Bihun Sup Tulang Utara biasanya dihidangkan bersama sambal merah. Jika bihun sup biasa, bihunnya berwarna putih tapi bihun sup utara, bihunnya berwarna kuning. Jom kita cuba buat Bihun Sup Tulang Utara seperti yang dkongsikan oleh Zaini Talib Hidang pada tetamu yang datang bertandang memang sesuai sangat.

RESIPI BIHUN SUP TULANG UTARA

Resipi Bihun Sup Tulang Utara, Tambah Power Makan Dengan Sambal Merah

BAHAN-BAHAN:

1 paket bihun
1 sudu serbuk kunyit
Rebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah serbuk kunyit. Kemudian basuh dan tapis. Ketepikan.

BAHAN-BAHAN SUP TULANG:

1 kg tulang dicampur sedikit daging
2 batang serai ketuk
2 inci halia diketuk – BELI ONLINE
4 ulas bawang putih ditumbuk – BELI ONLINE
4 ulas bawang merah kecil ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
1/2 sudu kecil bunga cengkih ditumbuk kasar
1/2 sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar – BELI ONLINE
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
Sedikit batang daun sup
Air secukupnya

CARA MEMBUAT:

1. Masukkan semua bahan-bahan di dalam periuk.

Resipi Bihun Sup Tulang Utara, Tambah Power Makan Dengan Sambal Merah

2. Rebus sehingga tulang empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika suka.

IKLAN

Resipi Bihun Sup Tulang Utara, Tambah Power Makan Dengan Sambal Merah

3. Selepas sup sudah masak, boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup, jika suka.

BAHAN-BAHAN UNTUK CABAI MERAH/SAMBAL MERAH:

Cili kering yang telah dikisar atau cili boh atau cili yang siap dikisar
Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk
Asam keping atau air asam jawa atau cuka
Garam
Gula

CARA MEMBUAT:

1. Tumis bawang kemudian masukkan cili.

2. masak sampai pecah minyak. Masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka.

IKLAN

3. Perasakan dengan garam dan gula. Boleh juga masukkan sedikit sos cili jika tidak mahu masukkan gula. Siap. Ketepikan.

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN UNTUK DIMAKAN BERSAMA BIHUN:

Daun bawang
Daun sup
Lobak masin
Bawang goreng

Resipi Bihun Sup Tulang Utara, Tambah Power Makan Dengan Sambal Merah

Sumber kredit: Zaini Talib

 

IKLAN

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Daging Masak Asam. Menu Mudah, Sedap & Wajib Cuba

Apam Puri Kastard Lemak Manis Untuk Menu Berbuka  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI