
Bihun atau Mi Celup ni memang antara menu popular di Thailand dan juga negeri-negeri bersempadan seperti Kelantan. Keenakan kuah dan campuran dalam mangkuk mi tu membuatkan kita teringat-ingat. Rasa nak cuba? Nak ke Thailand rasanya jauh sangat. Jadi boleh buat sendiri di rumah. Puas makan dan memang berbaloi. Sedap weh!
BIHUN CELUP SIAM

BAHAN-BAHAN:
- 1 kg tulang lembu yang berdaging
- 4 ulas bawang putih – dimayang
- 4 ulas bawang merah – dimayang
- 1 inci halia – dimayang
- 1 batang serai
- 2 pokok ketumbar | ambil bahagian akarnya
- Sos ikan ikan
- Gula kabung
- Garam
- Air secukupnya
- Minyak masak secukupnya
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 4 kuntum bunga cengkih
- 1 kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
BAHAN ISIAN:
- Bihun | rendam dan celur
- Hirisan ayam yang telah direbus
- Bawang putih goreng bersama minyak chili flakes
- Daun ketumbar
- Kacang tumbuk
- Taugeh | dicelur
- Kangkung | dicelur
- Limau nipis
CARA MEMASAK:
- Rebus tulang hingga empuk, kemudian ketepikan.
- Panaskan minyak, bahan rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah, halia hingga naik bau.
- Kemudian masukkan tulang yang telah direbus bersama-sama air rebusan. Tambahkan air secukupnya.
- Masukkan serai dan akar pokok ketumbar. Rebus sehingga mendidih, kemudian perasakan dengan sos ikan, gula kabung dan juga garam.
- Matikan api.
- Untuk menyediakannya, masukkan bihun ke dalam mangkuk.
- Diikuti semua bahan sampingan yang lain dan tuangkan kuah sup.
- Bihun Sup Thai sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Bihun Sup Thai berbeza daripada bihun sup biasa kerana kuah supnya sedikit masam selain daripada bahan sampingan yang digunakan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat Kiub Rempah Sup Homemade. Mudah & Sedap

Suka makan sup? Ini dia cara-cara untuk menyediakan pes sup @ kiub rempah sup homemade. Dengan adanya kiub rempah sup ni, kerja memasak jadi mudah dan membolehkan anda menikmati hidangan sup sedap setiap hari. Boleh disimpan dan peti sejuk dan tahan lama. Cubalah resipi perkongsian saudari Mas Lieyana ni. Pasti puas hati.
RESIPI KIUB REMPAH SUP HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 1 labu bawang besar | dipotong kecil
- 3 ulas bawang putih | dipotong kecil
- 2 inci halia | dipotong kecil
- 3 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 1 batang kulit kayu manis
- 1 sudu kecil kfc lada hitam
- 1 sudu kecil kfc bunga cengkih
- 2 sudu besar jintan manis
- 1 sudu besar jintan putih

CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan ke dalam penapis teh dan basuh. Kulit kayu manis diketuk-ketuk terlebih dahulu untuk memudahkan proses mengisar.

2. Masukkan semua bahan dalam pengisar, tambahkan air dan kisar hingga halus. Jika suka, boleh juga dimasukkan sedikit minyak.

3. Tuang bahan kisaran ke dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Boleh juga dimasukkan ke dalam bekas kiub ais untuk menjadikan pes berbentuk kiub.

4. Untuk menggunakannya, masukkan rempah sup anggaran 1 atau 2 sudu makan ke dalam sup mengikut keperluan. Boleh juga masukkan secubit kas-kas untuk menyedapkan sup.

Kredit gambar & resipi:Mas Lieyana
8 Resipi Spaghetti Yang Mudah, Sedap & Cepat Siap

Adakalanya jemu juga bila asyik makan nasi kan. Buat anda yang mahukan menu lain selain daripada nasi, boleh cuba koleksi resipi spaghetti ini.
Sama ada dimasak secara kering ataupun berkuah, hidangan spaghetti boleh juga mengenyangkan isi perut sekeluarga. Jom kita masak!
SPAGHETTI SEAFOOD AGLIO OLIO

BAHAN-BAHAN:
1 peket spaghetti (500 gram)
400gm udang sederhana anggaran
400gm sotong
10 biji cendawan butang (optional – boleh letak jika suka)
5 batang cili padi hijau | dihiris
5 batang cili padi merah | dihiris
1 biji bawang holland @ bawang besar | dipotong dadu
7 ulas bawang putih | dicincang
5cm mentega
5 sudu besar minyak zaitun (kalau nak letak minyak masak pun boleh)
1 sudu kecil parsley
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil basil
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil serbuk cili @ chili flakes
Garam & serbuk perasa
2 senduk air rebusan spaghetti
CARA REBUS SPAGHETTI:
1. Masak air sehingga mendidih, gunakan periuk yang lebih besar supaya mudah untuk spaghetti kembang dan masak dengan sempurna.
2. Apabila sudah mendidih, masukkan 2 cubit garam dan 2 sudu besar minyak masak. Kemudian, masukkan spaghetti.
3. Anggaran masak spaghetti selama 12-15 minit. Angkat dan toskan.
CARA MEMASAK:
1. Dengan menggunakan api sederhana, panaskan mentega dan minyak zaitun.
2. Masukkan bawang putih, masak sehingga sedikit kekuningan.
3. Masukkan bawang Holland atau bawang besar. Masak sehingga sedikit kekuningan.
4. Masukkan udang dan sotong. Gaul sehingga masak. Masukkan cili padi, lada hitam, parsley, basil, oregano, serbuk cilia atau chili flakes, garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
5. masukkan spaghetti yang telah direbus dan gaul sebati. Masukkan air rebusan spaghetti serta rasakan dengan secukup rasa yang diinginkan.
Kredit: Nurul Ateekah
CREAMY SALSA SPAGHETTI PEPPERONI WITH SALMON GRILL

(untuk hidangan 4 orang)
BAHAN A:
1 bungkus spaghetti atau apa-apa jenis pasta yang disukai
2 sudu besar mentega
Minyak zaitun
Bawang putih | dipotong dadu (nak guna banyak mana, agak-agak saja)
Bawang merah | dipotong dadu (nak guna banyak mana, agak-agak saja)
½ cawan hirisan mushroom shitake (boleh letak lebih ikut citarasa)
1-2 sudu besar tepung gandum
1 cawan susu full cream
½ cawan cream cheese (saya guna jenama Tatura – kalau tak ada cream cheese, boleh guna cheese keping dalam 5-6 keping atau cooking cream)
BAHAN B:
3 sudu besar tomato puri
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar chili flakes
1 sudub besar serbuk lada hitam
1 sudu besar herba campuran (mix herbs)
Daun parsley kering (agak-agak)
1-2 sudu besar air perahan lemon
Garam & gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Rebus spaghetti, kemudian toskan. Gaulkan bersama olive oil. Ketepikan.
2. Panaskan kuali. Masukkan mentega dan sedikit olive oil ke dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
3. Masukkan hirisan mushroom shitake (boleh letak lebih ikut citarasa). Masukkan tepung gandum. Kacau sebati bersama tumisan.
4. Masukkan susu full cream. Kacau sampai likat. Masukkan cream cheese.
5. Kacau sehingga sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit untuk kawal kelikatan yang anda suka.
6. Tutup api dan kisar halus. Jadikan dia creamy sos yang sangat flavourful, licin dan cantik.
7. Kemudian dah kisar, tuang kembali ke kuali asal. Pasang api sederhana. Masukkan semua bahan B ke dalam kuali bersama creamy sauce kisar tadi.
8. Jika nak lagi sedap, boleh tambah kiub ayam atau serbuk perisa. Saya tak letak sebab jarang masak guna bahan bersumberkan msg.
9. Kacau-kacau rata. Kalau terlalu likat, masukkan air. Kawal kelikatan mengikut selera anda.
10. Panaskan pan lain. Tumiskan bawang putih cincang hingga naik bau. Masukkan cendawan shitake/ cendawan butang yang anda suka (potong slice).
11. Masukkan pepperoni, sedikit lada hitam dan sos tiram. Kacau-kacau sampai agak garing.
12. Masukkan dalam kuah kita dalam kuali, gaul-gaul dan masukkan sekali spaghetti. Kacau-kacau, tambah air jika terlalu likat, ikut citarasa anda. Hidangkan. Tabur pasley+cheese powder. Siap.
Kredit resipi: Shida Razak KC
SPAGHETTI GORENG

BAHAN-BAHAN:
1 ulas bawang holland | potong dadu
2 ulas bawang putih | potong dadu
500gm daging cincang
2 sudu cili kisar
1½ sos tiram
1 sudu sos cili
1 sudu kecil garam
1 sudu gula
1 cili merah
1 capsicum kuning
1 capsicum hijau
CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang, kemudian masukkan daging dan masak seketika.
2. Masukkan cili boh, tumis-tumis. Masukkan sos tiram, cili. Kemudian masukkan garam dan gula.
3. Akhir sekali masukkan sayur. Gaul gaul. Dan masukkan spaghetti.
Kredit resipi: Aisyah Rahman
SPAGHETTI GORENG TELUR MASIN

BAHAN-BAHAN:
1 bungkus spaghetti
Udang/ayam/sotong (kupas/potong & bersihkan)
4-5 biji telur masin (rebus, ambil kuning sahaja & lenyek hancurkan dengan garfu)
3-4 ulas bawang putih | ketuk
2-3 sudu besar mentega (salted)
Daun kari
2-3 biji cili padi | potong (ikut kepedasan masing-masing)
Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali, tumiskan mentega dan bawang putih. Masukkan cili padi, daun kari, kuning telur. Goreng sehingga berbuih.
2. Masukkan udang/ayam/sotong. Masukkan garam dan gula. Gaul rata.
3. Masukkan spaghetti dan 5 sudu besar air rebusan spaghetti. Gaul hingga sebati. Tutup api setelah sedikit kering. Sedia dihidang.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
VARIASI:
1. Boleh tambah sedikit susu segar (1/2 hingga 1 cawan) jika mahu versi basah
2. Boleh tambah sedikit susu sejat jika mahu lebih lemak. Tak boleh banyak nanti muak.
3. Boleh guna resipi sama untuk udang/ketam/sotong/ayam goreng telur masin. Udang/ketam/sotong/ayam diperap dengan sedikit garam, serbuk lada hitam dan tepung jagung (jangan tambah air, nanti keras) dan digoreng terlebih dahulu. Selebihnya ikut resipi di atas.
Kredit resipi: Hani Mohamed
SPAGHETTI BUTTERMILK TOMYAM

BAHAN-BAHAN:
Mentega
1 labu bawang putih
1 sudu besar perencah tomyam
Daun Kari
Daun limau purut
Susu sejat
1 kiub pati ayam knorr
½ bungkus spaghetti
Chili flakes
1 sudu besar tepung jagung
CARA MEMBUAT:
1. Rebus spaghetti. Sementara tunggu spaghetti masak, panaskan kuali/pan. Masukkan mentega (ikut suka nak banyak mana).
2. Goreng bawang putih sampai naik bau (bawang putih tu dihiris dulu). Masukkan daun kari, daun limau purut, kiub pati ayam dan susu sejat. Kacau rata.
3. Masuk perencah tomyam. Kacau. Masukkan chili flakes. Kacau sehingga mendidih.
4. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masukkan spaghetti yang telah ditoskan. Gaulkan dan matikan api Sedia untuk dimakan.
5. Tak perlu letak garam sebab kiub ayam dan perencah tomyam dah masin. Kalau nak letak udang atau sotong, boleh je.
Kredit resipi: Jauhari zazul
SPAGHETTI CARBONARA

BAHAN-BAHAN:
1 peket spageti (boleh belaka jenama apa dan jenis pasta pun boleh)
2 ½ tin susu sejat atau susu kotak (kalau nak guna 2 tin susu, ½ lagi tu air pun boleh)
Marjerin + minyak (untuk menumis)
Daging cincang
Bawang merah | potong dadu
1 sudu besar tepung gandum
Cendawan & sosej
3 keping cheese slice
Lada hitam | kisar @ tumbuk
Perisa maggi cukup rasa
Garam & gula
Parsley & oregano (kalau tak ada tak apa)
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA MEMASAK:
1. Rebus spaghetti terlebih dahulu, sampai lembut dan letak 2 sudu besar minyak masak, untuk elakkan dari melekat masa sejuk.
2. Panaskan majerin + minyak. Tumis bawang hingga masak dan naik bau. Biarkan sedikit garing.
3. Masukkan tepung gandum, kacau lagi sekejap dan masukkan lada hitam serta daging. Kacau lagi sampai naik minyak.
4. Masukkan cendawan dan sosej, kalau tak nak letak pun tak apa. Masukkan susu.
5. Bila nampak susu dah naik wap menggelegak, masukkan cheese dan perasakan dengan gula, garam serta perisa. Kacau rata.
6. Akhir sekali, kalau ada herba kering, boleh masukkan. Lagi umpph rasa dia. Parsley atau oregano, boleh belaka, nak letak dua-dua pun beres.
7. Bila sejuk, kuah tu akan jadi lebih pekat ya, sebab ada gandum dan cheese. Jangan bimbang kalau dah masak nampak cair je, tunggu sejuk sikit, boleh makan.
Kredit resipi: Nurul Husna Mohamed Daud
SPAGHETTI AGLIO OLIO

BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang holland | potong dadu
6 ulas bawang putih | potong dadu
1 tin cendawan butang | hiris nipis
Capsicum hijau & merah | potong dadu
Udang | dibuang kulit
2 sudu besar mix herbs
3 sudu besar chili flakes
1 kiub pati ayam (optional)
2 sudu besar serbuk lada hitam
500gm @ 1 peket spaghetti
Garam & olive oil
Parmesan Cheese
CARA MEMASAK:
1. Rebus spaghetti dahulu. Apabila dah masak, toskan.
2. Panaskan olive oil. Tumis bawang holland dan bawang putih sampai layu. Masukkan udang, goreng sekejap.
3. Masukkan mix herbs, chili flakes, serbuk black pepper dan kiub ayam. Goreng sekejap. Masukkan cendawan dan capsicum. Kacau.
4. Masukkan garam secukup rasa. Kacau lagi. Masukkan spaghetti yang telah direbus, kacau sebati.
5. Taburkan sedikit chili flakes dan parmesan cheese. Sedia untuk dihidang.
Kredit resipi: Adilah Jaafar
SPAGHETTI BOLOGNESE MEATBALL

BAHAN-BAHAN:
1 paket spaghetti | direbus
1 biji bawang holland | potong dadu
½ peket isi daging cincang
1 botol sos pasta mushroom (adabi)
1 botol sos pasta asli (adabi)
3 sudu sos cili
2 sudu cili kisar
2 ulas bawang putih | potong dadu
1 biji tomato | potong dadu
Bebola daging atau bebola ayam (pilihan)
Sedikit cili padi dihiris (ikut nak pedas mana)
Sedikit blackpapper ajishio
Garam jika perlu & perasa tambahan (ajinomoto)
CARA MEMASAK:
1. Tumiskan bawang putih, cili kisar, bawang holland dan cili padi. Masuk daging cincang, sosej dan bebola daging atau ayam. Masukkan sedikit air, tunggu hingga masak.
2. Kemudian masukkan sos pasta, sos cili dan sedikit air, masukkan tomato yang dipotong dadu tadi.
3. Tunggu sehingga sos menggelegak. Letak sedikit blackpapper ajishio. Boleh tambah air jika nak kuah lebih dan boleh tambah garam jika perlu.
4. Tutup api dan hidangkan bersama mee spaghetti. Taburkan oregano ke dalam kuah bolognese sebelum dihidang.
*Spaghetti direbus hingga lembut, toskan airnya. Letak sedikit minyak.
Kredit resipi: Eniza M. Salim
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
10 Resipi Mudah Ikan Masin & Bilis, Sedap Buat Lauk Tengahari
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Resipi Mi Kari Sedap. Cuba Yang Ni Tak Pandang Lain Dah

Mi Kari ni antara kegemaran ramai rakyat Malaysia. Resipinya pun ada bermacam jenis. Menerusi perkongsian saudari saudari Mariana Zainal, beliau kongsikan resipi Mi Kari yang sedap dan penuh dengan ramuan enak. Memang berbaloi untuk dicuba. Anak-anak dan suami anda pasti suka.
CARA MASAK MI KARI SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN KUAH MI KARI (KISAR):
- 2 biji bawang besar – beli online disini
- 4 ulas bawang putih – beli online disini
- Halia sebesar ibu jari
- 3 sudu besar (membukit) udang geragau kering – basuh & toskan – beli online disini
- Belacan sebesar ibu jari (tak letak pun tak apa) – beli online disini
BAHAN-BAHAN PES:
- 6 sudu besar (membukit) rempah kari daging – beli online disini
- 1 paket kecil serbuk cili – beli online disini
- 2 sudu besar (membukit) gula – beli online disini
- 1 sudu besar garam
- Sedikit bahan perasa
- 3 tangkai daun kari
- 1 1/2 cawan air
(satukan semua bahan di atas ini hingga jadi pes) - 2 kotak kecil santan – beli online disini
- 1 1/2 keping asam gelugur – beli online disini
- 3 biji kentang – rebus dan kisar
- 1.5 liter air (untuk kuah) – boleh tambah jika kuah pekat
- 1 cawan minyak untuk menumis
- 2 keping kulit kayu manis – beli online disini
- 5 kuntum bunga lawang – beli online disini
- Isi kerang – empunya resipi guna 1kg
- Sedikit ayam – empunya letak 4 ketul bahagian yang bertulang, potong kecil)
- 3 paket bebola ikan
- 1 paket kek ikan
- 8 keping tauhu kering – jangan banyak
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak. Tumis bunga lawang, kayu manis dan bahan kisar hingga agak garing.
2. Masukkan bahan pes. Tumis hingga betul-betul naik minyak.
3. Masukan santan. Biarkan mendidih dan barulah dimasukkan kentang kisar, air dan ayam.
4. Tambah sedikit air jika kuah terlalu pekat.
5. Bila sudah mendidih ganas, masukkan isi kerang dan bahan-bahan lain. Sesuaikan rasa mengikut selera.
6. Tauhu kering letak terakhir sekali supaya kuah tak kering diserap tauhu.
7. Hidangkan kuah Mi Kari bersama bahan-bahan lain.

BAHAN-BAHAN LAIN:
- Mi kuning – celur
- Sawi – celur
- Taugeh – celur
- Cili besar dan cili padi – potong
- Bawang goreng
- Telur rebus
Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

