Asam pedas merupakan antara menu yang menjadi kesukaan ramai. Tidak ramai yang tahu cara untuk memasak asam pedas yang padu dan sedap. Namun, dengan perkongsian oleh Mizah Ngatiman ini, pastinya masakan asam pedas anda rasa lebih sedap dan enak.

Menurut Puan Mizah Ngatiman, petua ini dikongsi oleh Dato’ Rizalman menerusi rancangan Pang Pung tempohari di mana Raja Permaisuri Tunku Azizah telah berkongsi tip masakan asam pedas yang sedap kepadanya. Ayuh kita baca perkongsiannya.

Resepi Asam Pedas Daging Campur Tetel

Resipi Asam Pedas Daging Campur Tetel Yang Sedap & Enak

Kata Dato’ Rizalman kan, dalam rancangan Pang Pung beliau tempohari. Raja Permaisuri Tunku Azizah bagitahu, Masakan bertumis ni sedap kalau ia pecah minyak banyak kali.

Pecah minyak tumisan bahan kisar dulu kemudian pecah minyak sekali lagi bila kita masukkan ayam atau daging.

Jadi hari ni Lz cuba teknik tu dalam resepi asam pedas daging dan tetel. Memang sedap dan bila betul-betul pecah minyak daging dan tetel tu lembut elok teksturnya. Bayangkan tentu tambah sedap kalau dapat masak dalam periuk tembaga macam Dato’ pakai tu kan 😁

Kuah asam pedas macam ni kan, mebeles kalau dapat cicah dengan lempeng atau roti canai. Aduhai.. Nak-nak kalau kita perangat sebelah pagi untuk sarapan.

Lz kongsikan step by step di setiap gambar dan video di bawah.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bekas Isi daging dan tetel
  • 20 tangkai lada kering – rebus*
  • 2sb biji ketumbar*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 inci halia*
  • 2 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 batang serai – diketuk
  • 2sb asam jawa – jadikan pes

*kisar

Resipi Asam Pedas Daging Campur Tetel Yang Sedap & Enak

BAHAN-BAHAN PENYEDAP RASA:

  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Daun limau purut

Resipi Asam Pedas Daging Campur Tetel Yang Sedap & Enak

CARA MEMASAK:

1. Tumis bahan kisar. Api kecil hingga betul betul dapat pecah minyak dan naik bau.

Resipi Asam Pedas Daging Campur Tetel Yang Sedap & Enak

2. Masukkan daging dan tetel. Biarkan air daging dan tetel kering. Tutup kuali kita, api sederhana kecil. Kita tunggu ia pecah minyak sekali lagi.

Resipi Asam Pedas Daging Campur Tetel Yang Sedap & Enak

3. Pecah minyak lagi sekali. Bolehlah masukkan air secukupnya untuk lembutkan daging dan tetel.

4. Bila air hampir kering masukan serai, daun kesum, daun limau dan bunga kantan. Perasakan juga garam dan gula secukupnya.

Resipi Asam Pedas Daging Campur Tetel Yang Sedap & Enak

5. Akhir sekali masukkan pes air asam jawa.

Resipi Asam Pedas Daging Campur Tetel Yang Sedap & Enak

6. Biarkan kuah pekat, tutup api.

7. Siap dah asam pedas kita.

Resipi Asam Pedas Daging Campur Tetel Yang Sedap & Enak

Kredit resipi & foto: Mizah Ngatiman

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI