Ads

Resipi Apam Kampung Gula Merah. Elok Gebu Buat Orang Geram!

Resipi Apam Kampung Gula Merah. Elok Gebu Buat Orang Geram! Resipi Apam Kampung Gula Merah. Elok Gebu Buat Orang Geram! Resipi Apam Kampung Gula Merah. Elok Gebu Buat Orang Geram! Resipi Apam Kampung Gula Merah. Elok Gebu Buat Orang Geram! Resipi Apam Kampung Gula Merah. Elok Gebu Buat Orang Geram!

Apam kampung sering dihidangkan untuk sarapan pagi tapi boleh juga untuk minum petang. Tekstur apam yang bersarang, kenyal dan sedap dimakan bersama kelapa parut yang sudah digaul dengan secubit garam.

APAM KAMPUNG GULA MERAH

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan nasi sejuk
  • 2 sudu besar tapai nasi
  • 1 cawan air gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir (ikut siapa suka manis boleh tambah )
  • 3 cawan air
  • 11gm yis
  • Kelapa parut putih (letakkan secubit garam)

 

CARA MEMASAK: 

Ads
  1. Kisar nasi, tapai nasi dan gula hingga hancur.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung beras dan yis.
  3. Selepas itu adunan yang dikisar tadi. Masukkan air gula merah dan kacau perlahan supaya adunan tidak bergentel
  4. Kemudian tambahkan air sedikit demi sedikit hingga adunan agak sedikit pekat dan tidak cair. Ikut sukatan air yang sepatutnya.
  5. Sediakan bekas yang diletakkan sedikit minyak dan masukkan dalam acuan kesukaan anda. Jangan penuh sangat sebab akan berkembang.
  6. Panaskan kukusan dan kukus hingga masak dalam anggaran 25 minit.
  7. Hidangkan bersama kelapa putih yang diletakkan sedikit garam.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Rohani Ronnie

Ads

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

Resipi Rahsia & Cara Membuat Tapai Pulut Sendiri

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Elak Bau Hanyir, PENTING Bersihkan Darah Beku, Buang Urat Atas Tulang...

Ada perkara lain yang perlu diambil berat sewaktu membersihkan ikan siakap iaitu lebihan organ dalaman, darah beku dan urat di atas tulang perut. Ini bagi mengurangkan bau dan rasa hanyirnya yang boleh mempengaruhi rasa isi ikan dan kuah masakan nanti.