Wow…Nampak sedaplah Brownies Kedut ni. Menurut saudari Mariana Zainal, resipi yang dikongsi ini adalah untuk loyang bersaiz 10 inci. Sangat sesuai dicuba bagi anda yang tercari-cari resipi brownies yang lengkap. Jika nak buat dalam saiz yang kecil, bahagikan sahaja sukatan adunan. Pasti puas hati dengan hasilnya.

 

CARA MASAK BROWNIES KEDUT UNTUK LOYANG SAIZ 10 INCI

Resipi Brownies Kedut Sedap Untuk Loyang Saiz 10 Inci

BAHAN A:

  • 400gm coklat masakan atau compound choc
  • 150gm mentega
    (Double boiler dua bahan di atas sampai cair)

BAHAN B:

  • 4 biji telur gred A @ B
  • 80gm gula kastor
  • 80gm gula perang
    (Satukan bahan B. ‘Whisk’ guna tangan hingga gula larut dalam telur. Hanya perlu kacau sahaja. Tak perlu pukul. Pastikan gula untuk dapatkan ‘effect’ kedut.)

BAHAN C (AYAK BERSAMA):

IKLAN

CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan A dan B. Kacau hingga sebati guna pemukul tanga (whisk). Masukkan bahan C. Kacau sebati.

2. Ambil sedikit mentega dan oles nipis pada permukaan loyang. Lapik loyang menggunakan baking paper.
3. Tuang adunan brownies tadi. Tekstur adunan memang kental.
4. Ratakan adunan brownies supaya sama tebal. Tabur kepingan badam (jika ada).
5. Panaskan ketuhar pada suhu 150-160C. Bakar selama 35 minit ( jika guna loyang saiz 10 inci) @ 30 minit (jika guna loyang saiz 8 inci). Andai guna loyang saiz 8 inci, bahagikan adunan kepada 2 bahagian.

Resipi Brownies Kedut Sedap Untuk Loyang Saiz 10 Inci
6. Bila brownies telah masak, sejukkan dan bolehlah dihias mengikut kreativiti masing-masing.

 

Resipi Brownies Kedut Sedap Untuk Loyang Saiz 10 Inci

IKLAN

 

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

 

Suka makan Ayam Percik? Serius….Resipi ni memang sedap!

IKLAN

 

JOM CUBA RESIPI LAIN JUGA:

Cara Buat Puding Laici Berkuah Yang Sedap & Mudah

Sedap. Ini Resipi Ayam Madu Mudah, Tak Guna Banyak Bahan.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI