Sedapnya Char Kuetiau Kerang ni. Kalau dapat makan panas-panas memang puas hati. Kalau beli, sepinggan pun dah harga berapa ringgit. Letak extra udang atau kerang, lagi mahal. Jadi meh cuba masak sendiri guna resipi perkongsian saudari SuiSan Aliezsha. Bahan-bahan simple je tapi rasa sedap macam beli dekat kedai tau. Makan dengan cili jeruk memang padu.
Nasi lemak memang antara hidangan sarapan yang digemari ramai. Kalau nak buat sambal, rasanya tiada masalah sangat cuma nasi tu kadang-kala kurang menjadi. Ada yang terlalu keras, ada yang terlalu lembik. Menerusi perkongsian saudari Leng Loy, beliau ajar cara-cara masak nasi lemak yang wangi, sedap, masak sekata dan butir nasinya sebiji-sebiji. Macam yang orang jual dekat gerai tu. Mudah sangat rupanya sukatannya. Puan-puan boleh cuba nanti.
RESIPI NASI LEMAK YANG WANGI, SEDAP & TAK LEMBIK
BAHAN-BAHAN:
3 cupak beras – boleh juga sukat guna cawan beras biasa
Halia – ditumbuk
5 helai daun pandai – potong pendek
1 kotak kecil santan
Sedikit garam
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Masukkan beras ke dalam periuk nasi dan basuh bersih. Kemudian sukat paras beras menggunakan jari.
2. Asingkan beras bersih tadi ke dalam bekas lain. Kemudian masukkan air ke dalam periuk nasi sama paras dengan sukatan beras tadi.
3. Masukkan santan kotak. Kacau rata.
4. Seterusnya masukkan halia, daun pandan dan garam. Kacau lagi hingga garam larut.
5. Tambahkan minyak masak. Fungsinya adalah untuk dapatkan nasi lemak yang sebiji-sebiji dan tidak lembik. Pastikan jumlahnya tidak lebih dan tidak kurang.
6. Letak periuk nasi dalam bekas rice cooker, tekan suis dan masak hingga mendidih.
7. Sewaktu santan mendidih, masukkan beras yang dibersihkan tadi. Masak seperti biasa.
8. Selang 5-6 minit sekali, buka periuk dan gaul nasi agar ia sebati dengan santan. 9. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Semasa masak santan, jangan biar mendidih terlalu lama dan santan pecah minyak kerana nanti nasi jadi kurang enak.
Menu lama yang dikatakan berasal dari dapur Istana Kesultanan Siam. Ia merupakan hidangan daging mentah yang diadun bersama beberapa bahan-bahan bagi dijadikan kerabu. Namun, bukan semua daging boleh digunakan untuk menghasilkan sajian ini. Hanya daging batang pinang sahaja yang sesuai kerana teksturnya yang lebih lembut serta enak. Bagi yang tinggal negeri berhampiran sempadan Thailand seperti sesetengah kawasan di Kedah, menu ini juga antara hidangan yang disajikan dikala kenduri kendara pada zaman dulu-dulu. Bagi yang nak cuba, jom lihat bahan-bahannya.
KERABU DAGING MENTAH BAHAN-BAHAN:
500gm daging batang pinang
6 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
2 batang serai
1cm lengkuas
1cm halia
3 biji cili merah
1 sudu teh lada hitam
4 ulas bawang merah
BAHAN MAYANG HALUS:
4 helai daun limau purut
1 biji bawang besar
2 biji cili merah
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Bersihkkan daging dari sebarang lemak dan urat.
Hiris nipis kemudian cincang halus.
Cuci hingga bersih dan toskan airnya.
Kemudian masukkan daging dalam mangkuk besar bersama bahan kisar halus.
Gaul rata, kemudian perahan jus limau nipis.
Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan gaul lagi.
Perapkan lebih kurang lima minit supaya semua bahan sebati dengan daging.
Akhir sekali masukkan bahan hirisan, gaul sekali lagi.
Setelah siap dan cukup rasa boleh hidangkan kerabu ini.
INFO CHEF: Jika ada suka boleh tambahkan hirisan bunga kantan dan daun kesum untuk aroma dan rasa yang lebih enak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ada yang suka sup ikan? Kali ini RASA ingin kongsikan resipi sup ikan siakap yang sangat sedap. Resipi ini dikongsikan oleh Haerme Abd Rahman di facebook group RASA Share Resepi. Jom cuba.
BAHAN REMPAH SUP HOMEMADE
1/2 sudu kecil ketumbar
1/2 sudu kecil jintan putih dan jintan manis
1/2 sudu kecil lada sulah biji dan lada hitam
4 biji cengkih
2 helai daun salam
2 ulas bawang putih kering
1 inci halia kering
2 kuntum bunga lawang
CARA BUAT REMPAH SUP HOMEMADE
Sangai semua bahan dan kisar kering.
BAHAN SUP
300 gram tulang lembu
2 inci halia (diketuk)
Minyak masak untuk menumis
3 labu bawang merah (hiris)
4 ulas bawang putih (hiris)
1 inci halia (hiris)
1 sudu besar rempah sup homemade
2 biji tomato (potong kecil)
3 tangkai daun sup dan daun bawang
Garam secukup tasa
1 ekor ikan siakap
1 biji limau nipis
Daun sup, daun bawang (dihiris)
Bawang goreng
6 tangkai cili padi
CARA MEMBUAT SUP
1. Dalam periuk, rebus tulang lembu kemudian masukkan halia. Biarkan mendidih.
.
2. Dalam kuali, masukkan minyak masak. Tumis bawang putih, bawah merah dan halia sehingga sedikit garing.
3. Masukkan rempah sup homemade. Tumis lagi.
4. Kemudian masukkan bahan tumisan dalam periuk rebusan tulang tadi.
5. Masukkan tomato dan daun sup yang disimpul. Perasakan dengan garam. Biarkan mendidih lagi.
6. Masukkan ikan. Terus tutup api dan tutup periuk. Biarkan dalam keadaan ini selama 15 minit.
7. Kemudian perah limau nipis, tabur daun sup, daun bawang, bawang goreng dan cili padi.
.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!