Suka cookies tapi bila buat memanjang tak sempurna hasil kejadiannya walaupun dah ikut resipi. Apa yang tak kena agaknya? Sebelum salahkan resipi atau tak mahu buat langsung, tengok dulu lima teknik yang betul menyediakan adunan cookies. Mana yang salah kita betulkan…
CREAMING METHOD:
Lemak dan gula dikacau atau putar bersama terlebih dulu selama 1-2 minit. Masukkan telur dan bahan kering secara perlahan ke dalam adunan gula dan lemak, kemudian kacau menggunakan spatula atau senduk kayu . Untuk adunan ini, gunakan mentega tawar bersuhu bilik, agar lebih mudah tercampur dengan gula. Ciri: Tekstur cookies lebih ringan dan berpasir. Contoh: Chocolate cookies dan butter cookies.
RUBBING IN METHOD:
Digunakan dalam membuat cookies tradisional, seperti shortbread dan graham crackers. Lemak dimasukkan ke dalam bahan kering (tepung gandum, gula halus dan rempah-rempah). Lemak yang digunakan mestilah sejuk supaya adunan yang terbentuk berpasir.
Ciri-ciri: Tekstur cookies berat dan cenderung agak padat dan keras.
Ads
Contoh: Dry fruit pie dan cookies dengan rasa serbuk kayu manis dan corn flakes cookies.
THE MELTED METHOD:
Mentega dicairkan dulu dan dicampur dengan gula atau sirap gula. Lalu, bahan kering dimasukkan ke dalamnya, sambil diuli hingga terbentuk adonan yang kalis. Ciri: Tekstur cookies yang ranggup.
Contoh: Flapjacks, gingernuts, chocolate cookies.
Ads
THE ALL IN ONE METHOD: Dengan menggunakan bantuan food processor, semua bahan dicampur menjadi satu. Biasanya digunakan untuk membuat cookies dengan adunan yang ringan dan lembut, dengan perbandingan bahan basah lebih banyak dibandingkan bahan kering.
Ciri: Tekstur cookies yang lembut. Contoh:Lidah kucing dan raisins cookies.
Ads
THE WHISKED METHOD:
Bahan kering dimasukkan secara perlahan ke dalam adunan gula dan telur yang sudah pukul hingga putih. Kadang-kadang hanya menggunakan telur utih sahaja.
Ciri: Tekstur cookies ranggup di luar, namun di bagian dalam sangat lembut dan mudah cair di mulut.
Contoh: Tuilles atau macaroons.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Batuk boleh mengganggu serta menjejaskan aktiviti harian kita. Ia akan membuatkan kita berasa tidak selesa sepanjang masa. Cuba petua yang diberikan pakar-pakar ubat China dan Taiwan ini untuk menggurangkan batuk yang berlarutan (persistence cough). Ianya sesuai untuk kanak kanak dan juga dewasa.
Buah oren dipotong bahagian atas dan bawah (seperti yang ditunjukkan di dalam gambar)
Tambah secubit garam di bahagian atas dan sapu rata. Jika boleh cucuk dengan garfu atau chopsticks sebelum tambah garam supaya garam dapat meresap dengan cepat ke dalam oren tersebut.
Kukus selama 2 jam (masa nak kurangkan pun boleh tapi jus oren tidak banyak)
Minum jus tersebut. Rasanya sedikit masin dan pahit. Buat dan minum sampai batuk berhenti.
Berkesan atau tidak terpulang kepada individual ya.
Bekas plastik makanan anda berbau kurang enak walaupun banyak kali dicuci? Biasanya jika anda simpan makanan yang berminyak serta berbau pasti akan menyebabkan masalah ini terjadi. Usah risau kerana anda boleh mengatasinya. Selamat mencuba dan jangan lupa ‘share’ jika petua ini bermanfaat ya.
1. GARAM
Bau pada bekas plastik atau tupperware seringkali datang dari sisa-sisa makanan yang tertinggal dan bersembunyi dalam celah-celah bekas plastik. Cara untuk bersihkannya m,udah sahaja. Ambil garam halus dan gosoklah perlahan-lahan. Ia boleh menghilangkan kesan makanan yang terperangkap, seterusnya menghilangkan bau.
2. KERTAS SURAT KHABAR LAMA
foto: homesavvyatoz.com
Jika bekas makanan anda masih berbau, cuba pula gunakan kertas surat khabar lama. Ambil beberapa helai surat khabar dan renyukkan. Kemudian celupkan dengan sedikit air. Letak surat kahabar tadi ke dalam bekas makanan dan tutup kemas. Biarkan beberapa hari kerana bahan karbon yang terkandung dalam kertas surat khabar boleh menyerap bau kurang enak dari bekas plastik atau tupperware. Bila nak guna, keluarkan kertas dan bersihkan bekas makanan anda.
3. BIJI KOPI
foto: sqwanjia.net
Ini salah satu lagi cara bijak untuk menghilangkan bau dari bekas makanan. Caranya mudah sahaja. Untuk bekas kecil, masukkan satu atau dua sudu makan biji kopi. Untuk bekas lebih besar, gunakan 3-5 sudu makan biji kopi. Biarkan selama beberapa hari dan barulah dicuci serta digunakan kembali. Hasilnya bekas makanan anda berbau harum.
4. UNCANG TEH
Ambil 2-3 pek uncang teh terpakai yang telah dikeringkan airnya. Biarkan di dalam bekas makanan tersebut dan keluarkan apabila anda mahu menggunakannya. Sisa harum daun teh membantu mengurangkan bau busuk pada bekas makanan.
Nasi Lemak. Menu kegemaran rakyat Malaysia yang simple tapi ramai yang ‘fail’ untuk masak nasinya. Ada yang mentah, ada yang lembik. Susah nak dapatkan tekstur nasi yang sempurna macam yang peniaga jual tu.
Namun, ada panduan yang boleh anda cuba. Menerusi perkongsian saudari Ruviantie Roslan, beliau berkongsi tip untuk hasilkan nasi lemak yang sempurna menggunakan sukatan yang betul. Bolehlah cuba!
CARA MASAK NASI LEMAK YANG MENJADI & SEMPURNA
BAHAN-BAHAN:
2 gelas beras
1 1/2 gelas air
1 1/2 gelas santan
Secubit garam
1-2 ulas bawang merah – hiris
1 ulas bawang putih – hiris
2 inci halia ( anggaran sebesar ibu jari kaki)
Halba secukupnya – boleh abaikan jika tidak suka
Daun pandan – disimpul
CARA-CARA:
1. Untuk memulakan proses memasak, guna sukatan gelas yang sama untuk ceduk beras, air dan santan.
2. Cuci beras hingga bersih. Masukkan ke dalam periuk.
3. Kemudian masukkan air, santan, daun pandan serta garam.
4. Masukkan juga hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan halba ( jika suka).
5. Kacau sebati semua bahan dalam periuk tadi. Kemudian masak seperti biasa.
6. Bila nasi hampir nak masak, kacau sedikit supaya santan rata dan tidak berkumpul di bahagian atas. Kacau sekali sahaja.
7. Nasi lemak siap untuk dinikmati!
INFO CHEF
Boleh guna apa sahaja jenis atau saiz gelas. Yang penting, guna gelas yang sama untuk sukat semua bahan.
Jika guna pot beras ( cawan sukatan beras yang dapat masa beli periuk nasi), juga boleh guna kaedah yang sama.
Guna gelas yang besar jika nak masak nasi dalam jumlah yang banyak. Atau jika guna gelas kecil @ sederhana, boleh gandakan bahan mengikut panduan diatas.
Nak tahu cara hilangkan kerak periuk dan kesan hangus tanpa guna sabun keras? Cuba 6 bahan dapur ini seperti garam, lemon dan soda bikarbonat — mudah, berkesan dan selamat!