Laksam ni makanan masyarakat Pantai Timur yang kuahnya rasa lemak-lemak. Memang sedap. Boleh dijadikan sarapan atau minum petang. Banyak dijual di pasar pagi dan pasar malam. Tapi kalau buat sendiri, lebih sedap dan puas makan. Kuah tu, buat pekat-pekat sikit.
Di samping kuah, laksam tu sendiri pun kena sedap. Nak tahu cara buat laksam? RASA kongsikan resipi laksam homemade. Jom cuba.
LAKSAM
Bahan-Bahan
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
5 cawan air suam
Sedikit minyak masak
Cara Membuat
1. Satukan semua bahan adunan sehingga sebati. Pastikan tepung tidak berketul.
IKLAN
2. Masukkan sedikit minyak masak dan sebatikan.
3. Panaskan pengukus. Sapu minyak masak pada talam.
4. Apabila pengukus sudah panas, letak talam dalam pengukus dan masukkan adunan laksam. Jangan masukkan semua sekali. Masukkan sedikit-sedikit. Tipis saja. Kalau tebal nanti laksam susah hendak digulung.
IKLAN
5. Tutup pengukus dan biarkan seketika. Lebih kurang 2 minit atau sehingga adunan tadi naik gelembung. Itu menandakan laksam sudah masak dan boleh diangkat.
6. Adunan ini cukup untuk lapan batang laksam. Kalau nak lebih, gandakan adunan.
IKLAN
TIP LAKSAM LEBIH CANTIK
a) Gulung laksam ketika laksam masih suam-suam kuku. Jangan gulung ketika panas. Kalau digulung ketika panas, laksam jadi menggerutu dan melekat-lekat pada talam.
b) Tak perlu oles minyak pada talam setiap kali hendak mengukus. Oles minyak hanya apabila talam sudah kering.
Mi kuning memang tidak mahal harganya namun jika dibuat sendiri secara homemade, pastinya lebih enak, bersih serta dijamin halal. Anda pun tidak ragu-ragu untuk menikmatinya. Bahkan boleh menambah sayur-sayuran seperti daun ketumbar atau bayam hijau di dalamnya menjadikan mi anda lebih enak serta berkhasiat. Bagi yang nak cuba buat mi kuning sendiri, jom lihat cara-caranya.
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum
350 air
1 sudu teh air abu
1 sudu makan garam
1 sudu teh pewarna kuning atau serbuk kunyit
1-2 pokok daun ketumbar
CARA-CARA:
1: Masukkan tepung, garam, serbuk kunyit , air dan daun ketumbar dalam mangkuk.
2: Gaulkan adunan menjadi doh . Kemudian bulatkan kepada beberapa bahagian.
3: Canaikan doh menjadi nipis menggunakan mesin pengelek 2-3 kali.
4: Seterusnya masukkan kepingan doh dalam mesin untuk membentuk mi.
5: Panaskan air, tambahkan sedikit minyak di dalamnya dan celur seketika mi.
6: Gaulkan mi yang telah ditoskan dengan minyak bawang putih.
7. Boleh dinikmati sama ada digoreng, dibuat sup dan sebagainya. Boleh juga disimpan di dalam peti sejuk. Ia boleh bertahan selama 7 hari.
Mi Kari ni antara kegemaran ramai rakyat Malaysia. Resipinya pun ada bermacam jenis. Menerusi perkongsian saudari saudari Mariana Zainal, beliau kongsikan resipi Mi Kari yang sedap dan penuh dengan ramuan enak. Memang berbaloi untuk dicuba. Anak-anak dan suami anda pasti suka.
Sedikit ayam – empunya letak 4 ketul bahagian yang bertulang, potong kecil)
3 paket bebola ikan
1 paket kek ikan
8 keping tauhu kering – jangan banyak
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak. Tumis bunga lawang, kayu manis dan bahan kisar hingga agak garing. 2. Masukkan bahan pes. Tumis hingga betul-betul naik minyak. 3. Masukan santan. Biarkan mendidih dan barulah dimasukkan kentang kisar, air dan ayam. 4. Tambah sedikit air jika kuah terlalu pekat. 5. Bila sudah mendidih ganas, masukkan isi kerang dan bahan-bahan lain. Sesuaikan rasa mengikut selera. 6. Tauhu kering letak terakhir sekali supaya kuah tak kering diserap tauhu.
7. Hidangkan kuah Mi Kari bersama bahan-bahan lain.
Untuk anda yang sedang berdiet dan tidak ada selera makan, jom cuba menu Thai yang sihat dan sedap ni iaitu Bihun Celup dan Nasi Air. Sudahlah sedap senang pulak nak masak. Sangat sesuai untuk hidangan makanan malam sekeluarga
BIHUN CELUP THAI
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang lembu yang berdaging
4 ulas bawang putih – dimayang
4 ulas bawang merah – dimayang
1 inci halia – dimayang
1 batang serai
2 pokok ketumba
r | ambil bahagian akarnya
Sos ikan ikan
Gula kabung
Garam
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN REMPAH PENUMIS:
4 kuntum bunga cengkih
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
BAHAN ISIAN:
Bihun | rendam dan celur
Hirisan ayam yang telah direbus
Bawang putih goreng bersama minyak chili flakes
Daun ketumbar
Kacang tumbuk
Taugeh | dicelur
Kangkung | dicelur
Limau nipis
CARA MEMASAK:
Rebus tulang hingga empuk, kemudian ketepikan.
Panaskan minyak, bahan rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah, halia hingga naik bau.
Kemudian masukkan tulang yang telah direbus bersama-sama air rebusan. Tambahkan air secukupnya.
Masukkan serai dan akar pokok ketumbar. Rebus sehingga mendidih, kemudian perasakan dengan sos ikan, gula kabung dan juga garam.
Matikan api.
Untuk menyediakannya, masukkan bihun ke dalam mangkuk.
Diikuti semua bahan sampingan yang lain dan tuangkan kuah sup.
Bihun Celup sedia dihidangkan.
INFO CHEF:
Bihun Sup Thai berbeza daripada bihun sup biasa kerana kuah supnya sedikit masam selain daripada bahan sampingan yang digunakan.
NASI AIR THAI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan air rebusan tulang/daging
3 hirisan halia | titik
2 ulas bawang putih | titik
1 batang serai | titik
Sedikit garam
BAHAN-BAHAN SUP:
5 cawan air rebusan tulang
4 hiris halia | titik
2 ulas bawang putih | mayang halus
3 ulas bawang merah | mayang halus
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Sup bunjut
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN-BAHAN TAMBAHAN
6 ekor udang | dicelur
2 ekor sotong | dicelur
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawnag
Bawang goreng
CARA MEMASAK:
Rebus tulang bersama daging hingga empuk (air ini digunakan untuk sup dan juga memasak nasi).
Untuk menyediakan nasi, basuh beras hingga bersih. Masukkan halia, bawang putih, serai dan sedikit garam di dalam periuk beras.
Masukkan pula air rebusan tulang dan daging. Pastikan air lebih sedikit dari masak nasi biasa supaya nasi lembik.
Cara penyediaan sup. Tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
Masukkan air rebusan tulang/daging bersama sup bunjut
Akhir sekali masuk garam dan perasa secukup rasa.
Cara menghidangkannya, sendukkan nasi ke dalam mangkuk.
Letakkan di atasnya udang dan sotong yang telah dicelur serta hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
Tuangkan sup dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF:
Anda yang alahan makanan laut, boleh tukar dengan ikan bilis dan daging goreng.