Menu Ayam Goreng Berempah ni nampak mudah tapi untuk dapatkan serat-serat yang rangup dan bergumpal tu kena ada cara dan tekniknya.

Andai beli menu ni di gerai, harganya tidaklah mahal cuma jika beli dalam kuantiti yang banyak, lebih berbaloi jika masak sendiri. Masak seekor ayam, boleh makan satu keluarga.

Nak cuba mask sendiri menu ni? Jom lihat resipi perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni. Selamat mencuba.

CARA MASAK AYAM GORENG BEREMPAH YANG SEDAP

Resipi Ayam Goreng Berempah Sedap, Serat Tu Kalau Makan Tak Rasa Pahit
BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam potong – potong 12-14
3-4 senduk cili kisar (senduk bancuh air) beli online disini
2-3 sudu makan emping cili (chili flakes)beli online disini
1-2 sudu makan tepung beras @ tepung jagung (pilih salah satu sahaja) beli online disini
Serbuk kari daging (agak-agak)beli online disini
Daun kari secukupnya
Kiub pati ayam @ garam secukup rasa beli online disini
Serbuk kunyit secukupnya

BAHAN KISAR:

7-10 batang serai
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1-2 inci halia

BAHAN KISAR KASAR:

2 sudu makan jintan manis – sangai terlebih dahulu beli online disini
2 sudu makan jintan putih – sangai terlebih dahulu beli online disini
1 sudu makan ketumbar – sangai terlebih dahulu beli online disini

CARA MEMASAK:

1. Kisar semua bahan yang perlu dikisar. Satukan semua bahan diatas dan gaulkan bersama ayam.

Resipi Ayam Goreng Berempah Sedap, Serat Tu Kalau Makan Tak Rasa Pahit

IKLAN

2. Gaul rata dan perap selama 1/2 jam. Namun jika nak cepat, tidak perlu perap.

Resipi Ayam Goreng Berempah Sedap, Serat Tu Kalau Makan Tak Rasa Pahit

3. Panaskan minyak yang banyak dengan api besar. Goreng ayam yang diperap tadi.

4. Bila ayam dah kelihatan masak, perlahankan api. Bila warnanya dah kelihatan coklat dan rempah garing, bolehlah diangkat.

Resipi Ayam Goreng Berempah Sedap, Serat Tu Kalau Makan Tak Rasa Pahit

IKLAN

5. Toskan minyaknya dan sedia untuk dinikmati.

 

Kredit Resipi & foto: Tengku RosElyza Raja Mohammad

 

 

IKLAN

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI