Walaupun kuih ini tidak menggunakan banyak bahan, hanya keledek, tepung dan gula. Teapi bila kita cuba buat sendiri , sering mengecewakan terutamanya bab menyira gula Melaka. Rahsianya, untuk kuih yang lembut, gaulkan dengan tepung setelah sejuk. Jika dimasukkan semasa keledek masih panas, ia akan menyebabkan adunan cenderung lembik dan anda mungkin akan menambah tepung. Hal ini menyebabkan kuih akan keras kerana berlebihan tepung.
Untuk menyira, pastikan air gula yang dimasak, apabila berbuih, kecilkan api, terus kacau hingga betul-betul pekat likat baru masukkan kuih keria dan gaul rata dengan cepat dan segera tutup api supaya gula yang garing tidak cair semula dan segera diangkat dan diletakkan dalam bekas kering.
KUIH KERIA GULA MELAKA BAHAN-BAHAN: 2kg keledek putih | buang kulit dan rebus 1 1/2 cawan tepung gandum + 1sudu teh baking powder |ayak bersama 1 sudu teh garam halus Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng BAHAN SIRA GULA MELAKA: 1 ketul gula Melaka Sedikit gula batu 1 sudu makan gula pasir 5 sudu makan air
CARA MEMBUAT:
Rebus keledek dengan garam dan air secukupnya hingga empuk.
Tutup api, angkat dan toskannya.
Lecek hingga hancur semasa masih panas-panas.
Setelah sejuk gaulkan dengan tepung dan uli sebati.
Bentukkan menjadi gegelang kecil (ikut saiz yang anda suka).
Panaskan minyak, dan goreng kuih keria atas api sederhana hingga kekuningan.
Angkat dan toskan. Goreng hingga habis.
Setelah sejuk sedikit, sedia buat sira gula melaka.
Hancurkan gula melaka dan gula batu, kemudian campurkan dengan gula pasir dan air.
Masak hingga mendidih, kecilkan api dan biarkan berbuih hingga pekat.
Masukkan kuih keria tadi, kacau rata supaya gula melaka melekat pada keseluruhan kuih.
Tutup api dan angkat kuih menggunakan chopstick atau lidi . Jarak-jarakkan kuih supa tidak melekat apabila sejuk.
Kuih Keria sedia dihidangkan.
Kredit: Dapur Kak Chah.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Pernah cuba hidangan Somtam Ayam Goreng? Sangat enak ya menu ini. Sesuai bagi anda yang menggemari sajian ala Thailand yang enak dan mudah. Rasanya cukup membuka selera.
Pedas, masam dan manis. Sangat sempurna. Bak kata empunya resipi, lauk ini sangat enak dimakan bersama nasi panas dan diratah. Rugi jika tidak mencubanya. Nak rasa? Saudari Rozmaliza Omar ada kongsikan resipi. Jom kita mula!
RESEPI SOMTAM AYAM GORENG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: 2 keping isi dada ayam 1 biji mangga muda/lemak (empunya resipi tambah) 2-3 ulas bawang putih – beli online disini 3 sudu makan thai palm sugar/ gula kabung siam – beli online disini 4 biji buah tomato 6 -8 biji cili padi 4 sudu makan sos ikan/ nampla sauce – beli online disini 1- 2 biji limau nipis – ambil jus 1 biji bawang holland – hiris nipis – beli online disini 1 sudu teh thai cili flake / emping cili thai – jika ada – beli online disini Kacang panjang – dihiris kasar Daun ketumbar Sedikit ajinomoto Tepung goreng ayam serbaguna secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Isi dada ayam dipotong kecil dan gaulkan dengan tepung goreng ayam bestari rata-rata. Goreng hingga kekuningan. Ketepikan.
2. Masukkan gula kabung, bawang putih dan cili padi ke dalam lesung. Tumbuk kasar atau separuh hancur. 2. Masukkan tomato dan tumbuk kasar @ tenyeh-tenyeh biar hingga keluar jusnya. 3. Masukkan sos ikan, jus limau dan ajinomoto. 4. Gaul sebati dan secukup rasa. Pastikan ada rasa pedas, manis dan masam. Masukkan cili flakes jika ada. 5. Masukkan ayam goreng, mangga yang diparut, kacang panjang dan bawang holland. 6. Gaul sebati secukup rasa dan sedia untuk dihidang bersama nasi panas.
Masakan autentik Johor adalah kepakaran Ketua Wanita UMNO, Cawangan Kg Istana, Batu Pahat, Datin Hajar Abdul Rahman. Beliau membuka rahsia dan petua amalan memasak yang diwarisi dari arwah bapanya kepada RASA.
Menurut Datin Hajar dia mampu menyediakan tiga jenis lauk pauk dalam masa setengah jam. “Sebenarnya untuk menyedapkan sajian ada langkah urutan dan petuanya yang tertentu. Contohnya dalam masakan Asam Pedas Kerisik, kalau masak lauk ini saya akan memasukkan serbuk lada hitam dan kerisik setelah pes cili kering pecah minyak dan naik bau.
Bila nak masukkan daun kesum saya masukkan batangnya dahulu bersama isi bunga kantan dan setelah mendidih baru dimasukkan daun kesumnya. Batangnya lebih wangi dan masakan jadi lebih lazat. Bagi memekatkan kuah, saya letakkan juga buah keras,” ceritanya membuka petua yang diwarisi dari arwah ayahnya.
Masak Lemak Cendawan juga sungguh lazat. Cendawannya rangup dan kuahnya lemak manis terasa ikan bilisnya. Pesan beliau pilih cendawan hutan yang berkualiti, jika tersalah pilih ia boleh menyebabkan lauk menjadi tidak berapa sedap.
Sambal geledek pula menu ‘wajib’ yang perlu ada di meja hidangan keluarganya.
“Sambal geledek atau sambal ketuk ni sebenarnya boleh dijadikan rencah nasi goreng, jadi jika dibuat lebih pun elok untuk dibuat stok dan jadi rencah kepada lauk lain,” kongsinya lagi.
Jom semak 3 resipi istimewa air tangan Datin Hajar Abdul Rahman iaitu Asam Pedas Kerisik Ikan Merah, Sambal Belacan Geledek dan Masak Lemak Cendawan Hitam.
1. ASAM PEDAS KERISIK IKAN MERAH
BAHAN- BAHAN :
500 gm keping ikan merah (anggaran 2 keping)
3 sudu makan pes cili kering
1.5 sm halia | dikisar
2 ulas bawang putih |dikisar
1 biji bawang besar |dikisar
1/2 sudu makan kunyit serbuk
1/2 sudu makan kerisik
1/2 tangkai bunga kantan | ambil isi dan kelopak dari sebelah hirisan yang dibelah dua
3-4 batang daun kesum
Beberapa helai daun kesum
1/2 sudu makan asam jaya | dicampur suku cawan air
1 sudu teh buah keras
1/2 sudu makan serbuk lada hitam
500 ml atau air secukupnya |bergantung kepada kepekatan yang anda suka
1 biji tomato|dibelah empat
4 batang bendi
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar.
Tumis hingga naik bau, dan masukkan pes cili kering dan serbuk kunyit. Gunakan api sederhana, tumis hingga pecah minyak dan wangi. Masukkan batang daun kesum dan air asam jawa.
Kemudian masukkan serbuk lada hitam, kacau dan kemudian masukkan air.
Tutup periuk dan biarkan mendidih. Apabila mendidih masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan.
Masukkan buah keras untuk memekatkan kuah. Masukkan pula bendi dan tomato.
Kecilkan api dan biarkan mereneh seketika.
Perasakan dengan garam dan gula
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis, didih dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Resepi asam pedas warisan dari generasi ‘lama’ Johor
Anggaran kos : RM30
SAMBAL GELEDEK
BAHAN-BAHAN :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar | dihiris kasar
6 biji cili merah
6 biji cili hijau
2 biji cili padi
Dua genggam bilis
Gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak dan goreng kesemua bawang, cili merah, cili hijau dan cili padi sampai kekuningan.
Angkat dan toskan.
Kemudian gorengkan ikan bilis hingga garing, angkat dan toskan.
Kemudian tumbuk bawang, cili padi dan hingga lumat, kemudian masukkan gula dan tumbuk sekali.
Masukkan ikan bilis goreng tadi dan tumbuk sampai ikan bilis hancur.
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Boleh dijadikan rencah nasi goreng jika ada lebihan.
Anggaran kos : RM6
MASAK LEMAK CENDAWAN HITAM
BAHAN-BAHAN:
100 gm cendawan hitam | rendam bagi kembang
3 biji bawang kecil | dikisar
Segenggam ikan bilis | digoreng dan ditumbuk
220 ml santan kotak
2 helai daun limau purut |dicarik
1/4 sudu teh serbuk kunyit
2 batang serai | dititik
1 sudu makan sambal geledek (atau apa apa sambal)
500 ml air
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumiskan bawang hingga naik bau dan masukkan serai dan ikan bilis
Masukkan satu sudu makan sambal geledek
Masukkan santan, serbuk kunyit dan kemudian air.
Bila mendidih masukkan cendawan.
Akhir sekali masukkan limau purut dan perasakan dengan garam.
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan didih
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Kuah berlemak dan masam serta cendawan hitam yang rangup
Kek keju memang ada banyak versi resipinya. Asalnya daripada resipi yang panjang senarai ramuannnya, kini muncul berbagai versi Kek Keju mudah dengan sedikit bahan ramuannya. Tabiklah pada empunya resipi yang meringkaskannya.
Tapi bab rasa memang tak boleh kompromi, sedap tu weii. Jom tengok resipi dari Florence Jonathan ni.
SOUFFLE CHEESE CAKE
BAHAN-BAHAN :
3 biji telur (asingkan putih & kuning telur)
120 gram cream cheese
120 gram coklat putih
CARA MEMBUAT ::
1. Pukul putih telur sampai menjadi meringue (bila diterbalikkan bekas, bahan tak jatuh). Ketepikan.
2. Cairkan coklat putih (coklat dah manis) dengan menggunakan kaedah double boiler. Setelah coklat cair sepenuhnya, bolehlah tutup api dan ketepikan.
3. Masukkan cream cheese ke dalam coklat putih yang telah dcairkan tadi. Kacau adunan sampai sebati.
4. Selepas itu, masukkan pula kuning telur ke dalam adunan cheese+coklat putih tadi. Gaul sampai sebati.
5. Masukkan satu pertiga meringue ke dalam adunan cheese, kaup balikkan. Ulangi sampai habis.
6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan minyak/butter dan dilapik dengan baking paper. Panaskan oven selama lebih kurang 6-7 minit.
7. Bakar adunan kek dengan kaedah ‘bain marie’(beralaskan dulang berisi air) menggunakan suhu 170 °C selama 20 minit dan 40 minit yang berikutnya menggunakan suhu 160°C. Tempoh membakar bergantung pada oven anda. Guna api atas bawah.
8. Setelah kek masak, bolehlah dihias dengan powdered sugar atau filling ikut selera masing-masing.