Biskut Datin. Rupa seunik Namanya. Sekali pandang, seakan Kuih Tart kerana mempunyai inti jem nanas tetapi tidak bergulung atau diterap seperti biasanya. Bentuknya seakan doh yang dileperkan kemudian diletakkan jem nanas ditengah-tengahnya. Kemudian dikepit sebegitu rupa. Nampak mudah je. Nak cuba? Saudari Bam Azimadada kongsikan resipinya. Jom mula!
CARA MEMASAK: 1.Ayak tepung kemudian ketepikan. 2. Dalam bekas berlainan, kacau mentega bersama gula. 3. Masukkan esen vanilla dan juga kuning elur. Kacau lagi. 4. Seterusnya masukkan susu pekat manis dan juga tepung yang telah diayak tadi. Uli sebati hingga jadi doh. 5. Ambil sedikit doh, bulat-bulatkan dan letak di tengah kertas kuih. Tekan doh pada kertas supaya leper. 6. Letak inti jem nanas yang telah dibentuk di tengah-tengah doh. 7. Lipat dua kertas kuih supaya menjadi separuh bulatan. Tekan supaya jadi leper. Ulang proses sama hingga habis adunan. 8. Susun dalam loyang dan bakar Biskut Datin ni hingga masak lebih kurang 20 minit (suhu boleh guna anggaran 170C).
Selalunya kalau waktu sahur masakan yang dihidangkan mestilah yang mudah dan sedap dimakan. Apa kata cuba resipi yang Azzaliza kongsikan ni, serunding telur pedas nampak menarik dan menyelerakan!
Kalau ada sambal belacan lebih tu jangan dibuang. Kalau dulu rumah saya wajib ada sambal belacan tiap kali makan tapi ayah, dia nak sambal belacan yg fresh. So saya kumpul sambal belacan tu buat serunding telur. Makan dengan nasik panas buat pedas-pedas perghhhhh lawan plak ngn ikan masin memang terbaik la. Selain buat lauk sahur, makan dengan roti, moi/bubur nasi pun sedap. –Azzaliza
RESIPI SERUNDING TELUR PEDAS
Bahan-bahan:
Cili merah
Cili api -lagi pedas lagi sedap
Belacan
Garam sikit
Gula sikit
* semua tumbuk lagi sedap. Sbb nk kurangkan air masa menumis
Bawang besar 2 biji potong dadu
5 ulas bawang putih cincang
Sos tiram 1 sudu besar
Asam jawa paste 1 sudu kecik or bleh ganti ngn lemon juice
Telur 3-5biji
Cara memasak:
Tumis bawang besar dan bawang putih sampai kekuningan dengan 1 senduk minyak. Pakai minyak banyak sikit nanti telur tak garing.
Lepas tu masukkan bahan tumbuk. Tumis sampai garing. Kalau kisar jangan guna air banyak, lepas tu tak perlu tambah air.
Masukkan sos tiram dan asam jawa kacau sebati kemuadian pecahkan telur. Goreng sampai telur tu garing dan keluar minyak.
Jika nak kurangkan minyak lepas masak dah siap masak letak atas kitchen towel/ tisu. Siap !
Nota: Kalau tak makan belacan boleh tukar letak ikan bilis tumbuk atau udang kering tumbuk tapi jangan letak banyak sebab akan menghilangkan rasa telur. Saya pernah improvise resipi asal ni letak kentang potong dadu dan tambah lada hitam bagi lagi pedas menyengat pun sedap jugak!
Bagi anda yang tercari-cari menu mudah tapi menyihatkan, lauk seperti singgang sememangnya antara yang terbaik. Mana tidaknya, menu sebegini hanya perlu rebus sahaja dan tidak menggunakan minyak dan santan. Memang sihat! Jom cuba.
1. SINGGANG SOTONG
BAHAN-BAHAN :
10 ekor sotong
2 sm lengkuas/ dihiris
2 keping asam keping
1/2 biji bawang besar sederhana/ dihiriskan
3 ulas bawang putih/ dihiriskan
4 batang bendi/ dipotong dua
3 biji cili padi
Air secukupnya
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Masukkan bahan-bahan di atas ke dalam periuk kecuali sotong dan bendi.
Masukkan anggaran dua mangkuk kecil air dan biarkan ia mendidih.
Masukkan bendi, cili padi dan sotong.
Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
Masak selama lima minit dan singgang sotong siap dihidangkan
INFO CHEF: Seperti juga masakan lain, sotong jangan dimasak lama, cukup sekadar lima minit untuk mengelakkan ia menjadi liat.
2. SINGGANG DAGING LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan budu
1 sudu makan manisan gula Kerek/gula Melaka
1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar
3 keping asam gelugor
4 -5 hirisan lengkuas | titik
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
10 biji cili padi | titik atau hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit).
Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF:Rasa Daging Singgang ni pedas, manis, masin dan masam,sangat sedap dimakan bersama nasi putih panas.
Tidak kira masak apa, makanan laut memang sedap. Namun tetap ramai yang menikmati juadah ini di luar sama ada mengambilnya di restoran yang menyediakan sti mbot atau pun shellout. Sebenarnya, anda boleh sahaja sediakan apa juga menu karangan laut di rumah dengan menu yang mudah dan ringkas.
Rahsia makanan laut yang sedap, ia bergantung kepada kesegaran karangan laut dan cara memasak. Oleh itu sebaiknya anda beli karangan laut yang segar. Pilihlah kupang dan lala yang cengkerangnya tidak retak atau pecah, dan isinya tidak pucat.
Karangan laut juga tidak boleh dimasak terlalu lama, paling lama di atas dapur antara 5-10 minit sahaja dan resipinya juga adalah ringkas. Untuk mengekalkan kandungan nuteri, cara memasak yang disarankan adalah rebus , kukus, panggang atau tumis. Berikut disediakan dua menu ringkas kupang dan lala menggunakan bahan yang ada di dapur tapi hasilnya sangat sedap.
LALA MASAK SERAI EKSPRES
BAHAN-BAHAN:
500gm lala||bersih dan toskan
3 batang serai| hiris serong
3 ulas bawang putih | cincang
3cm halia muda | hiris nipis memanjang
5 biji cili padi | ketuk atau hiris serong memanjang
1 sudu makan sos tiram
1 biji bawang besar | hiris bulat
1 sudu teh air asam Jawa
1 batang leek | hirisan serong
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, dalam kuali, tumiskan halia muda, bawang putih hingga wangi.
Masukkan Lala, gaul rata kemudian masukkan bawang besar dan hirisan leek.
Apabila lala sudah terbuka, perasakan dengan sos tiram,garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, angkat dan segera dihidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Apabila lala sudah bertukar warna dan terbuka, segera tutup api.
……
KUPANG PEDAS BERAPI
BAHAN-BAHAN:
500gm kupang
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tiram
1 batang serai | dititik
2 helai daun limau purut | hiris halus
Sedikit daun ketumbar | hiris kasar
4 biji tomato | potong baji
1 sudu makan air asam Jawa
3sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR HALUS:
4 biji cili merah
5 biji cili padi
2cm halia muda
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan serai dan daun limau purut, bila aroma baunya naik,masukkan kupang.
Kacau rata, bila cengkerang kupang mula terbuka, masukkan sos tiram dan cili.
Lengkapkan rasa dengan tambahan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan segera dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk lebih pedas, boleh tambah hirisan cili padi di dalamnya.