Apam Kampung memang sedap dan punya ramai peminat. Lebih-lebih lagi kalau resipi yang dikongsi sangat mudah dan hasilnya begitu gebu. Teruja! Bagi anda yang tercari-cari resipi Apam Kampung yang sedap, gebu dan elok bersarang, resipi perkongsian saudari Noriza Awang Hamat ni antara yang terbaik. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Kuih Bunga Pudak adalah sejenis sajian asli tradisional popular di Kedah. Ia merupakan antara hidangan sewaktu kenduri dan musim perayaan. Namun kini, kuih ini agak sukar didapati malah tidak ramai yang memiliki kemahiran untuk menyediakannya. Jom cuba buat agar kuih tradisional ini tidak hilang ditelan zaman.
BAHAN KULIT:
1 bungkus tepung pulut
250ml air
1 sudu teh garam halus
BAHAN INTI:
1 biji kelapa parut | diambil bahagian putih sahaja
225gm gula pasir
Sedikit esen ros
Sedikit garam
Pewarna hijau, kuning dan merah secukupnya
CARA MEMASAK:
Campurkan bahan inti, gaul rata, warnakan dengan pewarna pilihan dan goreng tanpa minyak hingga kering.
Campurkan tepung pulut, air dan garam. Sebatikan dan biarkan seketika anggaran 1/2 jam.
Panaskan kuali dengan api sederhana panas. Ambil satu sudu makan adunan tepung dan masukkan ke dalam penapis kopi. Ayak ke dalam kuali membentuk bulat.
Masukkan inti ditengahnya dan lipat menjadi segi empat. Lakukan dengan berhati-hati kerana kuih ini sangat mudah hancur.
Koleksi resipi kuih muih Melayu sememangnya banyak jika disenaraikan. Semuanya punyai keistimewaan yang tersendiri. Jika dibeli pun belum tentu sedap sepertimana dibuat sendiri. Lebih puas makan dimasak sendiri kerana kita tahu apa yang kurang dan lebih bahan yang mahu diletakkan. Keria Keladi tidak kurang hebatnya. Rasa setanding dengan keria gula melaka yang menggunakan ubi keledek sebagai bahan utama. RASA senaraikan kuih muih yang buat anda terliur.
Kuih Keria Keladi
BAHAN-BAHAN:
400gm keladi | kupas kulit dan rebus
150gm tepung gandum
Sedikit pewarna ungu
Garam secukupnya
UNTUK SIRA:
1 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 sudu makan air kapur
CARA MEMASAK:
1. Keladi yang telah direbus dilenyek hingga lumat. Gaulkan dgn sedikit garam dan sedikit pewarna ungu.
2. Gaulkan keladi dengan 100 gram tepung gandum dahulu. Uli hingga sebati. Kalau masih lembik, barulah tambahkan 50 gram lagi tepung sedikit-sedikit hingga boleh dibentuk. Tinggalkan sesudu tepung untuk digunakan bila membentuk doh.
3. Bentuk lah doh menjadi seperti roda. Jika melekit bolehlah gunakan lebihan tepung tadi untuk diletakkan di tapak tangan supaya tidak melekat.
4. Kemudian goreng doh tadi dalam api yang sederhana. Balik-balikkan supaya rata di kedua-dua belah. Masak hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Ulangi langkah hingga selesai. Ketepikan.
5. Dalam kuali lain, didihkan gula bersama air dan air kapur. Masak sehingga airnya hampir kering dan melekit. Tutup api, alihkan dari dapur. masukkan kuih keria. Gaulkan kuih keria sehingga gulanya serata.
6. Sedia dinikmati.
LEPAT LABU
BAHAN-BAHAN:
180gm labu | dikukus dan dilecek
100gm tepung gandum
100gm santan
85gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
1/2 biji kelapa putih parut | digaul bersama sedikit garam
Daun pisang yang dilayurkan
CARA MEMASAK:
Gaul labu bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau rata.
Seterusnya masukkan santan dan garam. Kacau lagi sehingga semua bahan mesra.
Ambil satu sudu makan adunan dan ratakan di atas daun pisang.
Letakkan kelapa parut di tengah-tengah adunan dan tutupkan dengan sedikit adunan labu di atasnya.
Bungkus memanjang dan kukus selama 25-30 minit atau sehingga masak.
TALAM PISANG
BAHAN-BAHAN:
BAHAN LAPISAN BAWAH :-
3½ cawan santan
1¼ cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
½ cawan gula
1 cawan pisang | lenyek
½ sudu teh Garam
Pewarna kuning secukupnya
BAHAN LAPISAN BAWAH :-
3 cawan santan
¾ cawan tepung gandum
¼ cawan tepung jagung
¼ cawan gula
½ sudu teh garam
2 sudu makan air pekat perahan daun pandan
CARA MEMASAK:
Guna acuan 9 inci. Sediakan lapisan bawah. Campurkan kesemua bahan, kecuali pisang lenyek, gaul sebati dan tapis.
Masak di atas api kecil sehingga naik wap.
Masukkan pisang lenyek dan masak sehingga naik wap.
Tuang ke dalam tin dan kukus selama 15 minit.
Garu permukaan dengan garpu sebelum dituangkan lapisan atas.
Untuk menyediakan lapisan atas. Campurkan kesemua bahan sehingga sebati dan tapis.
Masak di atas api kecil sehingga naik wap.
Tuang ke atas lapisan pertama tadi dan kukus selama 20 minit.
Sejukkan sebelum dipotong.
Sedia dinikmati.
KUIH BADAK BERENDAM
BAHAN DOH: 250gm tepung pulut 350ml air kisaran daun pandan 1/2 sudu teh garam Pewarna hijau dan kuning secukupnya
BAHAN INTI: 200gm kelapa parut putih 150gm gula merah 1 helai daun pandan 125ml air Gula pasir secukupnya | jika suka
BAHAN KUAH: 400ml santan 1/2 sudu makan tepung beras 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK: 1. Untuk menyediakan inti, masak gula melaka dan gula pasir bersama air dan daun pandan hingga gula larut. Tambah jumlah air jika perlu. 2. Masukkan kelapa parut dan kacau sehingga kering. Ketepikan dan biarkan sejuk sebelum dibulatkan sebesar guli. 3. Untuk kuah pula, campur semua bahan lalu dimasak sehingga pekat. Tutup api dan ketepikan. 4. Bagi menyediakan doh, larutkan garam ke dalam air pandan. Tuang sedikit demi sedikit ke dalam tepung sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk dan melekat di tangan. Bahagikan doh kepada dua bahagian dan warnakan. 5. Ambil sedikit doh dan leperkan. Letakkan inti kelapa di tengahnya dan dikelim rapat. Ulang proses sehingga doh habis. 6. Didihkan air dan masukkan doh yang dibulatkan tadi. Biar sehingga timbul di permukaan air. 7. Angkat dan toskan airnya. Masukkan ke dalam kuah yang telah siap dimasak tadi. Sedia untuk dinikmati.
TOK AJI SERBAN
BAHAN-BAHAN A
(BAHAGIAN BAWAH): 2 cawan beras pulut | dibersihkan dan tos 250ml santan cair Sedikit garam
BAHAN BAHAGIAN B
(BAHAGIAN ATAS): 3 biji telur 500ml santan pekat 150gm gula merah 150gm gula pasir
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuat bahagian pulut; masak beras pulut bersama santan. 2. Tuang pulut ke dalam loyang bersaiz 6 inci. Tekan permukaannya supaya padat. Ketepikan. 3. Untuk membuat bahagian atas; kisar semua bahan B dan tuang di atas adunan pulut tadi. Kukus selama satu jam. 4. Angkat dan biarkan sehingga agak sejuk sebelum dipotong.
Kuih Bakar Pandan, antara menu kuih tradisi yang sentiasa disukai ramai kerana kenenakannya yang lemak manis dan lembut dikunyah. Sebenarnya korang, kuih ini sangat ringkas cara membuatnya dan ukuran bahan pun guna cawan je. Bahan pun senang. Apa lagi bolehlah cuba buat menggunakan cara senang ini.
.
KUIH BAKAR PANDAN
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum gandum
2 cawan gula
5 cawan santan
2 biji telur
Sedikit pes pandan, garam dan pewarna hijau,
3/4 cawawan minyak masak.
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan tadi kecuali tepung dalam blender.
Kisar hingga sebati, kemudian masukkan tepung.
Kisar lagi hingga bancuhan tidak ada yang bergentel
Panaskan ketuhar dengan suhu 180C.
Tuangkan bancuhan ke dalam loyang yang telah dioles dengan mentega.
Bakar hingga masak atau lebih kurang 45 minit
Jika suka boleh taburkan di atasnya dengan bijan yang telah digoreng sangai. Kredit Resepi : Norizah othman