakar dengan teknik water bath (letakkan tin atas bekas berisi air)
Keistimewaan : Buah blueberi mengatasi rasa muak keju.

INFO  : Sedap dimakan sejuk dari peti ais.

2. KEK BLACK FOREST

BAHAN-BAHAN :

Bahan-bahan diayak (bahan kering) :

IKLAN
  • 227 gm tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh krim tartar

1 cawan air
1 cawan minyak jagung
1 ½ tin susu cair
2 biji telur

Bahan inti :

  • 350 gm @ 1 tin buah blueberi
  • 3 sudu makan inti pai blueberi ‘filling’ (boleh didapati dari kedai kek/bakeri)
  • 1 sudu makan tepung jagung | diayaj
  • 500 ml krim putar @ whipping cream
  • Ceri merah dan hitam secukupnya untuk hiasan

CARA MEMASAK :
1. Masukkan semua bahan-bahan kering kedalam bekas dan gaul rata.
2. Masukkan telur, minyak, air dan susu cair dan kacau rata
3. Tuang adunan dalam loyang bulat saiz 22.9 sm.
4. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170-180 darjah celcius selama 60 minit atau sehingga masak.
Sirap blueberi :
5. Dalam mangkuk yang lain pukul krim putar hingga kental.
6. Toskan buah blueberi dalam tin, airnya diasingkan.
7. Campurkan air blueberi tadi dengan gula dan tepung jagung. Masak dengan api yang perlahan hingga pekat dan sejukkan.
8. Setelah kek sejuk potong kek kepada 3 bahagian.
9. Lapisan pertama letakkan sirap blueberi tadi.
10. Sapu atasnya whipping cream yang telah diputar. Letak inti atau blueberi filling di atasnya.
11. Ulamg langkah untuk lapisan kedua dan ketiga.
12. Hias di atasnya dengan whipping cream dan juga buah ceri merah/hitam.

Saiz hidangan : 1 tin pembakar bulat 22.9 sm
Waktu memasak : 1 jam
Jenis masakan : Inti blueberi menghasilkan rasa buah blueberi asli
Keistimewaan: Kek klasik yang terkenal zaman berzaman,kaya dengan rasa buah

INFO  : Jangan putar whipping cream terlalu laju atau lama, ia akan menyebabkan krim terlalu pekat dan payah untuk disapu.

3.KEK OREN

BAHAN-BAHAN :

IKLAN
  • 150 gram mentega
  • 160 gram tepung gandum | diayak
  • 1 sudu kecil serbuk penaik | diayak
  • 160 gram gula kastor
  • 3 biji telur
  • 2 sudu makanr jus Sunquick @ guna jus oren sebenar
  • Sedikit parutan kulit oren | opsyenal

Bahan krim (topping) :

  • 250 gm Fresh Cream
  • 1/2 sudu the ekstrak vanilla
  • 1/2 sudu teh eksrak oren
  • 2 sudu teh parutan kulit oren
    (Putar kesemua bahan hingga kembang dan berkrim halus)

CARA MEMASAK :
1. Putar mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu.
2. Masukkan tepung yang diayak dengan serbuk penaik sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren.
3. Akhir sekali masukkan parutan kulit oren. Kacau sebati.
4. Tuang ke dalam acuan tin pembakar segi empat saiz 17.8 sm x 17.8 sm yang telah digriskan dengan mentega dan ditabur sedikit tepung.
5. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 45 minit atau sehingga masak.
6. Hiaskan dengan adunan fresh cream dan hiaskan hirisan oren jika suka.

Saiz hidangan: 1 tin pembakar segi empat ukuran 17.8 sm x 17.8 sm
Waktu memasak: 45 minit
Keistimewaan: Jus oren dan parutan kulit oren menghasilkan aroma yang segar harum

INFO :Fresh cream biasanya dijual dalam bentuk beku. Nyahbekukannya semalaman atau seharian di bahagian bawah peti sejuk jika ingin menggunakannya esok hari.

4.KEK VICTORIA SANDWIC

BAHAN-BAHAN :

IKLAN
  • 250 gm mentega
  • 200 gm gula castor
  • 220 gm tepung kek | campur sekali tepung jagung ,diayak *
  • 30 gm tepung jagung *
  • secubit garam
  • 5 biji telur saiz A
  • 2 sudu makan golden syrup
  • 2 sudu teh esen vanilla

Jem strawberi secukupnya untuk disapu pada kek.

Bahan krim keju vanilla :

  • 250 gm krim keju vanilla
  • 1 1/2 cawan non Dairy Whipping Cream
  • 56 gm krim keju
  • 2 sudu makan pes lemon

*(Putarkan krim keju dan pes lemon hingga lembut. Dalam bekas ‘mixer’ yang lain putarkan whipping cream hingga kental. Satukan dua adunan ini, kaup balik rata. Masukkan dalam beg piping)

*Buah-buahn beri secukupnya untuk hiasan atas kek

CARA MEMASAK :
1 .Panaskan oven suhu 150 darjah celcius dan dan sediakan acuan kek 2 biji ukuran 20 sm yang dialas dengan kertas kek.
2. Ayak bahan bertanda *sehingga 3 kali supaya kek jadi gebu dan ketepikan.
3. Putar mentega, gula dan golden syrup hingga kembang dan gebu.
4. Masukan telor satu persatu sambil diputar perlahan dan masukkan esen vanila.
5. Masukkan kek dan kaup balik dengan senduk hingga sebati.
6. Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian dan ratakan ke dalam 2 tin kek tadi dan bakar selama 30 minit dengan suhu 170 darjah celcius.

CARA MENYUSUN DAN MENGHIAS KEK :
1. Kek yang sudah sejuk potong bahagian atasnya yang keras. Jadikan permukaan yang rata.
2. Letakkan satu keping kek atas lapik kek dan paipkan krim (vanilla cream cheese tadi di atasnya).
3. Kemudian letakkan jam strawberi tadi.
4. Tutup dengan keeping kek yang satu lagi.
5. Ulang proses yang sama
6. Akhir sekali hiaskan kek dengan buah-buahan beri yang segar
7. Anda boleh juga ayakkan gula icing di atas buah-buahan tadi.
8. Sejukkan kek dan sapu jem diatas sebiji kek dan lapiskan dgn sebiji lagi kek.

Saiz hidangan: 1 loyang bulat bersaiz 20.3 sm
Waktu memasak: 30 minit
Keistimewaan: Kek yang cantik dengan variasi beri dan lazat dengan krim keju

INFO : Selain menggunakan krim keju, anda boleh juga menggunakan Swiss datau French meringue butter cream. Semua pun sedap rasanya.

RESEPI :
TERIMA KASIH :
DILL CAKES, APARTMENT SRI NUANG, JLN GUNUNG NUANG
U 11/37, TAMAN BUKIT BANDARAYA, SHAH ALAM. FB
IG:fadzilmdsalleh. http://dill-cakes.blogspot.com

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI