Hidangan ayam dalam menu harian tidak pernah menjemukan. Banyak olahan resipi boleh dipelbagaikan dari ayam sama ada mahukan yang pedas atau kurang pedas. Kalau mahukan menu yang ringkas boleh juga mencuba ayam bakar. Campuran rempah ratus pada ayam mengundang aroma yang menyelerakan tatkala menikmati hidangan ayam yang dimasak. RASA tampilkan resipi yang menyelerakan dan mudah untuk dicuba.
AYAM SICHUAN ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
3 ketul isi dada ayam dihiris
2 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan taucu
½ biji bawang besar | hiris
4 ulas bawang putih | hiris
1 sudu teh kicap pekat manis
2 sudu teh gula atau secukup rasa
2 sudu teh serbuk cili Thai
1/2 cawan kacang tanah goreng
8 tangkai cili kering
Sedikit daun bawang
Minyak untuk menumis dan menggoreng
CARA MEMASAK:
Ads
Di dalam mangkuk, gaul sekata isi ayam bersama tepung jagung dan serbuk lada hitam. Ketepikan.
Panaskan minyak untuk menggoreng. Apabila panas, goreng ayam sehingga warna perang keemasan angkat, tos dan ketepikan.
Tuangkan sedikit minyak lebih kurang empat sudu makan, kemudian goreng cili kering hingga wangi dan garing, angkat dan ketepikan.
Setelah itu tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih, daun bawang hingga wangi. Masukkan taucu, kicap pekat manis, gula dan serbuk cili Thai, kacau sebentar.
Akhir sekali masukkan ayam, kacang tanah dan cili kering, gaul rata kemudian tutupkan api. Hidangkan segera semasa masih panas.
AYAM PANGGANG BUMBU BALI BARONGAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam dara
6 biji bawang merah | dihiris
3 ulas bawang putih | dihiris
4 batang serai | dihiris nipis
2.5cm halia muda | dihiris nipis
2.5cm lengkuas | dihiris nipis
2cm kunyit hidup | dihiris nipis
10 biji cili merah besar | dihiris
5gm belacan | dibakar/goreng
2 sudu teh garam atau secukup rasa
CARA MEMASAK:
Goreng semua bahan-bahan hirisan sehingga kekuningan dan kisar kasar.
Perap ayam dengan bahan kisar selama 20 minit.
Kemudian panggang ayam selama 30 minit dengan suhu 160°C.
Setelah masak potong ayam kepada beberapa bahagian sebelum dihidangkan.
AYAM MASAK DAUN KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | dipotong kecil
1 sudu makan serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk ketumbar
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
Ads
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
7 biji cili merah
1 batang serai
1cm halia
1cm lengkuas
1 pokok daun ketumbar
CARA MEMASAK:
Perapkan ayam dengan serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan garam.
Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing. Angkat dan toskan minyak.
Seterusnya panaskan sedikit minyak menggoreng tadi dan masukkan bahan-bahan kisar . Tumis sehingga naik bau. Perasakan secukupnya.
Setelah masak, masukkan ayam yang telah siap digoreng tadi dan kacau sehingga sedikit kering.
Sering kali para ibu mengalami kebuntuan memikirkan apakah resipi yang hendak dimasak bila tiba hari cuti hujung minggu. Tak naklah berulang memasak juadah yang sama seperti hari biasa. Sesekali teringin juga masak sesuatu yang istimewa. Nah, 8 resipi citarasa orang putih yang boleh anda sajian buat keluarga tercinta. Jangan risau, semuanya ringkas dan mudah disediakan. Paling penting, rasanya dijamin lazat! Selamat mencuba.
1. SHEPERD PIE DAGING
BAHAN-BAHAN:
1/2 kilo daging lembu atau kambing | dipotong dadu
100gm daging tetel lembu |dipotong kecil
5-6 biji kentang russet |direbus empuk
2 biji bawang besar |dicincang
3 ulas bawang putih | dicincang
1 1/2 sudu besar serbuk brown sauce ( dilarutkan di dalam 125ml air suam)
1/2 kiub stok daging lembu |mengikut cita rasa
1 batang lobak merah |potong sebesar 2.5cm
2 batang seleri |potong sebesar 2.5cm
6-7 biji cendawan butang segar |dihiris kasar
2 helai daun bay
Sedikit herba rosemary dan thyme
2 sudu teh sos Lea & Perrins
Sedikit tepung gandum yang dilarutkan ke dalam 125ml air
180ml susu segar
100gm mentega ( untuk dimasukkan ke dalam kentang lenyek)
100gm mentega ( untuk menumis bersama minyak zaitun)
2 sudu makan minyak zaitun
Lada hitam dan garam mengikut cita rasa
CARA MEMASAK:
Lenyek kentang rebus bersama susu, mentega dan garam, untuk diletakkan di bahagian atas daging yang telah dimasak. Ketepikan.
Rebus daging sehingga empuk. Ketepikan.
Tumis bawang merah dan bawang putih bersama minyak zaitun dan sedikit mentega. Masukkan sos Lea & Perrins, air, stok daging, lobak merah, saleri, cendawan, daun bay, rosemary, thyme, lada hitam dan garam. Biarkan sehingga mendidih. Masukkan daging yang telah direbus tadi dan gaul sehingga sebati. Apabila sudah masak, masukkan tepung dan sedikit mentega. Jangan masak hingga ia terlalu pekat. Biar ia basah dan lembap, tidak terlalu kering.
Setelah itu, masukkan semua bahan yang dimasak tadi ke dalam kaserol dan ratakan. Setelah itu masukkan kentang yang sudah dilenyek di bahagian atas dan ratakan.
Bakar dengan suhu 180 C selama setengah jam sehingga kentang menjadi garing sedikit.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Inti yang tidak terlalu kering akan menambah kesedapan Sheppard Pie itu ketika dinikmati.
2. LASAGNA DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
1 kotak ‘oven- ready’ pasta lasagna
650gm daging kisar
2 batang seleri |panggang dan dikisar
2 biji tomato |panggang dan dikisar
2 batang lobak merah |panggang dan dikisar
2 biji bawang besar |panggang dan dikisar
3 biji bawang putih
1 tin kecil tomato puri
6-7 biji cendawan butang
500ml air
BAHAN HERBA:
2 sudu kecil oregano
2 sudu kecil paprika
2 helai daun bay
1 sudu kecik thyme
Lada hitam dan garam mengikut cita rasa
125ml susu cair (evaporated)
2 sudu makan serbuk keju parmesan
1 kiub stok daging
100gm mentega
2-3 sudu makan minyak zaitun
BAHAN UNTUK SOS KEJU:
60gm tepung gandum
375ml susu cair segar
100gm mentega
7 keping kepingan keju cheddar
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Kisar bahan-bahan yang telah dipanggang iaitu seleri, tomato, lobak merah dan bawang besar dengan 500ml air. Ketepikan.
Panaskan mentega dengan minyak zaitun. Goreng bawang putih sehingga kekuningan dan masukkan daging kisar.
Goreng sehingga naik bau wangi dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Kacau sehingga sebati dan masukkan air sekiranya pekat. Setelah mendidih masukkan tomato puri dan semua bahan herba, kiub stok daging, lada hitam, sedikit garam dan sedikit gula. Kacau sekata. Apabila hampir masak, masukkan susu dan keju parmesan dan kacau lagi sehingga sebati. Masak jangan sampai ia terlalu cair. Angkat dan sejukkan. Ketepikan.
Untuk sos keju; Panaskan mentega dan masukkan tepung gandum dan kacau sehingga rata.
Masukkan susu dan keju dan kacau sehingga sebati. Pastikan sos tidak terlalu cair atau pekat/kental. Angkat dan sejukkan.
Untuk membuat lapisan lasagna; Sapukan mentega secara rata pada kaserol atau bekas pembakar. Letakkan sos daging dan ratakan.
Susunkan lasagna pasta di seluruh permukaan bekas.
Sapukan sos keju dan taburkan serbuk keju parmesan.
Sapukan sos daging lagi dan ratakan. Seterusnya susunkan pasta lasagna.
Sapukan sos keju dengan rata. Taburkan keju mozarela di seluruh permukaan.
Bakar pada suhu 180 C selama 1/2 jam sehingga keju mozarella cair dan kekuningan. Barulah angkat dan enak dimakan ketika panas.
Info chef: Hanya masukkan sedikit sahaja garam untuk menggelakkan ia masin memandangkan sudah ada aneka jenis keju.
3. AYAM PANGGANG KETUHAR
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam saiz sederhana
1 batang seleri |potong empat
1 sudu teh herba thyme
1 sudu teh rosemary
1 biji bawang besar |belah dua
Beberapa tangkai daun parsli
1 helai daun bay
1 sudu makan serbuk lada hitam
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos Lea & Perrins
4 ulas bawang putih |tumbuk halus
1-2 sudu teh serbuk brown sauce (untuk membuat sos)
Sedikit tepung jagung/ gandum (untuk membuat sos)
CARA MEMASAK:
Perapkan ayam bersama rosemary, thyme, sos tiram, sos Lea & Perrins, lada hitam, bawang putih dan garam.
Sumbatkan hirisan seleri, parsli, separuh daripada bawang besar di dalam perut ayam. Perap di dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
Kemudian, keluarkan ayam dan bakar selama 1 jam atau lebih mengikut cita rasa pada suhu 200c. Sapukan mentega dua atau tiga kali di permukaan ayam sehingga masak dan kulitnya garing.
Apabila ayam masak, rehatkan buat seketika. Ketepikan.
Untuk membuat sos; lebihan jus ayam yang dipanggang tadi diambil dan campurkan bersama baki bawang besar yang dihiris, seleri, parsli yang telah dipanggang dan daun bay.
Masak kesemua bahan di dalam kuali dan campurkan brown sauce dan sedikit tepung untuk memekatkannya. Boleh juga ditambahkan sedikit air mengikut cita rasa anda.
Angkat dan tapis, ambil jusnya sahaja.
Hidangkan bersama kentang rebus dan sayur-sayuran mengikut cit rasa masing-masing.
Info chef: Selepas sos ditapis, masukkan sedikit mentega ke dalam sos agar lebih sedap dan sos nampak berkilat cantik.
4. AGLIO E OLIO
BAHAN- BAHAN:
70gm spageti |rebus dan toskan
2 ulas bawang putih
2 ekor sotong |buang kulit dan dipotong bulat
4-5 ekor udang | buang kulit
10 ekor kupang segar atau 100gm isi kupang
2 tangkai daun parsli |cincang kasar
1 sudu teh herba cajun
2 sudu makan minyak zaitun
4 biji buah zaitun hitam jeruk
1 sudu teh ikan bilis
Lada hitam dan garam secukupnya
Sedikit air untuk melembapkan
CARA MEMASAK:
Tumis bawang putih bersama minyak zaitun sehingga naik bau dan masukkan tomato, serbuk ikan bilis, herba cajun, lada hitam, buah zaitun, garam dan sedikit air.
Masukkan kupang, sotong dan udang. Biar masak seketika kemudian barulah masukkan pula spageti yang telah direbus dan daun parsli. Gaul rata sehingga masak.
Hidangkan dengan serbuk keju parmesan dan lemon jika suka.
Sedia dihidangkan.
Info chef: Jika ingin lebih pedas, boleh juga taburkan cili api yang dicincang halus.
5. AYAM STEW TOMATO SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
300 gm isi ayam | dipotong kiub
50gm lobak merah | dipotong kiub
50gm epal hijau | dipotong kiub
1 biji bawang besar Holland | dipotong kiub
3 ulas bawang putih | dicincang halus
1/3 sudu teh herba thyme
5 biji cendawan butang
1 biji tomato | dipotong kiub
3 sudu makan puri tomato
Garam secukup rasa
Sedikit air
Sedikit minyak
CARA MEMASAK:
Tumis bawang besar Holland dan bawang putih. Setelah naik bau masukkan puri tomato.
Kemudian masukkan lobak merah, epal hijau, cendawan, tomato dan herba thyme.
Masukkan sedikit air dan tambahkan ayam. Biarkan mereneh sehingga ayam masak.
Tambahkan garam sebagai pelengkap rasa. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Boleh dimakan bersama roti atau nasi.
6. SALMON GRIL BERSAMA SOS MENTEGA LEMON
BAHAN-BAHAN:
2 keping stik salmon
BAHAN PERAPAN:
1 sudu makan jus lemon
1/4 sudu teh serbuk lada hitam
Herba dill dan thyme secukupnya
Garam secukup rasa
BAHAN SOS:
250gm mentega
2 sudu makan jus lemon
2 ulas bawang putih | dicincang halus
Sedikit herba thyme
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bersihkan salmon dan perap dengan bahan perapan selama 20 minit.
Gril salmon lebih kurang 15 minit sehingga ikan masak.
Bagi menghasilkan sos, panaskan mentega dengan api perlahan.
Masukkan herba dan jus perahan lemon. Kacau sebati.
Padamkan api dan perasakan dengan sedikit garam. Hidangkan bersama salmon.
Info chef: Gril ikan pada bahagian kulit terlebih dahulu bagi mendapatkan kulit yang garing
7. UDANG BAKAR BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
300gm udang segar
100gm keju mozzarella
50gm keju cheddar
50gm keju parmesan
BAHAN PERAPAN:
1 sudu makan serbuk lada sulah
1 sudu makan madu
1 sudu makan jus lemon
Herba thyme secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang dan belah bahagian belakangnya. Perap dengan bahan perapan seketika.
Kemudian, cucuk udang dengan lidi untuk menegakkan udang.
Susun udang diatas pinggan tahan panas dan taburkan kesemua keju diatas udang.
Bakar pada suhu 150C selama 20 minit sehingga keju cair dan keperangan.
Info chef: Guna udang segar bersaiz XL untuk hasil yang enak. Boleh dinikmati bersama pasta atau nasi.
8. KETAM SUMBAT BAKAR
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ketam | kukus dan ambil isi. Kulitnya disimpan
1 labu bawang besar | potong dadu
3 ulas bawang putih | cincang
1/2 biji tomato | potong dadu
1 pokok daun bawang | hiris
2 tangkai daun parsley | cincang halus
100 ml santan pekat
1 sudu besar serbuk roti
1 sudu teh keju parmesan
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
Sedikit garam | jika perlu
Sedikit minyak carotino untuk menumis
CARA MEMASAK:
Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
Kemudian masukkan tomato, isi ketam, daun parsli, serbuk lada hitam, garam dan santan.
Kacau sebati sehingga agak kering. Tutupkan api.
Masukkan isi ketam itu ke dalam cengkerang ketam tadi sehingga penuh.
Satukan serbuk keju parmesan dan serbuk roti taburkan di atas ketam.
Bakar di dalam ketuhar selama 15 minit dengan suhu 100 celcius.
INFO CHEF: Selain dibakar, hidangan ini juga boleh dikukus.
Macam mana nak masak? Lebih kurang je dengan masak ayam masak merah biasa, cuba ada sedikit tambahan bahan dan rasa juga sedikit berbeza, ia lebih peras dan kaya dengan rasa rempah ratusnya namun rasanya tetap sedap dan sesuai sangat dengan Nasi Minyak atau Nasi Tomato . Untuk lebih mudah, anda ikut je resipi yang dikongsikan ini:-
AYAM MASAK MERAH ALA MAMAK BAHAN-BAHAN: 1.5kg | potong sederhana dan bersihkan 150gm sos tomato 100gm puri tomato 125gm susu cair 100ml santan pekat 3 biji bawang besar | hiris 1 helai daun pandan | simpul 2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
1 batang serai|dititik
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk kas-kas
1 sudu teh garam masala
100ml susu cair
3 sudu makan madu
Gula dan garam secukup rasa
Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis BAHAN REMPAH PENUMIS:
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih BAHAN KISAR:
1 biji bawang labu besar
3cm halia
5 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering | direbus, dibersihkan dan dikisar
1 biji tomato
CARA MEMASAK:
Gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga 3/ 4 masak sahaja.
Keluarkan minyak dan tinggal sedikit untuk menumis.
Masukkan bahan rempah penumis kayu manis bersama daun kari, pandan dan serai.
Setelah naik bau masukkan hirisan bawang besar, tumis hingga bawang layu.
Masukan bahan kisar, serbuk jintan manis dan putih, serbuk kas-kas dan garam masala.
Tumis seketika hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan sos dan puri tomato serta susu cair.
Kecilkan api biarkan kuah mereneh, baru masukkan ayam goreng tadi.
Masakan berasaskan taucu memang sedap kalau kena caranya. Boleh cuba menu ayam kukus masak taucu pedas. Kukus ayam tanpa campur air, selepas kukus penuh juice ayam dalam dulang.Masakan tradisi orang teochew. Menu ini tak guna garam sebab dah guna kicap cair dan pati ayam. Tapi kalau nak letak pun tak apa.
AYAM KUKUS MASAK TAUCU PEDAS
Bahan-bahan: 6 ketul bahagian paha ayam, bersihkan dan potong kecil 1 biji bawang Holland- dicincang 1 labu bawang putih-dicincang 6 cili merah-dicincang (nak pedas boleh gunakan cili api) 1 sudu besar taucu tamin 1 sudu besar gula perang ganti gula putih 4 sudu besar kicap cair 1 sudu besar minyak bijan 1 sudu besar sos tiram 2 sudu kecil serbuk pati ayam Sedikit lada sulah (resipi ni tak guna garam sebab dah guna kicap cair) Kalau yang nak masin boleh letak garam secukup rasa 1 batang daun bawang hiris kecil dan masukkan bila ayam dah nak masak dalam 30 minit dan kacaukan sekejap dan kukus balik 10 minit.
Cara membuat:
1.Gaulkan semuanya dan masukkan dalam mangkuk atau dulang 2.Kukus dalam 40 minit. 3.Dah siap boleh hidangkan. Kredit: Mary Teo Lee Na
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kuih cucur balak ini antara kuih yang asalnya dari negeri sebelah Utara. Cucur rangup yang dihidangkan bersama kuah kacang yang pekat dan manis memang sedap