Tak lengkap raya tanpa biskut Almdon London ni. Bukan setakat kanak-kanak, orang dewasa pun suka. Kombinasi rasa coklat dan kacang badam rangup, memang sedap sangat! Menurut empunya resipi ni lagi, sudah 12 tahun beliau guna resipi biskut ni untuk berniaga dan customer memang suka. Wah..mesti sedap kan. Jom cuba!
RESIPI ALMOND LONDON
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
450gm tepung gandum
2 sudu teh emplex ( perangup biskut)
140gm gula aising ( boleh juga guna gula kastor)
2 biji kuning telur
150-200 biji badam ( goreng tanpa minyak atau panggang 15-20 minit hingga masak. Pastikan badam betul-betul sejuk sebelum guna.)
1/2kg coklat masakan ( untuk celup biskut)
Sedikit cocoa butter ( boleh abaikan jika tak ada)
Badam cincang secukupnya
Cawan kertas secukupnya
CARA MEMASAK:
Ads
1. Pukul mentega, gula dan kuning telur hingga sebati. Anggaran pukul dalam 2 minit sahaja.
2. Masukkan tepung yang sudah diayak dengan emplex dan uli hingga doh tidak melekat di tangan.
3. Cubit doh sebesar duit 10 sen dan masukkan badam. Bulatkan secara membujur. Lakukan hingga habis doh.
Ads
4. Bakar biskut selama 25-30 minit dengan suhu 180C menggunakan api atas bawah. Setelah masak, sejukkan biskut.
5. Cairkan coklat masakan menggunakan teknik double boiler. Masukkan cocoa butter dan kacau sebati.
6. Celupkan biskut ke dalam coklat dan masukkan ke dalam cawan kertas.
Ads
7. Tabur badam cincang dan biarkan coklat mengeras.
8. Jika nak bagi coklat cengkam biskut dengan elok, boleh letak dalam peti sejuk selama 6-7 minit. Cuma kena berhati-hati kerana jika lebih masa, coklat boleh berpeluh dan tak cantik.
Tidak semesti nak makan biskut coklat kena tunggu hari raya. Bila dah suka bila-bila masa boleh membuatnya. Kalau dengan biskut coklat ni, sebalang boleh hadap. Tambah pula kalau ada campuran badam, oat, kismis dan sebagainya.Biskut coklat sering jadi tarikan terutama kanak-kanak kerana rasanya yang tidak menjemukan. Jadi kalau kalau buat sebalang memanglah tidak mencukupi. Berikut beberapa resipi biskut berasaskan coklat yang boleh dicuba.
Double Choc Chip Cookies
Bilangan biskut: 50 biji
Masa penyediaan: 20 minit
Jenis hidangan: pencuci mulut
Bahan – bahan:
125g mentega, suhu bilik
1 cawan gula halus
1 biji telur, dikacau sedikit
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu besar serbuk koko
½ cawan cip coklat
1/3 cawan badam, dihiris
Cara- cara:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
2. Pukul mentega dan gula selama 2 hingga 3 minit sehingga kembang. Tambah telur dan gaul.
3. Ayak tepung bersama serbuk penaik dan serbuk koko. Gaulkan bersama adunan.
4. Masukkan cip coklat dan badam kemudian gaul menggunakan spatula.
5. Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Bakar selama 15 sehingga 20 minit. Biarkan sejuk di atas dulang kemudian pindahkan di atas rak penyejuk.
Brownie Cookies
Bilangan biskut: 48 biji
Masa penyediaan: 20 minit
Jenis hidangan: pencuci mulut
Bahan – bahan:
1 ½ cawan tepung gandum
¾ cawan serbuk koko
1 ½ cawan gula perang
150g mentega, suhu bilik
150g coklat gelap, dipotong kecil
3 biji telur, dikacau sedikit
1 cawan cip coklat gelap
1/3 cawan kacang walnut
Cara – cara:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
2. Ayak tepung dan serbuk koko di dalam mangkuk besar dan masukkan gula. Kemudian, buatkan lobang di tengah.
3. Cairkan mentega dan coklat menggunakan teknik ‘double boil’.
4. Masukkan campuran mentega dan coklat di dalam mangkuk adunan bersama telur. Kacau sehingga sebati.
5. Masukkan cip coklat dan kacang walnut. Gaulkan adunan.
6. Tuangkan adunan ke dalam dulang pembakar yang dialas kertas parchmen. Ratakan adunan setebal 1cm dan bakar selama 15 sehingga 20minit.
7. Biarkan adunan sejuk sebentar dan potong memanjang. Pindahkan ke rak pemyejuk
8. Simpan dalam bekas kedap udara.
Crispy Chocolate Cookies
Bilangan biskut: 50 biji
Masa penyediaan: 20 minit
Jenis hidangan: pencuci mulut
Bahan-bahan:
2 ½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil garam
1 cawan mentega, suhu bilik
1 ¼ cawan gula halus
¼ cawan gula perang
1 ½ sudu kecil ekstrak vanilla
1 telur
2 cawan cip coklat
Cara-cara:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
3. Masukkan telur dan ekstrak vanilla dan pukul sehingga sebati.
4. Masukkan tepung, soda bikarbonat dan garam.
5. Masukkan cip coklat ke dalam adunan dan kacau menggunakan spatula. Sudukan adunan di atas dulang pembakar yang dilapik dengan kertas parchmen.
6. Leperkan biskut menggunakan gelas. Sekiranya biskut lekat di gelas, basahkan sedikit tapak gelas.
7. Bakar adunan selama 9 hingga 11 minit sehingga keperangan.
8. Sejukkan biskut di rak penyejuk.
Oats Cranberry Chocolate Chip
Bilangan biskut: 50 biji
Masa penyediaan: 20 minit
Jenis hidangan: pencuci mulut
Bahan – bahan:
1 ½ cawan oat segera
½ cawan tepung gandum
½ cawan kranberi
½ sudu kecil soda bikarbonat
½ sudu kecil garam
6 sudu besar mentega, suhu bilik
½ cawan gula perang
¼ cawan gula halus
1 biji telur, gred A
1 sudu kecil ekstrak vanilla
1/3 cawan cip coklat
Cara – cara:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
2. Campurkan oat, tepung, kranberi, soda bikarbonat dan garam di dalam mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan vanilla.
4. Masukkan tepung dan gaul menggunakan spatula. Tambah cip coklat dan gaul.
5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang di alas kertas parchmen. Bakar selama 8 hingga 10 minit.
Peanut Butter Oats Chocolate Chip Cookies
Bilangan biskut: 60 biji
Masa penyediaan: 20 minit
Jenis hidangan: pencuci mulut
Bahan – bahan:
1/3 cawan gula halus
1/3 cawan gula perang
115g mentega
1 biji telur, gred A
½ cawan mentega kacang
2 sudu kecil ekstrak vanilla
1 sudu kecil soda bikarbonat
¼ sudu kecil garam
250g oat masak
1 cawan cip coklat
Cara – cara:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 160C.
2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan pukul.
3. Masukkan mentega kacang, ekstrak vanilla, soda bikarbonat dan garam.
4. Masukkan oat dan cip colat. Gaul menggunakan spatula.
5. Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Jarakkan 3cm antara adunan. Bakar selama 10 hingga 15 minit.
Brown Butter Chocolate Chip Cookies
Bilangan biskut: 50 biji
Masa penyediaan: 20 minit
Jenis hidangan: pencuci mulut
Bahan – bahan:
1 cawan mentega
1 ½ cawan gula perang
1 biji telur, gred A
1 telur kuning, gred A
1 sudu kecil ekstrak vanilla
2 ¼ tepung serbaguna
1 sudu kecil soda bikarbonat
½ sudu kecil garam
1 cawan cip coklat
Cara – cara:
1. Cairkn mentega dalam suhu sederhana sehingga berwarna keperangan. Kacau selalu.
2. Masukkan gula ke dalam mentega cair tadi. Biarkan sejuk sehingga boleh disentuh dengan jari.
3. Masukkan telur, telur kuning dan ekstrak vanilla. Kacau sehingga sebati.
4. Masukkan cip coklat dan gaul.
5. Tutup dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
6. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
7. Keluarkan adunan dari peti sejuk dan biarkan sebentar.
8. Sudukan adunan di atas dulang pembakar yang dilapik kertas parchmen. Jarakkan 2inci antara adunan.
9. Bakar selama 6 hingga 11 minit, sehingga keperangan. Biarkan sejuk selama 5 minit, kemudian pindahkan ke rak penyejuk.
Chocolate Peanut Butter Cookies
Bilangan biskut: 50 biji
Masa penyediaan: 1jam 20 minit
Jenis hidangan: pencuci mulut
Bahan – bahan:
Lapisan Mentega kacang
1 ½ sudu besar mentega, suhu bilik
125g mentega kacang, suhu bilik
¾ cawan gula aising
Biskut Coklat
½ cawan mentega, suhu bilik
½ cawan gula perang
¼ cawan gula halus
1 sudu kecil ekstrak vanilla
1 biji telur, gred A
1 ¼ cawan tepung gandum
½ cawan serbuk koko
½ sudu kecil soda bikarbonat
2/3 cawan coklat gelap, dihiris
Cara – cara:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
2. Pukul mentega, mentega kacang dan gula aising sehingga kembang.
3. Pindahkan campuran mentega kacang tadi di atas pinggan kecil dan leperkan secara rata menggunakan tangan. Simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
4. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan vanilla ekstrak dan telur. Pukul selama seminit.
5. Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat. Masukkan ke dalam adunan mentega dan gula tadi. Gaul sehingga sebati.
6. Tambahkan ketulan coklat ke dalam adunan dan gaul.
7. Keluarkan campuran mentega kacang dari peti sejuk dan potong adunan tersebut berbentuk 1cm empat segi sama.
8. Sudukan adunan biskut tadi dan campurkan 2 atau 3 ketulan campuran mentega kacang. Bulatkan adunan tersebut dan letak di atas dulang yg dilapik kertas parchmen. Ulang sehingga habis adunan.
9. Bakar selama 12 minit.
Resipi : Nur Jannatun Naim, Nur Kauthar, Nur Raudhah
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya Kek Span Gula Hangus ni. Kek yang lembut, lemak manis dan digemari ramai. Elok berlubang resipi kek ini. Bagi yang menggemari kek legend ini, memang kena cuba resipi perkongsian saudari Tuan Adriana Arissa. Pasti puas hati dengan rasanya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Sangat berbaloi untuk dicuba. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa tau. Kalau nak buat niaga pun boleh. Pasti laris.
Oreo cheesecake Dengan Nutella. Dengar nama pun dah dapat agak ia pasti akan jadi kesukaan anak-anak. Tentu anak-anak seronok dan bersemangat untuk berpuasa dan berbuka bila dihidangkan dengan makanan yang mereka suka.
Menurut puan Aisyah Humaira yang berkongsi resipi ini, rasa kek ini lemak berkrim dan gebu. Mesti cuba dan cara buat pun senang.Tak perlu oven dan tak perlu mixer. Mudahkan?
**Kisar semua bahan diatas dalam blender hingga sebati dan gebu
Masukkan creamcheese ke dalam pengisar. Masukkan juga semua bahan B (bahan kisar) dan kisar hingga gebu.
Alas loyang dengan baking paper, tapis dan tuang adunan ke dalam loyan
Tabur biskut oreo yang telah dipatah-patah kecil.
Tekan-tekan supaya biskut tenggelam. Tutup dengan Aluminium foil
Kukus selama 30 minit atau sehingga masak
Setelah kek masak, buang kertas lapik tadi dan bolehlah tuang Nutella spread yang telah dicairkan dahulu di dalam macrowave. Sejukkan selama 1jam atau lebih didalam peti sebelum dihidangkan. Siap!