Anda mahukan resipi yang mudah, ringkas dan cepat tetapi sedap? Cuba masak ayam masak serai ala Thai ini. Menu yang wajib anda cuba. Memang sedap tak terkata. Boleh bertambah nasi dibuatnya. Jom kita lihat resipi yang dikongsi oleh Puan Effarina Faizal ini.
Wow… Paprik Sardin ni nampak sangat sedap dan menyelerakan. Biasanya kita menikmati Paprik Ayam, Daging atau Campur, kali ni boleh ubah selera. Tak sangka, sardine pun enak dimasak paprika sebegini. Sangat berbaloi untuk cuba resipi perkongsian saudari Elvianna El-Zahra ni. Pasti berselera makan.
CARA MASAK PAPRIK SARDIN & TELUR DADAR GEBU
Paprik Sardin
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1.Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan cili kisar, biarkan hingga sedikit garing.
2. Kemudian masukkan cili padi dan serai.
3. Masukkan juga cili merah dan kentang.
4. Tambahkan sos cili dan sos tiram. Gaul semua bahan hingga sebati.
5. Masukkn daun limau purut dan sedikit air.
6. Tambahkan lobak merah, kacang panjang, kobis bunga dan jagung muda. Tutup periuk seketika hingga semua sayur lembut.
7. Apabila semua sayur sudah lembut, masukkan sardin dan tomato.
8. Perasakan dan akhir sekali taburkan daun bawang. Sedia untuk dihidang.
Ramai yang suka makan sambal belacan tapi tak tahu cara nak hasilkan sambal yang sedap. Jika google resipi, tentunya terlalu banyak yang ada. Jenuh pula nak tengok satu-satu kan? Min ada terjumpa satu resipi Sambal Belacan perkongsian saudari Cikgu Afy Al Habibi yang dihasilkan khas untuk individu yang sedang diet. Ia menggunakan lemon, gula merah dan garam bukityang tentunya lebih sihat. Malah rasanya tetap sedap seperti sambal belacan biasa. Bagi anda yang nak cuba, boleh share resipi ni.
SAMBAL BELACAN DIET
BAHAN-BAHAN:
BAHAN BAKAR:
BAHAN PERASA:
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan bahan bakar (simpan sedikit bawang untuk dihiris nanti), cili, 3 biji limau kasturi bersama kulitnya, jus dari sebiji lemon dan bahan perasa. Bahan perasa boleh dimasukkan sedikit demi sedikit atau terpulang pada citarasa masing-masing.
2. Masukkan juga sedikit sahaja air. Jangan banyak nanti sambal terlalu cair. Kisar hingga lumat.
3. Tuang sambal belacan siap kisar ke dalam bekas.
4. Tambahkan hirisan lebihan bawang bakar, baki jus limau kasturi dan juga hirisan kulit limau kasturi.
5. Kacau sebati dan siap untuk dinikmati bersama aneka sayur dan ulam.
6. Jika ada lebihan, boleh letak sambal belacan di dalam balang dan simpan dalam peti sejuk. Ia boleh tahan selama berminggu-minggu.
Siapa je yang tak suka aiskrim kan? Lagi-lagi kanak-kanak yang memang suka aiskrim mewah ala magnum ni.
Kalau nak beli hari-hari, boleh tahan juga harganya. Sebenarnya, mudah je nak buat aiskrim mewah homemade ala magnum ni. Boleh ikut resipi dan langkah yang dikongsi Riena Eris ni.
AISKRIM MEWAH HOMEMADE ALA MAGNUM
BAHAN-BAHAN:
½ kotak dairy whipping cream Susu pekat manis (ikut suka nak guna banyak mana, kalau tak nak manis, boleh kurangkan) Coklat masakan (panaskan secara double boiler) Almond nibs (sangai atau bakar) Acuan silicon aiskrim (boleh beli di shopee)
1. Mula-mula, tuangkan susu pekat. Kalau nak manis boleh letak lebih. Tiada sukatan tertentu sebab bergantung kepada tahap kemanisan yang diinginkan.
2. Tuangkan separuh kotak dairy milk whipping cream. Kalau nak habiskan satu kotak pun boleh. Rasa dia lemak-lemak tapi tawar. Kalau nak pakai non dairy whipping cream tapi bezalah sikit rasanya.
3. Kacau-kacau adunan tadi sehingga sebati. Rasakan sama ada dah manis ke belum. Boleh kacau guna sudu je, tak perlu guna mixer sebab tekstur whipping cream ni memang ringan dan gebu bila dah jadi aiskrim. 4. Adunan tadi terus tuang ke dalam acuan silikon aiskrim. Pastikan tinggal ruang sikit sebab nanti bila beku, dia mengembang sedikit. Pastikan dah letak batang aiskrim ye.
5. Bila dah siap, letak penutupnya dan terus masuk peti ais dan biarkan beku semalaman. Atau boleh bekukan lebih kurang 8 hingga 10 jam, supaya nanti senang nak coating coklat. 6. Coklat masakan tadi kite double boiler kan, tapi saya beli yang dah siap, senang terus celup je. Saya beli berryls gourmet dark coklat. Kalau nak pakai milk coklat pun bagus sebab dia nipis berbanding dark choc lebih tebal. Terpulang selera masing-masing.
7. Lepas dah beku, keluarkan dari acuan. Senang sangat nak kuarkan pakai acuan silicone ni. 8. Terus celupkan aiskrim ke dalam coklat yang sudah dicairkan tadi. Kemudian, bila angkat cepat-cepat taburkan badam nibs yang sudah disangai kerana coklat ni cepat beku.
9. Bila dah tabur badam, kemudian masukkan aiskrim dalam peti sejuk lebih kurang 15-30 minit bagi coklat betul-betul beku. Untuk 1 kotak dairy whipping cream tu, boleh dapat dalam 20 batang aiskrim.
*tapi kalau nak lagi jimat, campurkan dengan susu uht sekotak besar lagi banyak dapat memang berbaloi. *kalau nak cantik lagi boleh je sprinkle dengan fancy choc rice, drizzle dengan white chocolate, terpulang ikut kreativiti masing-masing.
resipi ikan cuka stail Filipina, ikannya tak perlu digoreng malah mengunakan cuka dan minyak yang agak banyak serta dimasak dalam api perlahan sehingga ikan benar-benar mesra dan sebati dengan semua bahan.