
Kalau anda tiada idea atau inginkan lauk simple yang cepat masak dan siap, boleh cuba resipi telur mata sambal hijau.
Resipi yang dikongsikan Bahiah Saripuddin atau Che Yah ini, memang sedap sangat sampai boleh menjilat jari. Apatah lagi makan panas-panas.
TELUR MATA SAMBAL HIJAU
BAHAN-BAHAN:
15-20 biji cili padi hijau (ada cili besar boleh campur, nak pedas boleh tambah) – beli online di sini
4 biji bawang merah – beli online di sini
3 ulas bawang putih – beli online di sini
2 biji telur ayam
Secubit garam
Gula sedikit saja (jika suka)
TONTON Ayam Buttermilk Salted Egg Bestari & Kari Udang Bestari
TONTON Salted Brown Butter Crispy Treats
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk semua bawang merah, bawang putih dan cili sehingga lumat kasar. Tak perlu lumat sangat.
2. Tumiskan dan biarkan ia sedikit garing.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Boleh masukkan gula dan garam bagi secukup rasa. Saya letak sikit je tak smpai pun satu sudu kecil pun.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Pecahkan telur. Masak sehingga telur masak ikut citarasa. Nak berkuah boleh tambah air tapi saya tak tambah.
Kredit: Bahiah Saripuddin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Resipi Mudah & Sedap Cara Masak Hati, Perut, Limpa & Paru Sempena Aidiladha
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rahsia Mi Jawa Comfirm Sedap, Ini Cara Mudah Membuatnya.

Mi Jawa antara menu mi yang digemari ramai. Kali ini RASA ingin kongsikan resipi Mi Jawa Cara Che’ Nom. Bahan dan cara penyediaannya hampir sama dengan mi rebus, Cuma Mi Jawa lebih ringkas. Menariknya Che’ Nom gunakan keledek kuning sebagai bahan pemekat kuah, rasa manis dari isi keledek digabungkan dengan air rebusan daging memang menjadi rahsia kesedapan Mi Jawa ini sedap. Jadi anda wajib mencubanya.
MI JAWA
BAHAN-BAHAN:
2 paket mi kuning
Air rebusan daging secukupnya
3 biji keledek | rebus dan kisar halus
1 seduk cili kisar
3 sudu makan serbuk kari
1 kiub ayam atau daging
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR HALUS:
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 batang serai | hiris
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 sudu makan udang kering
BAHAN TABUR (CONDIMENT):
Daging rebus | dihiris nipis secukupnya
Tauhu goreng | dihiris nipis
Telur rebus secukupnya | kupas dan belah dua
Tauge secukupnya | celur
Hirisan daun bawang & sup
Bawang goreng
Hirisan cili merah
Limau nipis | hiris
CARA MEMBUAT:
- Celur mi kuning dan tapis airnya. Boleh gaulkan dengan sedikit minyak zaitun atau minyak masak supaya mi tidak melekat bila sejuk nanti.
- Rebus daging sehingga empuk. Asingkan airnya untuk kegunaan semasa penyediaan kuah nanti dan daging dihiris nipis.
- Panaskan minyak dan tumis cili kisar bersama rempah kari daging sehingga garing.
- Masukkan bahan kisar halus dan kacau sehingga pecah minyak. Boleh tambah sedikit air jika takut hangus.
- Masukkan air rebusan daging, keledek dan kiub daging atau ayam. Masak sehingga kuah mendidih. Kacau perlahan.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan sedikit mi ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan bahan-bahan taburan. Tuang kuah secukupnya dan siap untuk dihidang.
Kredit: Che’ Nom
Cucur Manis Stick, Rangup Di Luar Lembut Di Dalam

Cucur manis stick atau jejari ni memang rangup di luar , lembut di dalam. Selalu buat bulat-bulat tapi kalau rajin sikit buat lah bentuk stick atau jejari macam ini. Cicah pulak dengan nutella , memang sedap
“Kalau sesiapa nak buat tips nya perlu guna air panas yang baru mendidih , jangan guna air panas dari flask. Kalau air flask memang adunan akan lembik sebabnya air panas dari flask tak betul betul panas panas dan tepung tak akan masak/mudah berketul.
Jadi memang tak boleh nak bentuk jika adunan lembik. Dan gunakan cawan yg sama utk ukur tepung dan air,” tu pesan Nuhaz Kitchen kalau nak buat cucur stick ni.
Resepi ni dapat tak banyak. Kalau nak banyak gandakan adunan.
CUCUR MANIS STICK
BAHAN-BAHAN :
• 1 cawan tepung gandum
• 1 cawan air panas (yg baru mendidih)
• 1 sb gula
• secubit garam
CARA MEMASAK :
1. Satukan semua bahan
2. Kacau sehingga sebati (adunan mmg agak keras)
3. Tunggu suam baru bentukkan
4. Panaskan minyak
5. Goreng menggunakan api sederhana
Siap.
Selamat mencuba !
Kredit foto & resipi : Nuhaz Kitchen
ANDA JUGA MUNGKIN SUKA RESIPI INI :
RESIPI NI PUN MENARIK JUGA :
8 Makanan Tradisional Kedah & Johor Yang Wajib Anda Cuba Bila Berkunjung Ke Selatan & Utara.

Malaysia kaya dengan kepelbagaian makanan yang ternyata sedap-sedap belaka. Jika hendak dikira jumlah dan jenisnya, pasti tidak terhitung. Untuk laksa sahaja pun ada terlalu banyak jenis. Ada laksa lemak Kelantan, Laksa Kedah, Laksa Penang, Laksa Sarawak,Laksa Nyonya dan banyak lagi. Itu belum kategori lauk pauk, kuih muih, minuman, kerabu, manisan dan sebagainya. Namun yang pastinya, setiap sajian punyai keunikan serta rasa yang tersendiri.
Sempena perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kedah dan Johor yang bakal berlangsung malam nanti, admin nak belanja seleksi resipi tradisional dari kedua-dua negeri ini yang boleh anda cuba buat di rumah. Memang sedap dan unik. Malah ada diantaranya adalah kuih tradisional yang amat jarang ditemui. Sebagai contoh, kuih Bunga Pudak. Dekat Kedah je ada kuih ni. Memang sedap! Anda ke sana memang kena cuba.
Jom lihat resipi-resipinya:
RESIPI TRADISI KEDAH
1. LAKSA KEDAH
Kata orang Laksa Kedah asli ni ada ciri tertentu. Kuah mestilah pekat dan likat. Dari segi warna tu agak pucat sikit kekelabuan. Ini kerana laksa Kedah asli tidak menggunakan cili kering, tetapi menggunakan cili padi.
BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus laksa kasar (besar) – direndam dan direbus
- 1 kg ikan selayang (sardin) direbus bersama asam keping dan sedikit garam
- 4 ulas bawang merah
- 1 1/2 sudu kecil belacan
- 20 biji cili padi (ikut nak pedas mana)
- 4 keping asam keping
- 2-3 tangkai daun kesum
- 2 batang bunga kantan – dibelah
- 3 batang serai – diketuk
- Telur rebus secukupnya
- Limau nipis – dipotong
Bahan ulam (dipotong halus dan nipis) :
- Daun pucuk jangguih (gajus)
- Daun ulam raja
- Daun Selom
- Daun pucuk putat
- Timun
- Cili padi
- Bawang besar
CARA MEMASAK:
- Ikan selayang rebus diasingkan isinya. Isi ditumbuk halus.
- Tulang ikan dikisar bersama air rebusan ikan. Lepas kisar tapis dengan penapis (raga) plastik yang berlubang kasar. Tapis dua hingga 3 kali sehingga nampak tulang putih yang tinggal tu.
- Bawang merah, cili padi dan belacan dikisar.
- Campurkan isi ikan, air tapisan tulang ikan, bahan kisar (cili dan bawang) didalam periuk sekali. Jika terlalu pekat tambah air.
- Masukkan asam keping, serai, bunga kantan, daun kesum dan rebuslah sehingga mendidih. Rebus lama supaya kuah menjadi mesra dan lebih sedap. Perasakan garam secukup rasa.
CARA HIDANG:
- Letak laksa yang direbus dalam pinggan dan tuang kuahnya.
- Tabur ulam-ulaman, cili padi, dan telur rebus.
- Perah sedikit limau dan tuang sedikit kicap pekat manis.
- Sedia untuk dimakan.
Kredit info, resipi & foto: http://www.enyabdullah.com
2. GULAI BATANG PISANG
Kalau dapat menu ni memang leka. Jika berkunjung ke kenduri perkahwinan di kawasan Utara, selalunya akan disajiakn denga lauk ni. Kena cuba sebab memang best!
BAHAN-BAHAN:
- 2 batang umbut pisang – potong menyerong dan buang benangnya
- 1 kg tulang
- 1 kg daging – potong ikut suka
- 75 gram serbuk kari daging
- 1 cawan cili kering kisar
- 4 cawan santan pekat
- 2.5 liter santan cair
- 1 cawan minyak
- 3 keping kulit kayu manis
- 6 kuntum bunga lawang
- 4 tangkai daun kari – lurutkan
- garam / gula / perasa pilihan secukup rasa
Bahan hiris:
- 30 biji bawang merah
- 15 ulas bawang putih
- 8 cm halia
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga layu.
- Masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang. Biarkan sehingga timbul aroma.
- Masukkan cili kisar dan gaul sebati.
- Kemudian masukkan serbuk kari serta daun kari. Tambahkan 1 cawan santan cair. Perlahankan api dapur. Tumis bahan hingga terbit minyak.
- Campurkan daging bersama tulang dan masukkan kesemuanya ke dalam kuali. Gaul rata dan masak sehingga daging menjadi layu.
- Tambahkan santan cair. Biarkan gulai mendidih sehingga daging empuk.
- Masukkan umbut pisang. Masak lagi sehingga umbut layu / lembut.
- Akhir sekali tambahkan santan pekat, garam / gula / perasa pilihan.
- Setelah masakan sempurna, padamkan api dapur.
Kredit resipi & foto: http://salamisimon1.blogspot.my
3. QASIDAH
Sejenis kuih lembut yang lemak manis dan kaya dengan haruman bawang goreng. Biasanya, orang tua-tua suka makan kuih ini. Teksturnya yang lembut dan lemak-lemak manis memang kena dengan selera orang Melayu.
BAHAN-BAHAN:
- 5 ulas bawang rose – dimayang halus sedikit minyak untuk menggoreng
- 1 cawan tepung gandum + 2 sudu besar lagi
- 3 cawan air
- 7 sudu besar gula pasir
- 1/4 sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
- Gorengkan bawang dengan minyak yang mencukupi sehingga ia garing. Angkat dan ketepikan.
- Satukan tepung, air, gula dan garam. Kacau hingga tepung sebati dan larut atau kisarkan aja.
- Tapiskan ke dalam periuk. Masukkan 1-1/2 sudu tehminyak bawang tadi ke dalam periuk tadi.
- Masak dengan api sederhana kecil sehingga ia memekat.
- Kacau selalu supaya adunan tidak berketul.
- Kacau lagi sehingga adunan meletup-letup, pekat dan berkilat.
- Ambil loyang atau bekas dan sapukan dengan minyak bawang tadi.
- Terus tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan.
- Taburkan bawang goreng tadi dan renjiskan sedikit minyak bawang di atasnya. S
Nota: Boleh letakkan loyang di dalam bekas berisi air untuk sejukkannya. Semua sukatan bahan menggunakan sudu dan cawan metrik.
Kredit resipi & foto: http://aisyahaz-zahra2278.blogspot.my
4. KUIH BUNGA PUDAK
Kuih bunga pudak adalah sejenis kuih asli di negeri Kedah,terutama di bahagian utara Kedah seperti Alor Star,Jitra dan kawasan-kawasan berdekatan dengannya. Bagi yang nak rasa, kuih ni boleh didapati di kedai-kedai kuih tradisi terutama kat Pekan Rabu,Alor Star.
BAHAN-BAHAN:
INTI:
- 1 biji kelapa parut
- 1 cawan gula pasir
- sedikit garam
- perasa ros
- pewarna kuning/merah/hijau
KULIT:
- 1 bungkus tepung pulut
- 1 cawan air
- 1 cawan garam halus
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan untuk inti. Goreng dengan api sederhana, kacau hingga kering.
- Gaul semua bahan untuk kulit. Biar 1/2 jam.
- Sediakan kuali sederhana panas. Ambil 1 sudu adunan tepung masuk dalam penapis kopi, ayak tepung tersebut ke dalam kuali. Ayak rata dalam bentuk bulat.
- Masukkan inti ditengahnya. Lipat empat segi.
- Panaskan seketika, angkat dan ulangi hingga habis.
Kredit resipi & foto: http://baca-blogspot.blogspot.my
RESIPI TRADISI JOHOR
1. LAKSA JOHOR
Laksa yang unik kerana ia menggunakan spageti berbanding kebanyakan laksa lain yang menggunakan laksa beras.
BAHAN-BAHAN:
- 220gm spageti | direbus
BAHAN KUAH:
- 200gm ikan kembung | direbus dan dikisar
- 100gm bawang besar
- 50gm bawang putih
- 20gm cili kering
- 1 batang serai
- 10gm jintan putih
- 10gm daun ketumbar
- 1 batang bunga kantan
- 800ml air rebusan ikan
- 200ml santan
- Garam secukup rasa
BAHAN HIASAN:
- 10gm sambal belacan
- 10gm cili padi | dipotong kasar
- 10gm timun
- 5gm daun kesum
- 5gm daun selasih
- 1 biji limau nipis | dibelah dua
CARA MEMASAK:
- Didihkan air rebusan ikan di dalam periuk.
- Selepas itu masukkan bahan kisar, jintan putih, isi ikan, daun ketumbar, dan bunga kantan. Didihkan.
- Seterusnya masukkan santan pekat dan perasakan. Biarkan mendidih sehingga kuah menjadi pekat.
- Akhir sekali, masukkan spageti ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan bahan-bahan hiasan yang lain. Tuangkan kuah laksa di atasnya.
- Sedia untuk dihidangkan.
2. KACANG PHOOL
Andai ke Johor tetapi tidak menikmati hidangan Kacang Phool, memang tidak lengkap percutian anda. Sajian ini dihidangkan bersama roti dan telur mata. Ada juga hiirsan bawang serta cili bagi pelengkap rasa. Memang best!
BAHAN-BAHAN :
- 1 kacang foul/phool
- 1 tin kecil baked bean cap ayam
- 300 gm daging cincang
- 10 biji bawang merah*
- 4 ulas bawang putih*
- 1 inci halia*
(semua bahan bertanda * dikisar halus)
- 1 1/2 sudu besar rempah kari Baba`s
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 kiub daging
- 2 cawan air
- 2 sudu besar minyak sapi
- Garam secukup rasa
BAHAN_BAHAN SAMPINGAN :
- Roti – lagi best roti paun – dibakar dan sapu mentega
- Telur – digoreng mata kerbau
- Cili hijau – dipotong kecil
- Buah tomato – dipotong dadu
- Bawang besar – dipotong dadu
- Limau kasturi – belah dua
CARA MEMASAK:
- Satukan rempah kari dengan serbuk ketumbar dan sedikit air.Kemudian digaul rata jadi pes .
- Panaskan periuk guna api sederhana serta terus masukkan semua minyak sapi.Biar cair dan masukkan semua pes rempah dan kacau bahan-bahan ni sampai la pes rempah pecah minyak, jadi wangi dan masak .
- Masukkan semua daging cincang dan dikacau sampai daging masak .
- Kemudian masukkan air serta serbuk kiub daging secukupnya ke dalam kuah dan kacau .
- Bila mendidih masukkan kacang phool yang dah dilenyek dengan baked bean .
- Kacau semua bahan sampai cukup sebati, boleh di rasa jika kurang masin boleh ditambah garam dan boleh juga di masukkan sedikit gula untuk rasa yang seimbang .
- Terus kacau sos dan guna api dapur sederhana besar serta biarkan sampai kacang phool menjadi pekat .
- Bila kuah dah masak boleh la ditutup api dapur . Biarkan sebentar sampai kacang phool sedikit sejuk dan boleh dimakan dgn roti .
Kredit resipi & foto: http://resepinannie.blogspot.my
3. MEE BANDUNG MUOR
Salah satu sajian mi yang sedap! Mi Bandung Muar ni memang legend. Kuahnya yang pekat, penuh rasa udang kering. Dalam setiap hirupan kuah penuh rasa nikmat. Pergh…Kena cuba ni.
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg mee kuning (dicelur dan di toskan)
- 10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
- 1 labu bawang putih (diketuk)
- 5 biji bawang merah
- 1/2 cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
- 1/2 cawan udang hidup
- 1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
- Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci) Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
- 1/2 cawan gula pasir
- 3 – 4 cawan air rebusan daging
- 1 sudu makan sos tiram
- Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
- Lain lain perencah seperti daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
- Daun saderi & daun bawang, jika suka (dihiris)
CARA MEMASAK:
- Kisar cili kering, udang kering danair rebusannya, gula, bawang putih serta bawang merah.
- Panaskan sedikit minyak didalam kuali
- Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing.
- Masukkan sos tiram, udang, daging rebus,batang sawi, bahan-bahansampingan dan air rebusan daging dan garam
- Masak hingga kesemua bahan empuk dan akhir sekali masukkan telur dan kacau perlahan-lahan.
- Curahkan kuah keatas mee yang telah di letak dalam mangkuk.
- Hiaskan dengan daun bawang dan daun saderi.
Kredit resipi & foto: http://hidupbiarsedap.blogspot.my
4. MEE REBUS JOHOR
BAHAN-BAHAN:
- 2 kilo mee kuning- dicelur
- 1/2 kilo daging – dihiris halus ataupun tetel
- 4 biji keledek – direbus dan dikisar
- 1 cawan tauchu – dicuci dan dikisar
- 3 ulas bawang putih – dikisar
- 3 biji bawang merah – dikisar
- 1 inci halia – dikisar
- 1/2 cawan udang kering – dikisar
- 3 batang serai – dititik
- 1 inci lengkuas – dititik
- 5 sudu makan rempah kari daging
- Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
- Minyak untuk menumis
Bahan Taburan Tepung Udang Kering:
- 1/2 cawan udang kering, dikisar
- 80g tepung gandum
- 1/4 camt serbuk kunyit
- Garam
- Air secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
Bahan Hiasan:
- Tauhu yang digoreng – dipotong kecil
- Daun sup – dimayang
- Bawang goreng
- Telur rebus – dibelah dua
- Lada hijau – dipotong bulat
- Taugeh- dicelur
- Limau kasturi – dibelah dua
CARA MEMASAK:
Cara Buat Tepung Udang Kering:
- Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.
Cara Membuat Kuah:
- Panaskan minyak dalam periuk.
- Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
- Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
- Masukkan rempah kari kacau rata.
- Kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
- Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
CARA MENGHIDANG:
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.
Kredit resipi & foto: https://cikmatahariku.blogspot.my