Ramai mengeluh masak bihun selalu terlebih atau keras, jangan risau. Paling penting adalah pastikan bihun yang nak digoreng itu dalam keadaan lembut dahulu, boleh rendam atau celur. Paling selamat adalah rendam hingga lembut. Kalau celur, bimbang terlembik. Semasa menggoreng tambah sedikit air. Tambahan sayur dan lauk pauk terpulang kepada anda. Ingin cuba ini disertakan resipi Bihun Goreng Seafood yang mudah dicuba.
BIHUN GORENG SEAFOOD BAHAN-BAHAN: 1 paket bihun (400 gm) | rendam sehingga lembut dan toskan 200 gm udang | buang kepala & kulit 200 gm sotong | dihiris 1 mangkuk hirisan kubis 1 mangkuk potongan kubis bunga (cauliflower) ¼ biji cili capsicum merah | didadu ¼ biji cili capsicum hijau | didadu 1 cawan air minyak secukupnya 3 sudu besar cili kisar 4 ulas bawang merah |tumbuk 3 ulas bawang putih | tumbuk 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar sos cili Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
Panaskan minyak dan tumiskan cili kisar & bahan tumbuk sehingga wangi.
Masukkan udang & sotong. Masukkan air, sos tiram, sos cili dan garam secukup rasa. (boleh rasa sikit samada dah cukup garam) kacau rata.
Masukkan sayuran (kecuali cili capsicum) kacau & biar sayur layu.
Masukkan bihun dan kacau rata. Akhir sekali masukkan cili capsicum & kacau sebentar.
Bila bihun dah lembut bolehlah diangkat dan taburkan dengan daun sup, daun bawang, hirisan cili & juga tauhu goreng.
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Nasi Komok atau dikenali dengan nama Khao Mok Gai ialah Nasi Briyani Siam. nasi ini hanya boleh diperolehi di negeri-negeri yang bedekatan dengan Thailand seperti Kedah dan Kelantan. Jika jumpa anda memang wajib cuba.
BAHAN-BAHAN:
1kg beras basmathi
1 liter air
200ml susu cair
1 ekor ayam |dipotong kecil
2 sudu makan rempah komok |boleh didapati di pasaran
4 sudu minyak sapi
5 biji bawang merah | dikisar
3 biji bawang putih | dikisar
2sm halia | dikisar
5gm kulit kayu manis
5gm bunga lawang
5gm bunga cengkih
5gm buah pelaga
Sedikit daun ketumbar dan bawang goreng secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga bersama bahan kisar hingga naik baunya.
Masukkan rempah komok dan biarkan masak sehingga garing. Kacau sentiasa.
Masukkan ayam dan biarkan masak seketika.
Asingkan ayam bersama kuahnya dan goreng sehingga garing. Ketepikan.
Masukkan kuah yang ditumis ke dalam periuk nasi dan tuangkan susu cair. Biarkan masak seketika.
Masukkan beras dan air secukupnya. Kacau rata dan biarkan nasi masak.
Apabila separuh masak, kacau rata nasi dan taburkan daun ketumbar bersama bawang goreng.
Pucuk ubi memang enak dimasak dengan pelbagai jenis masakan. Kalau dicelur, selalunya ia dijadikan sajian pecal, gado-gado ataupun dinikmati bersama sambal belacan dan budu. Tapi pernah tak jadi bila anda celur, daun pucuk ubi akan bertukar warna coklat dan pucat? Nampak tak menarik!
Menerusi saudari Erra Fazira Mahdi, beliau berkongsi petua dari ibu tercinta; Puan Jamaiah Binti Aini untuk hasilkan pucuk ubi rebus yang kekal hijau dan nampak menyelerakan. Jom cuba!
CARA CELUR PUCUK UBI AGAR KEKAL HIJAU & NAMPAK SEGAR
BAHAN-BAHAN:
Pucuk ubi – dibersihkan
1 sudu teh soda bikarbonat
Air secukupnya
CARA-CARA:
Sediakan air rebusan dan masukkan daun ubi.
Kemudian masukkan soda bikarbonat. Tunggu hingga daun lembut.
Angkat dan toskan. Selain pucuk ubi, cara ini juga boleh digunakan untuk mencelur sayur-sayuran yang lain juga.
Daun pandan sememangnya antara daun herba beraroma yang sangat banyak gunanya dalam masakan. Bermula dari penyediaan kuih muih, minuman hinggalah ke penghasilan lauk pauk, daun ini banyak digunakan sebagai penambah rasa, penyedap sajian dan memberikan warna pada masakan.
Terbaru, chef selebriti terkemuka antarabangsa, Nigella Lawson menjangkakan bahawa daun pandan akan menjadi trend makanan terbaru dan bakal menjadi kegilaan penduduk di United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Menurut beliau, trend penggunaan daun pandan dalam masakan dilihat semakin popular di kalangan pengusaha restoran juga suri rumah di Amerika Syarikat. Malah bahan ini juga hanya menunggu masa untuk menceroboh ke dapur-dapur di Britain.
Chef ini juga berkata semakin ramai tukang masak di Amerika yang mula memasukkan pandan ke dalam masakan roti dan kek mereka kerana baunya yang wangi seakan vanilla.
Di Amerika dan UK, daun pandan kini dilihat semakin popular dan mungkin akan menggantikan avokado untuk menjadi trend global terbaru. Saya rasa ia akan menjadi Matcha yang baru. Saya mungkin silap, tapi kita nampaknya berminat kepada benda itu (daun pandan). – Nigella Lawson.
Ia suatu yang tidak mustahil. Menurut The Independent, Nigella sememangnya terkenal sebagai seorang trensetter kerana sebelum ini beliau pernah menyebabkan hasil jualan avacado mencanak naik sebanyak 30% apabila beliau membawanya ke kaca TV.
Jika benar apa yang dijangkakan ini, rakyat Malaysia patut berbangga kerana kita terlebih dahulu kenal dan guna daun pandan ni. Malah ia juga boleh menjadi satu permulaan bagi usahawan-usahawan Malaysia untuk mengkomersilkan daun pandan ke peringkat antarabangsa.
Bila tahu mat salleh pun dah hargai herba tempatan ni, rasa bangga pula kan? Naik semangat nak masak pun ada. Ha…Jom admin belanja resipi Ayam Pandan Thai. Mudah & Sedap!
AYAM PANDAN
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
4 biji bawang putih | kisar halus
1 biji bawang besar | kisar halus
3cm halia | kisar halus
3cm lengkuas | kisar halus
6 tangkai cili padi | kisar halus
2 batang serai dihiris halus | kisar halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Daun pandan secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam bersama kesemua bahan kisar, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk kunyit, serbuk pati ayam, garam dan gula.
Perap semalaman bagi mendapatkan rasa yang lebih enak.
Setelah itu bungkuslah ayam tersebut dengan daun pandan seperti membungkus ketupat palas.
Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api yang agak sederhana besar agar ayam masak sekata.
Ayam pandan siap untuk dihidangkan.
Info chef: Jika hendak cepat, ayam bolehlah diperap selama dua jam.