Terasa nak makan BiskutMakmur Susu tapi tak ada ketuhar? Usah sedih…Anda masih boleh buat biskut yang dihajati. Tak perlu bakar pun malah bahan yang digunakan pun sangat mudah. Guna 4 bahan sahaja! Menurut empunya resipi saudari Mariatun Bibi, biskut ni sangat senang dan pastinya cair di mulut. Jom cuba!
1 cawan susu tepung – beli online disini ( Jika tak ada minyak sapi, boleh guna marjerin)
CARA MEMASAK:
1. Goreng tepung tanpa minyak. Kacau hingga kekuningan namun jangan sampai hangit. Angkat dan letak dalam bekas ata besin bersesuaian.
2. Seterusnya cairkan planta bersama minyak sapi. Bila dah cair, biarkan sejuk.
3. Masukkan gula kastor ke dalam tepung. Gaul rata. Jika rasa kurang manis, boleh tambah jumlahnya. Seterusnya masukkan campuran plantan dan minyak sapi yang telah dicairkan tadi.
4. Gaul rata sampai adunan boleh dikepal bulat-bulat.
Ads
5. Bila adunan habis dikepal, salut biskut tadi ke dalam bekas berisi susu tepung hingga rata.
Siapa yang suka mengunyah biskut raya kenalah buat yang memang menjadi kegemaran. Boleh cuba buat biskut thumbprint dengan menggunakan ibu jari.Tambah sedap disalut pula dengan kacang tumbuk yang sudah disangai.Confirm ketagih nak makan.
Biskut Thumbprint
Bahan-bahan:
200g butter
100g gula aising
Adun bahan hingga sebati dulu
Masuk 1 biji kuning telur
Whisk lagi hingga sebati.Kemudian masukkan
30g susu tepung
30g serbuk koko
Kacau sebati
30g tepung jagung
Kacau semuanya hingga betul-betul sebati
Ayak
250g tepung gandum serbaguna
Masuk sikit-sikit dan uli.
Adunan biar lembut supaya senang nak guling dalam kacang atau cheddar
Kek lobak merah antara kek yang mendapat perhatian selain daripada red velvet kalau di kedai kek.
Dan tahukah anda, menurut pakar pemakanan, kek ini meningkatkan warna kulit dan memberi kesan positif terhadap fungsi jantung.
Rasa kek lobak merah ini lemak-lemak dan ada sedikit rasa masam, memang bertambah sedap dengan dihiasi topping karamel dan cream cheese.
Jom kita cuba resipi kek lobak merah karamel daripada Keroroyz Royz.
CARAMEL CARROT CAKE
BAHAN KEK:
125g tepung gandum * (1 cup) – beli online di sini 3 sudu besar tepung naik sendiri/tepung kek* – beli online di sini 3g baking powder * (½ sudu teh) – beli online di sini 5g baking soda * (1 sudu teh) 3g serbuk kayu manis * (½ sudu teh) – beli online di sini 2g serbuk puah pala* (jika suka) ¼ sudu teh ¼ sudu teh garam halus* – Campur & ayak bahan bertanda *
175g lobak merah | diparut – beli online di sini 3 biji telur gred A 120g gula perang (2/3 cup) – beli online di sini 135g minyak jagung (1/2 cup + 1/4 cup) – beli online di sini 1 sudu teh vanilla essence ½ cup pecan/walnut | dibakar & cincang kasar
1. Panaskan ketuhar 170C. Sapu dan alas dengan baking paper. Saya guna round baking tin size 7 inci. 2. Guna mixer, pukul telur dan gula hingga creamy dan berwarna terang. Masukkn esen vanila dan minyak jagung dan pukul hingga sebati. 3. Masukkan bahan campuran tepung sedikit demi sedikit. Matikan mixer. Dengan menggunakan spatula, gaulkan lobak merah dan pecan/walnut secara kaup balik hingga sebati.
4. Tuang adunan ke dalam baking tin. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam hingga masak. Setelah keluarkan dari ketuhar, biarkan 30 minit. Kemudian keluarkan kek dari baking tin dan biarkan sejuk di atas cooling rack. (Kalau guna 2 baking tin, 160C 35 minit)
CARA MEMBUAT SOS KARAMEL:
1. Masukkan gula dan air dalam periuk. Gunakan api sederhana. Biarkan gula menjadi perang tanpa perlu dikacau. 2. Setelah perang kecoklatan, alihkan periuk dari dapur dan masukkan krim. Kacau sebati menggunakan sudip kayu. Campuran ini akan berbuih meletup-letup kecil. 3. Masak semula lebih kurang 1 minit sambil kacau tanpa henti hingga nampak smoothly. 4. Alihkan dari dapur. Masukkan mentega dan garam. Kacau sebati dan sejukkan dalam jar kecil. Sos karamel ni tahan sehingga 2 bulan dalam peti sejuk.
CARA MEMBUAT CHEESE FROSTING:
1. Pukul whipping cream hingga stiff peak. Simpan sekejap dalam peti sejuk. 2. Di dalam bekas lain pukul cream cheese hingga kembang. Masukkan icing sugar dan sos karamel. Mix sebati. 3. Campurkan whipping cream tadi menggunakan spatula dengan cara kaup balik hingga adunan sebati.
CARA NAK SATUKAN KEK:
1. Potong kek carrot menjadi 2 bahagian. Letak sekeping di atas serving plate. Sapukan dengan cheese frosting. Letak 2nd layer. Sapukan baki cheese frosting meliputi keseluruhan kek. Sejukkan 2 jam. 2. Sebelum serving, tuang di bahagian atas kek dengan baki sos karamel dan biarkan ia meleleh ke bahagian tepi. Hias dengan pecan/walnut cincang.
1. Dengan menggunakan hand mixer, pukul mentega dengan gula kastor dan gula perang sehingga kembang.
2. Tambahkan telur, sebiji dahulu pukul sehingga kembang, baru tambahkan sebiji lagi. 3. Masukkan esen vanilla. 4. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan garam ke dalam adunan. Guna spatula dan kacau sebati. 5. Masukkan badam cincang dan chocolate chips.
6. Gunakan sudu penyukat saiz ½ sudu besar atau tablespoon sebagai acuan. Isi sudu penuh penuh, ratakan, cungkil dan letak atas baking pan yang dilapik dengan baking paper. Saya guna pan segi empat 12 inci dan muatkan 25 ketul cookies.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!