Sedapnya makan Bahulu homemadeni mudah ni panas-panas. Bahulu ni adalah antara kuih tradisional yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Jika dulu-dulu, kuih ni dibakar menggunakan sabut namun sekarang anda boleh hasilkannnya hanya dengan menggunakan ketuhar elektrik. Memang sedap kalau dapat makan panas-panas. Jom cuba resipi perkongsian saudari Maizura Ridzuanni. Pasti puas hati tengok hasilnya.
1. Untuk membuat bahulu homemade ini, masukkan gula dan telur ke dalam bekas yang bersesuaian kemudian pukul sampai betul-betul kembang. 2. Kemudian masukkan tepung gandum dan esen vanila, kacau rata hingga semua bahan sebati. 3. Ambil acuan bahulu dan oleskan dengan sedikit minyak. 4. Tuang adunan bahulu dan masukkan ke dalam ketuhar.
5. Bakar menggunakan api atas dan bawah pada suhu 200c selama 12 minit atau sampai Bahulu masak sepenuhnya. 6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kuih muih tradisi keenakkannya tiada bandingan. Sukar juga nak jumpa kuih muih tradisi di masa ini. Siapa yang berhajat nak makan, kenalah belajar buat sendiri. Untung nasib menjadi. Contoh kuih Karas ni terkenal di kalangan orang Perlis. Ralit menikmatinya. Rangup dan rapuh sangat. Kunyah sambil nonton televisyen, tak sedar habis sebalang.
KUIH KARAS Bahan-bahan: 1 paket (500gm) tepung beras cap Teratai-BELI ONLINE DI SINI 1 cawan gula 1 1/2 cawan air biasa
Cara membuat: 1.Kacau gula dengan air hingga larut.Kemudian, tuang ke dalam tepung beras. Kacau sebati. 2.Masukkan adunan ke dalam botol roti jala muncung 3 atau 5. Kalau ada acuan dia yang tempurung tu boleh la guna. 3.Panaskan minyak. Pastikan minyak cukup panas saja, bukan terlampau panas. Minyak tak banyak sangat. Jalakan dari tepi banyak kali dalam 5-6 pusingan,baru jalakan ke bahagian tengah 5-6 kali.Kemudian ulang lagi jalakan sampai ke tepi dan ke tengah semula dalam 5-6 pusingan lagi. Jangan tebal sebab kita nak lipat ia nanti. 4.Lepas jala, biar 5 saat. Kemudian terus lipat dua dengan menggunakan senduk, kemudian lipat sekali lagi jadi bentuk segitiga. Goreng sekejap sambil balik-balikkan hingga berwarna keemasan. Kuih karas ni cepat masak dalam 2-3 minit saja.Masa kita angkat tu, dia masih agak lembut,tapi lepas kita dah sejukkan ia akan keras sendiri. Rangup dan rapuh sangat. Kredit: Nor Al Fatihah
Bukan Kuih Keria! Tetapi Kuih Badok atau sesetengah orang mengenali dengan nama kuih getas. Perkongsian resipi dari Siti Nadirah merupakan air tangan bondanya yang menjual kuih sebagai sumber pandapatannya. Mesti sedap, kamu juga boleh mencuba!
RESIPI KUIH GETAS ATAU KUIH BADOK
BAHAN-BAHAN:
1 biji kelapa parut
1 peket tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
Garam
CARA MEMASAK:
Gaul semua bahan.. Bancuh dengan air sampai jadi doh.. Buat la bentuk donut..
GULA UNTUK DI SIRA
1 cawan gula
1/2 cawan air
CARA MEMASAK:
Bancuh sampai gula pekat pastu masukkan adunan yg dh digoreng
P/s : ni bukan kuih KERIA..kuih keria guna keledek .. Ni guna KELAPA
Ketahui mitos telur yang selama ini mengelirukan ramai dan bongkar fakta sebenar tentang nutrisi, kolesterol dan khasiat telur. Panduan lengkap supaya anda boleh makan telur dengan lebih yakin.