
Sedapnya lauk Balado Ayam ni. Ringkas, mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Walaupun cuma satu lauk, ini pun dah cukup untuk membuka selera suami dan anak-anak. Nak cuba masak? Resipi perkongsian saudari Nana Sabrina Sarsan ni antara yang terbaik boleh dicuba.
RESIPI BALADO AYAM MUDAH, SEDAP & TAK GUNA BANYAK BAHAN
BAHAN-BAHAN:
- Ayam – potong kecil
- Serbuk kunyit secukupnya
- Garam secukup rasa
- Gula secukupnya
- ½ inci asam gelugur
- Bawang besar – hiris
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang merah bombay
- 2 ulas bawang putih
- 15 tangkai cili merah
- 10 biji cili padi hijau
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ayam dan perap dengan serbuk kunyit dan garam. Gaul rata.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing. Angkat.
3. Kurangkan sedikit minyak gorengan ayam tadi. Kemudian tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak. Jika minyak kurang, tambah sedikit.
4. Bila dah pecah minyak, masukkan garam, sedikit gula dan ½ inci asam gelugur. Asam gelugur tidak letak banya bagi elak rasa yang terlalu masam.
5. Masukkan ayam dan bawang hiris. Kacau rata sehingga bawang layu. Angkat dan siap untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Nana Sabrina Sarsan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Kari Ikan Sugu Pavitra. Sangat Sedap & ‘Comfirm’ Makan Bertambah

Kari Ikan tentunya menjadi kegemaran ramai. Melayu, India, Cina dan juga kaum lain turut menggemarinya. Menerusi perkongsian saudari Hasifah Che Mat, beliau ‘memanjangkan’ resipi Kari Ikan yang dicuba dari perkongsian saudari LiLy Wahab yang asalnya diperolehi dari Youtuber terkenal, Sugu Pavitra. Bila dicuba, ternyata rasanya tidak mengecewakan. Sangat sedap dan mendapat pujian suami serta anak-anak. Wow…Tak sabar nak rasa. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak Kari Ikan yang sedap ni.
CARA MASAK KARI IKAN SEDAP VERSI SUGU PAVITRA

BAHAN-BAHAN:
Ikan jenahak/tenggiri/ikan merah/kembung pun boleh
1 biji bawang besar – hiris nipis – beli online disini
1 labu bawang putih – hiris nipis – beli online disini
2 inci halia – tumbuk lumat
2 biji cili hijau – dikerat 2
1 sudu makan biji sawi / halba campur (biji sawi+halba+jintan manis) – untuk rasa lebih sedap – beli online disini
5-6 tangkai daun kari
3 biji tomato – potong 4
Bendi secukupnya – boleh juga letak terung bulat
2 paket kecil serbuk kari babas – beli online disini
2-3 sudu makan serbuk cili – kalau rajin boleh kisar cili kering campur belacan – beli online disini
1/2 cawan air asam jawa – beli online disini
1 sudu teh santan – beli online disini
Air masak secukupnya
Gula, garam dan perasa secukupnya


CARA MEMASAK:
1.Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan biji sawi. Tumis seminit.
2. Masukkan cili hijau. Tumis lagi sebentar.

3. Kemudian masukkan halia. Tumis seketika.
4. Seterusnya masukkan daun kari yang telah dicuci bersih. Tumiskan hingga naik bau.

5. Masukkan hirisan tomato. Tumis seminit.
6. Kemudian masukkan terung. Tumis sampai masak. (jika anda menggunakan terung. Kalau tidak, boleh langkau langkah ini)
7. Masukkan serbuk kari dengan serbuk cili. Masak sampai pecah minyak.

8. Masukkan air, tunggu sampai mendidih barulah masukkan air asam jawa.
9. Bila kuah kari telah mendidih, masukkan santan. Kacau sebati dan biarkan seminit.
10. Masukkan ikan dan bendi. Kacau-kacau dan kecilkan api. Tutup periuk dan biarkan mereneh dalam 3-4 minit.
11. Masukkan gula, garam dan perasa dengan secukupnya. Sebatikan.
12. Kari Ikan siap untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Hasifah Che Mat
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Patutlah Dapat 35K Share. Sambal Garing Pedas Ni Memang Sedap
Resipi Kuih Bingka Kelapa Sedap. Bakar Guna Loyang Muffin & Oven Je
Resipi Kuih Jongkong Legend & Paling Sedap Untuk Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kudapan Rangup Moon Cookies @ Biskut Bulan Yang Disalut Coklat

Tak lama lagi, kita akan menyambut Ramadan yang mulia. Sambil-sambil tu, bolehlah sekarang kumpul koleksi resipi biskut-biskut raya kan.
Resipi biskut bulan atau moon cookies ini sesuai untuk dijadikan hidangan kudapan ringan ataupun juadah raya. Boleh dimakan bila-bila masa saja.
Mudah je nak buat resipi yang dikongsi Iedaa Jahaya ni. Rasanya rangup, dan disalut dengan coklat cair dicampur dengan badam cincang.
MOON COOKIES @ BISKUT BULAN

BAHAN-BAHAN:
125g mentega – beli online di sini
100g gula kastor – beli online di sini
60ml minyak jagung – beli online di sini
1 biji telur
Esen vanilla
400gm tepung gandum serbaguna – beli online di sini
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar tepung jagung – beli online di sini
1 sudu besar serbuk koko
2 cawan coklat masakan (saya guna coklat beryl’s)
TONTON Ayam Masak Bali | Dapur Rasa Live
TONTON Sizzling Yee Mi | Dapur Rasa Live
CARA-CARA:
1. Gaul mentega dan gula kastor guna spatula hingga betul-betul sebati.

2. Kemudian masukkan minyak jagung, telur dan esen vanilla. Kacau lagi hingga sebati.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

3. Masukkan sedikit demi sedikit gandum, baking powder, tepung jagung dan serbuk koko yang sudah diayak secara berselang-seli.
4. Gaul sambil diuli sehingga menjadi doh dan tak melekat di tangan.
5. Selepas itu, canaikan doh tapi jangan nipis sangat dan jangan tebal sangat.
6. Boleh tekap dengan gelas bagi jadi bentuk bulan. Atur dalam loyang.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

7. Panaskan ketuhar. Kemudian, bakar dengan suhu 180C selama 15 minit.

8. Bila dah masak, sejukkan dahulu di atas tray. Kemudian, baru salut dengan coklat.

9. Untuk sediakan celupan coklat, 2 cawan coklat masakan beryls dicairkan dengan kaedah double boiler ataupun masuk dalam microwave pun boleh.

10. Kacau hingga berkilat. Tuang badam cincang yang telah dipanggang ke dalam coklat cair. Kacau dan celup biskut.
11. Simpan sekejap dalam chiller. Bila salutan coklat dah mengeras, keluarkan dan susun dalam bekas kedap udara.

Kredit resipi: Iedaa Jahaya
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Ada Syaratnya Nak Buat Acar Ikan Masin Talang Sedap & Tahan Lama
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Dengan Satu Pes Boleh Hasilkan Macam-Macam Masakan, Wahh Senangnya!

Berita baik untuk isteri-isteri sibuk terutamanya yang bekerja. Dengan adanya pes ajaib ini anda semua tidak perlu bersilat di dapur setiap hari. Cuba ambil sedikit masa hujung minggu ni sediakan pes untuk kemudahan di hari-hari bekerja. Dengan pes yang sama ini, anda boleh gunakan untuk masak pelbagai resipi dengan sedikit penambahan bahan lain ikut citarasa. Yang pasti, kerja memasak lebih pantas dan menjimatkan masa.
PES SAMBAL

BAHAN-BAHAN
- 100gm cili kering | Dibuang biji dan rendam
- 3 biji bawang besar
- 3 biji bawang putih
- 2.5cm belacan | pilihan
- ½ cawan kecil air asam jawa
- Minyak masak secukupnya
CARA-MEMASAK
- Semua bahan tersebut dikisar sehingga lumat.
- Panaskan ¼ cawan minyak masak.
- Tumis bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing.
- Angkat dan sejukkan.
- Masukkan ke dalam bekas kedap berkaca (supaya tahan lama).
- Simpan di dalam peti sejuk. Sedia untuk digunakan.
SAMBAL SOTONG PEDAS

BAHAN-BAHAN:
- 5 ekor sotong | potong gelang
- 1 biji bawang besar | hiris bulat
- 3 biji bawang merah | racik
- 1 batang serai | ketuk
- 3 sudu makan pes sambal
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
- Tumis bawang merah yang telah diracik. Setelah agak berbau wangi, masukkan pes sambal dan serai.
- Masak dengan api sederhana hingga naik bau.
- Masukkan sotong dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan hirisan bawang besar dan kacau sebentar.
- Setelah agak kuah telah pekat dan sambal pecah minyak, angkat dan hidangkan.
IKAN CENCARU STIM BERSAMBAL

BAHAN-BAHAN
- 1 ekor ikan kembung bersaiz besar
- 3 sudu makan pes sambal
- 1 biji limau kasturi
- 2 batang bendi | hiris serong
- 1 biji bawang besar | hiris bulat
- 1 biji cili merah | hiris
- Garam dan gula secukupnya
- Aluminium foil
CARA MEMASAK:
- Sediakan aluminium foil. Ikan kembung dilumur garam, gula dan perahan limau kasturi.
- Kemudian masukkan ikan ke dalam aluminium foil.
- Masukkan pula pes sambal, hirisan bawang besar, cili merah dan bendi.
- Balut ikan dengan kertas aluminium foil tadi dan kukus dalam 15 minit.
- Selepas 15 minit, angkat dan hidangkan
ASAM PEDAS AYAM

BAHAN-BAHAN
- 4 ketul ayam | sederhana besar
- 3 labu bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- Sedikit serbuk kunyit
- Sedikit daun kesum
- 1 batang bunga kantan
- Sedikit daun ketumbar
- Minyak masak secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan sedikit serbuk kunyit.
- Setelah terbit bau, masukkan pes sambal dan bunga kantan. Kacau hingga bau wangi.
- Masukkan sedikit air asam jawa dan air untuk kuah. Masukkan daun kesum.
- Setelah mendidih, masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk.
- Sesuaikan garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata.
- Taburkan sedikit daun ketumbar sebelum dihidangkan untuk aroma.
CENCARU BAKAR PORTUGIS

BAHAN-BAHAN
- 1 ekor ikan cencaru saiz besar | belah belakang
- 2 sudu makan pes sambal
- 1 batang cili merah | hiris memanjang
- 1 batang cili hijau | hiris memanjang
- 3 biji cili padi | hiris kasar
- Sedikit buah nanas | potong kiub
- Sedikit daun limau purut | hiris
- Sedikit serbuk kunyit
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
- Masukkan sedikit pes sambal ke dalam belahan belakang ikan.
- Lumur pes selebihnya pada ikan bersama serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa.
- Gris sedikit periuk pan dengan sedikit minyak dan bakar atau gril ikan tadi.
- Balikkan ikan agar dibakar sekata.
- Tambah hirisan cili, nanas, daun limau purut dan tambah sedikit pes sambal lagi dan biar ia masak bersama ikan.
- Setelah garing, bolehlah angkat dan dihidangkan.

