Terdapat banyak masakan di negara kita yang menggunakan rempah ratus. Ia memberikan rasa lebih mendalam pada satu-satu masakan. Aroma yang diterbitkan juga lebih menyerlah.

ASAM TUMIS AYAM KERISIK

10 Resipi Berempah & Bersambal, Jadikan Aroma Masakan Lebih Menyerlah.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam |potong kecil
  • 1 liter air
  • 2-3 sudu makan air asam
  • 1 batang serai |dititik
  • 2 sudu makan kerisik
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

 

BAHAN-BAHAN (B):

  • 10-12 tangkai cili kering
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm lengkuas muda
  • 2cm kunyit hidup
  • ½ sudu teh jintan manis
  • ½ sudu teh jintan putih

 

CARA MEMASAK:

  1. Kisar bahan-bahan B hingga menjadi pes yang lumat.
  2. Panaskan 2-3 sudu makan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan B hingga pecah minyak. Masukkan serai dan tumis lagi.
  3. Masukkan air, air asam jawa dan ayam.  Didihkan hingga ayam empuk.
  4. Masukkan kerisik dan sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

Info chef:  Jika suka boleh tambah belimbing buluh atau tomato yang dibelah dua.

 

 

AYAM BAKAR REMPAH HIJAU

10 Resipi Berempah & Bersambal, Jadikan Aroma Masakan Lebih Menyerlah.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paha ayam
  • Garam, serbuk lada hitam dan lada sulah secukupnya

 

BAHAN-BAHAN SOS:

  • 15 biji cili hijau | buang biji dan kisar halus
  • 1 sudu cincangan daun basil segar | kisar halus
  • 2 sudu makan stok/air rebusan ayam
  • 5 ulas bawang putih |cincang lumat
  • Sedikit Thyme kering
  • Sedikit Oregano kering
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Perap ayam dengan garam, serbuk lada hitam dan lada sulah selama sejam atau lebih.
  2. Letak dalam dulang pembakar yang telah dilapikkan dengan ‘aluminium foil’.
  3. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 220C selama 15-20 minit atau hingga ayam masak. Keluarkan dan ketepikan.
  4. Untuk membuat sos; panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis cincangan bawang putih hingga wangi.  Masukkan semua bahan lain, perasakan dengan garam dan gula secukupnya dan didihkan hingga kuah pekat.
  5. Tuang sos ke atas ayam panggang dan hidangkan.

 

Info chef:  Boleh gunakan air menggantikan stok/air rebusan ayam.

 

 

AYAM PANGGANG SOS LADA HITAM

10 Resipi Berempah & Bersambal, Jadikan Aroma Masakan Lebih Menyerlah.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paha ayam
  • Garam, serbuk lada hitam dan lada sulah secukupnya

 

BAHAN-BAHAN SOS:

  • 1 sudu makan sos lada hitam
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan stok/air rebusan ayam atau air
  • 5 ulas bawang putih – cincang lumat
  • Sedikit Thyme kering
  • Sedikit Oregano kering
  • Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Perap ayam dengan garam, serbuk lada hitam dan lada sulah selama sejam atau lebih.
  2. Letak dalam dulang pembakar yang telah dilapikkan dengan ‘aluminium foil’.
  3. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 15-20 minit atau hingga ayam masak.
  4. Untuk membuat sos; panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis cincangan bawang putih hingga wangi.  Masukkan semua bahan lain dan didihkan hingga kuah memekat.
  5. Tuang sos ke atas ayam panggang dan hidangkan.

 

IKLAN

Info chef:  Boleh dihidangkan juga bersama salad sayur-sayuran.

 

 

DADA AYAM BEREMPAH

10 Resipi Berempah & Bersambal, Jadikan Aroma Masakan Lebih Menyerlah.

BAHAN-BAHAN:

  • 1-2 keping dada ayam
  • 2 sudu makan rempah kari ayam
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

 

BAHAN-BAHAN B (KISAR):

  • 3cm lengkuas
  • 3cm halia
  • 1 batang serai
  • 1 labu bawang besar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih

 

CARA MEMASAK:

  1. Kisar bahan-bahan B hingga menjadi pes yang lumat.
  2. Lumurkan pes, rempah kari, serbuk cili, serbuk kunyit pada ayam bersama garam dan lada sulah secukupnya.
  3. Perap ayam selama beberapa jam atau semalaman.
  4. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali, goreng ayam hingga masak.
  5. Angkat ayam dan hidangkan panas.

 

Info chef:  Boleh siram sedikit sos cili di atasnya ketika menghidang dan sedikit salad sayuran.

 

 

DAGING HITAM HALBA

10 Resipi Berempah & Bersambal, Jadikan Aroma Masakan Lebih Menyerlah.

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging | hiris nipis
    400ml santan pekat
  • 2 labu bawang besar | mayang halus
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 2 sudu makan kicap pekat manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh halba
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 10 biji bawang merah | kisar
  • 5 ulas bawang putih | kisar
  • 3cm halia | kisar
  • 2 batang serai | ketuk
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, daun pandan dan serai hingga wangi.  Masukkan bawang yang dimayang.
  2. Masukkan rempah kari, cili kisar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, halba dan sedikit air.  Tumis hingga rempah masak.
  3. Masukkan daging, santan, kicap dan didihkan hingga daging empuk.
  4. Tambah garam dan gula secukup rasa.  Didihkan hingga kuah pekat dan kering.

 

IKLAN

Info chef:  Boleh masukkan cili padi yang diketuk jika mahu lebih pedas.

 

 

DAGING GORENG KETUMBAR

10 Resipi Berempah & Bersambal, Jadikan Aroma Masakan Lebih Menyerlah.

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm daging lembu muda |hiris nipis
  • 10 biji cili padi | tumbuk kasar
  • 1 labu bawang besar | potong bulat
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1-2 tangkai daun bawang | potong kecil
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Gaul daging bersama lada sulah, garam secukupnya, ketumbar, serbuk lada hitam dan serbuk kunyit. Perap selama sejam.
  2. Panaskan 3-4 sudu makan minyak dalam kuali.  Goreng daging hingga agak garing.
  3. Masukkan bawang besar.  Gaul sebati.
  4. Angkat dan sedia dinikmati.

 

Info chef:  Jika suka boleh tambah daun bawang dan hirisan cili merah.

 

 

DAGING MASAK JINTAN

10 Resipi Berempah & Bersambal, Jadikan Aroma Masakan Lebih Menyerlah.

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm daging lembu | hiris nipis & rebus hingga empuk
  • 8 ulas bawang putih | kisar
  • 3cm halia |kisar
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam, lada sulah dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Bawang goreng secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sesudu makan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan serbuk jintan manis, serbuk lada hitam, sos tiram dan daging yang telah direbus bersama air rebusannya sekali.
  3. Didihkan hingga semua bahan empuk. Tambah garam, sedikit gula dan serbuk lada sulah secukup rasa.
  4. Didihkan lagi hingga kuah pekat atau agak kering.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

Info chef: Jika suka boleh tambah beberapa biji cili padi.

 

IKLAN

 

DAGING TETEL HERBA

10 Resipi Berempah & Bersambal, Jadikan Aroma Masakan Lebih Menyerlah.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging tetel | rebus hingga empuk
  • 2 batang serai |titik
  • 2 helai daun salam
  • 8 ulas bawang merah | kisar
  • 4 ulas bawang putih |kisar
  • 3cm halia | kisar
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

 

BAHAN-BAHAN B:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sesudu makan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B hingga wangi.
  2. Masukkan serai, daun salam dan bahan-bahan kisar lalu tumis hingga beberapa minit.
  3. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk lada hitam dan daging tetel yang telah direbus bersama air rebusannya sekali.
  4. Didihkan hingga semua bahan empuk. Tambah garam, sedikit gula dan serbuk lada sulah secukup rasa.
  5. Didihkan lagi hingga kuah pekat atau agak kering. Jika suka berkuah, tutup api setelah semua bahan masak sempurna.

 

Info chef:  Jika tidak suka bahagian tetel, boleh gunakan bahagian daging padat.

 

 

IKAN GORENG SAMBAL BEREMPAH

10 Resipi Berempah & Bersambal, Jadikan Aroma Masakan Lebih Menyerlah.

BAHAN-BAHAN:

  • 2-3 ekor ikan kembung saiz besar
  • 7-8 biji cili merah
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm halia muda
  • 1 sudu teh rempah kari
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • Garam dan gula secukupnya
  • Sedikit serbuk kunyit

 

CARA MEMASAK:

  1. Ikan dibersihkan, potong kecil lalu dilumur sedikit serbuk kunyit dan garam.  Goreng hingga garing dan ketepikan.
  2. Cili merah, bawang merah, bawang putih dan halia dikisar halus.
  3. Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan kisar hingga cili masak.
  4. Masukkan rempah kari ikan, serbuk jintan manis dan serbuk ketumbar.  Tambah sedikit air dan tumis lagi hingga semua rempah masak sepenuhnya.
  5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Tuang sambal ke atas ikan goreng dan gaul rata. Boleh tambah hirisan bawang besar atau daun bawang jika suka.

 

Info chef:  Boleh gunakan ikan kerisi atau selar juga.

 

 

KAMBING PANGGANG REMPAH CAMPUR

10 Resipi Berempah & Bersambal, Jadikan Aroma Masakan Lebih Menyerlah.

BAHAN-BAHAN:

  • 6-8 keping rusuk/bahu kambing
  • 2 tangkai daun rosemary segar
  • 10 ulas bawang putih |cincang halus
  • 2 sudu makan sos perang
  • 1 sudu makan sos lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • Garam secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam mangkuk, satukan cincangan bawang putih, sos perang, sos lada hitam dan sedikit air.
  2. Masukkan serbuk lada hitam, lada sulah dan garam.  Kacau hingga sebati.
  3. Lumurkan sos campuran tadi ke atas kepingan kambing.
  4. Tabur cincangan rosemary ke atas kambing. Perap beberapa jam atau semalaman.
  5. Panggang kambing di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 220C selama 20 minit atau hingga kambing masak.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

Info chef:  Enak dimakan begitu sahaja.

 

Kredit resipi:  Terima kasih Chef Suwarsi M. Arukin, Taman Sri Andalas, Klang, Selangor.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI