Sedapnya Cekodok Roti Gula ni. Selalu dekat rumah ada je roti sandwic yang masih banyak dan dah lepas tarikh luput tapi masih boleh dimakan. Kalau buang, ruginya. Menerusi perkongsian resipi oleh saudara Muhammad Naquib Mokhdzir @ Naqib, beliau kongsikan cara untuk habiskan roti dengan cepat. Resipi cekodok ni jenis yang manis. Cuma tambah tiga lagi bahan dah boleh hasilkan cekodok yang sedap. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK CEKODOK ROTI GULA YANG SANGAT MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
Ads
5 keping roti – kalau guna kulit roti lagi sedap
2 sudu makan gula
1 sudu makan mentega
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK: 1. Carik-carikkan roti jadi kepingan kecil dan masukkan ke dalam mangkuk. 2. Masukkan gula, mentega dan telur. Gaul dan ramas campuran sampai sebati 3. Panaskan minyak dalam kuali dalam kuantiti yang agak banyak. 4. Kaupkan adunan cekodok dan goreng hingga kekuningan. Untuk hasil yang nampak cantik dan sama saiz, boleh guna scoop aiskrim. 5. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.
Ads
Kredit resipi & foto: Muhammad Naquib Bin Mokhdzir / Naqib
Ads
BACA NI!
Nak gambar dan resipi masakan anda disiarkan di laman web dan facebook Majalah Rasa macam yang saudara Muhammad Naquib ni? Ikut 4 langkah mudah di bawah.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Hinggu ni nak masak apa ya. Jom buat kek pulak, anak-anak mesti suka ni. Kita cuba buat kek chiffoun pulak. Kaya dengan rasa oren
Lembut aje bila gigi bersentuhan dengan kek ni.
RESEPI ORANGE CHIFFON CAKE FLUFFY.
.
BAHAN-BAHAN :
Loyang : 7″ removable loose pan
Bahan A :
32gm minyak
65gm jus oren
Bahan B :
68gm tepung kek
Secubit garam
Bahan C :
4 biji kuning telur
Bahan D :
4 biji putih telur
50gm gula
Secubit cream of tartar/ cuka
CARA PENYEDIAAN :
1. Panaskan bahan A di atas kuali dengan apai kecil hingga panas. Matikan api.
2. Masukkan bahan B dan gaul hingga sebati.
3. Masukkan bahan C dan gaul hingga menjadi adunan yang halus.
4. Pukul bahan D menjadi meringue tahap soft peak sahaja. ( jangan sampai stiff peak)
5. Masukkan 1/3 daripada meringue tadi kedalam adunan kuning telur dan gaul hingga sebati.
6. Masukkan adunan kuning telur ke dalam baki meringue tadi dan gaul menggunakan spatula hingga sebati.
7. Bakar dalam oven yg sudah di panaskan terlebih dahulu.
Bakar :
180°C : 15 minit
Minit yg ke 14, buka dan keluarkan kek dan hiris bahagian atas kek, ( rujuk gambar) ambik masa seminit sahaja untuk hiris, masukkan semula dan sambung bakar pada suhu
150°C : 35 minit atau hingga masak. ( bergantung oven masing2)
Bila dah masak, tunggu sejuk baru keluarkan dari loyang.
Menu laksa memang menjadi kesukaan ramai. Kepekatan kuah laksa memberikan kenikmatan ketika makan. Boleh cuba buat laksa guna sardin tin. Memang sedap. Terus jadi rajin bila mudah pula nak memasaknya.
Laksa Sardin Tin
Bahan kuah:
2 tin sardin
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan
2 ketul kiub ikan bilis
2 senduk cili kering yang dikisar
2 tangkai bunga kantan
3 ikat daun kesum
4 keping asam keping yang besar
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cara membuat:
1. Kisar bawang merah. Bawang putih, belacan, 1 tin sardin besar, tin sardin kecil dihancur kasar saja.
2.Dah kisar,masuk ke dalam periuk.
3.Masukkan cili kering yang dah dikisar 3 senduk.
4.Masukkan air ikut kepekatan yang kita nak.
5.Masukkan sardin hancur kasar.
6.Letak 2 ketul kiub ikan bilis. Nak bagi dia rasa lemak-lemak ikan.
Episod Rasa Nostalgia Ramadan kali ini memang istimewa. Seronok tengok gelagat dua beranak ni masak dan berkongsi kisah Ramadan dan Syawal bersama. Mesra dan saling mengusik kedua beranak ini.
Buat Serina, papanya Chef Wan adalah idola masakannya. Dua sajian istimewa yang dipilih adalah Ayam Berkuah Sate atau Kacang dan juga Biskut Kacang Pecan yang sesuai dihidang semasa Hari Raya.
Cerita Serina dia memang sentiasa teringat kelazatan lauk pauk dan biskut raya yang rangup dan cantik air tangan papanya. Aktiviti bulan Ramadan ini di samping aktif berniaga baju jenamanya sendiri Serina Redzuawan Ready To Wear, dia juga turut membantu orang kampung memasarkan dan menjual produk makanan raya dan puasa dari mereka seperti dodol dan biskut raya .
“Famili kami memang cukup besar hampir 45 hingga 60 orang, bila dah berkumpul adik beradik dan sepupu memang meriah dengan juadah puasa dan raya. Setiap famili bawa kuih raya, lemang, rendang dan kami masak bersama. Saya hanya membawa daging untuk dimasak rendang. Tapi papa akan membuat segala kek dan biskut seperti kek oren, chocolate chip dan pecan cookies.
Kami boleh juga buat tapi tak secantik rupa macam papa buat. Ayam berkuah sate atau berkuah kacang papa memang cukup wangi aromanya dan menjadi kegemaran kami sekeluarga di bulan puasa dan Hari Raya. Selain itu papa dulu rajin masak masakan Arab , Beriani , Nasi Bukhari dan Kus-kus,”imbau Serina mengenai juadah nostalgia Ramadan dan Hari Raya.
Jom semak 2 resipi Nostalgia Serina dan papanya Chef Wan.
AYAM BERKUAH KACANG @ KUAH SATE
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam | dipotong kecil, boleh juga digoreng separuh masak terlebih dahulu
500gm kacang tanah | digoreng dengan sedikit minyak dan dikisar kasar
Bahan dikisar kasar :
30 tangkai cili kering | direndam air panas
12 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
7 batang serai
2.5sm halia
2.5sm lengkuas
8 sudu makan gula Melaka | yang telah diracik
2 sudu makan gula pasir
2 cawan air
8-10 sudu makan minyak panas
1 cawan air asam jawa | daripada 50gm pati asam jawa
Garam @ garam mineral secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga naik baunya.
Apabila garing masukkan kacang tanah. Kacaukan hingga sebati.
Masukkan air, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa ke dalam kuah yang semakin pekat itu.
Kecilkan api dan masukkan ayam. Biarkan mereneh sehingga ayam dan kuah masak. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
BISKUT PECAN
BAHAN-BAHAN :
60gm mentega tanpa garam
¼ cawan gula aising (serbuk)
1 sudu teh esen vanilla
125gm kacang pecan | dipanggang dalam oven dan dikisar kasar
½ cawan tepung gandum serba guna
Kacang pecan secukupnya untuk hiasan
Serbuk gula aising secukupnya | ditabur sebagai hiasan
CARA MEMASAK :
Pukul mentega dan gula hingga ringan dan berkrim.
Masukkan esen vanilla, pecan dan tepung, adunkan hingga menjadi doh.
Ambil doh dan bulatkan dan susun di atas dulang pembakar yang sudah digriskan dengan mentega.
Leperkan sedikit dengan menekan kacang pecan di atasnya.
Bakar 8 hingga 10 minit dengan suhu 175 darjah Celsius.
Bila sejuk taburkan gula aising di atasnya.
TERUSKAN MENONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN DI EPISOD SETERUSNYA BERSAMA ABAM BOCEY DAN EPISOD AKHIR ZIANA ZAIN.
JAM 5 PETANG HARI ISNIN DAN SELASA.DI SALURAN ASTRO PRIMA 105 DAN ASTRO PRIMA HD 121.
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!