Resipi air asam picit dengan ikan bakar. Dengar pun dah boleh buat terliur. Kadangkala lauk simple macam nil ah yang boleh buat kita makan bertambah-tambah.
Makan pula dengan nasi panas-panas dan sedikit ulam. Fuh!! Teringin nak cuba kan? Okay, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Mommy Yoiini ye. Jangan salahkan orang lain kalau makan banyak nanti.
Untuk bakar ikan, lumur ikan dengan garam kasar sahaja dan bakar. Bila ikan ikan masak, angkat dan ketepikan.
Ads
Untuk menyediakan air asam, masukkan semua bahan ke dalam satu mangkuk. Tambah air dalam 1/4 cawan. Ramas – ramas asam jawa dan belacan sampai sebati.
Patah-patahkan cili padi sambil tenyeh-tempeh kat Mangkuk. Kalau tak pandai buat macam tu, cara lain, potong kasar cili padi dan tumbuk dalam lesung batu. Jangan lumat. Kemudian masukkan ke dalam air asam dan belacan.
Perasakan garam dan gula. Kalau nampak terlalu pekat, boleh tambah air lagi. Agak-agak lah ye. Cubalah insya-Allah sedap.
Ketika nak makan, asingkan isi ikan dan bubuh ke dalam air asam. Makan dengan nasi putih panas-panas. Peh!! Konfim makan bertambah.
Hanya dengan modal yang kecil, puan-puan dapat menghasilkan sos Sweet Chilli Thai homemade untuk kegunaan keluarga. Memang sangat sedap dan boleh jimat banyak. Ada rasa pedas, masam dan manis. Sesuai sangat kalau guna untuk cicah keropok, ayam bakar, udang, sotong celup tepung, kerang rebus dan macam-macam lagi. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sumaiyah Abdullah ni. Pasti puas hati.
RESIPI SOS SWEET CHILLI THAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Masukkan cili merah, cili padi dan bawang putih yang dipotong kasar ke dalam pengisar.
2. Kisar tanpa air. Pastikan tidak kisar terlampau halus kerana kita mahukan kepingan cili yang sedikit kasar.
3. Dalam periuk bersesuaian, masukkan air, gula, garam, cuka dan sos ikan.
4. Kemudian masukkan cili kisar tadi.
5. Masakkan atas api sederhana besar hingga menggelegak. Kemudian masukkan tepung jagung yang telah dicampur dengan sedikit air.
6. Tunggu sos sehingga sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam botol.
7. Sedia untuk dinikmati. Mudah buat, sedap dan lebih jimat.
Hidangan Air Tangan VIP kali ini memang ‘awesome’ resipi ori diwarisi dari ibu tersayang.. Walaupun sibuk bertugas sebagai Pengurus Grup Agensi Amanah Saham dan Usahawan Al-Quran bertanda, beliau tetap ada masa memasak untuk keluarga dan tetamu .
RASA menghurai petua dari Datin Nor Hafizah Saad ,45 tahun, yang handal memasak lauk pauk asli Kedah warisan keluarganya.
.Aktif di Instagram, rakaman photo shoot majalah RASA pada hari itu turut disiarkan secara langsung di akaun IG@ norhafizahsaad. Bagaimana cerianya kandungan instagram wanita peramah ini, begitulah dirinya bila diajak bersembang dan temuramah.
Usahawan berasal dari Lubok Buntar, Serdang Kedah ini adalah suri hati kepada Datuk Ramli Abdul Manaf , 52 tahun dan ibu kepada seorang cahaya mata Muhammad Ar-Rayyan Ramli berusia 4 tahun.
“Datuk tak makan masakan pembantu rumah. Dia nak masakan air tangan isteri sebab katanya isteri ada buat apa makan lauk air tangan pembantu rumah. Bukannya kahwin dengan ‘maid’ pun,”katanya diikuti dengan gelak ketawa.Bertemu jodoh agak lewat usia ketika berusia 40 tahun, pastinya rumahtangga yang baru terbina selama lima tahun ini cukup hangat dengan kasih sayang .
Semasa kami tiba hidangan tradisional Kedah telah pun dihidang cantik di dalam set pinggan mangkuk Port Meirion yang tekenal dari Britain dan Korea. Beliau membuat persediaan masakan seawal 6 pagi untuk menyiapkan empat menu istimewa ini iaitu Nasi Leuni , Sambal Ikan Bilis Bersama Terung Pipit, Kuih Serabai dengan kuah durian serta Mi Udang.
Ada cerita di sebalik sajian Nasi Lemuni yang berwarna hitam atau ungu tua ini. Warnanya adalah dari daun pokok lemuni yang berwarna hijau dan ungu di belakang daun. Jika di kampungnya pokok Lemuni senang didapati, bila tinggal di KL beliau mendapatkan bekalan dari rumah bapa saudaranya di Ampang yang menanam pokok ini.
“ Bila masak nasi lamuni, jangan kedekut ramuan. Bagi satu cawan beras, masukkan segenggam atau dua biar lebih berperisa rasa daunnya. Begitu juga dengan santan , sukatannya sama dengan jumlah beras. Gunakan pati santan dan kisarkan bersama daun lamuni.
Nak sedap lagi tambahkan sedikit lada hitam dan juga halia. Nasi ni juga sesuai dimakan untuk wanita dalam pantang bersalin. Tapi hati-hati lepas makan ‘angin’ terlepas keluar dari badan,” cerianya tertawa kecil.
Bercerita mengenai kuih serabai yang dimakan bersama kuah durian petuanya jika mahu lebih sedap boleh sahaja menggunakan durian Musang King dan gula Melaka. Jika gemarkan kelapa serabai juga boleh ditambahkan kelapa parut untuk menjadikannya serabai kelapa. Inilah antara sajian sarapan dan minum petang disukai keluarganya yang menetap di Pulau Pinang..
Berasal dari Kedah, Datin Fiza dan keluarga tinggal dan membesar di Pulau Pinang. Ibunya berniaga makanan di pasar malam memang handal memasak dan menjual laksa, bihun utara dan air tebu di gerai.
“Laksa mak cukup laris, sehari kami masak 30kg ikan sardin untuk laksa, boleh licin habis. Hari-hari saya tengok mak saya cukup ligat memasak. Kami empat beradik tolong aje. Dan hari-hari juga mak berpesan suruh belajar masa, sebab kalau dia ‘takde’ siapa yang nak tunjukkan cara masak. saya suka memerhatikan apa yang dimasak oleh mak,” imbaunya lagi.
Patutlah Datin Nor Hafizah cukup cekap di dapur. Beliau adalah pemerhati yang baik dan terang hati. Walaupun belajar memasak di usia 30 an, tetapi kini banyak resipi warisan ibunya telah pun ‘dikuasainya’.
NASI LEMUNI
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Masukkan semua bahan dan beras ke dalam periuk nasi 2. Tutup periuk dan biarkan hingga masak.
SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Goreng ikan bilis separuh masak. Asingkan. 2. Panaskan minyak, tumis bawang besar sehingga kekuningan. 3. Masukkan bahan kisar dan masak sambal di atas api perlahan sehingga pecah minyak. Masukkan ikan bilis, sos tiram, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. 4. Kemudian masukkan terung pipit dan masak sehingga terung lembut. Angkat dan hidang.
KUIH SERABAI DAN KUAH DURIAN
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Masukkan gula dalam sebuah cawan diisi 1/2 cawan air suam dan masuk yis. Biarkan selama 10 minit or sehingga naik kembang 2. Masukkan tepung gandung dan tepung beras dengan santan dan digaul masukan juga garam 3. Masukkan yis yang sudah kembang bersama tepung yang dah di bancuh 4. 4. Panaskan acuan serabai (kalau tak ada gunakan kuali dalam bersaiz 20cm – 8 inci kuali biasa atau kuali non-stickable). 4. Sapukan minyak dengan sehelai daun pandan yang celup dengan minyak. Biarkan minyak dalam acuan panas betul-betul panas. Sederhanakan api dapur dan tuangkan adunan tepung serabai 3/4 penuh. 5. Masak dengan apai perlahan sehingga masak.
Cara masak kuah durian : 1. Masukkan gula dan air 2. Masukkan bahan bancuhan ke dalam kuali yang sedang panas sederhana. Masak dan kacau sebatian ini. Bila mula didih, masukkan bancuhan santan dan tepung jagung dan juga durian 3. Masak hingga tepung jagung dan santan berubah warna kepada keemasan. Kepekatan terpulang pada berapa lama anda masak. perlu ingat. Bila sejuk kuah ini akan pekat dua kali dari masa panas. maka tentukan ia jangan terlalu pekat.
MI UDANG ISTIMEWA
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK :
1. Bersihkan udang laut dengan cara belah belakang dan buang tali hitam di belakang, dan potong janggut. tak buang kepala dan kulit Udang. 2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar halus sehingga naik bau. 3. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga garing dan pecah minyak. 4. Masukkan kentang lenyek diikuti air secukupnya. Anda perlu agak-agak kuantiti air, jangan kuah terlalu pekat. 5. Masukkan sos cili ,masak sehingga kuah mendidih. 6. Kemudian masukkan udang, dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 7. Hidang dengan cara tuang kuah dan udang di atas mi dan taburkan dengan bahan hiasan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nasi Pandan Ayam Madu versi sendiri. Simple & murah je tapi rasa tak mengecewakan. Sesuai sesangat buat untuk makan malam. Anak-anak pasti berebut makan.
NASI PANDAN AYAM MADU SIMPLE BAHAN-BAHAN: NASI:
4 cawan beras ( basuh & tos)
5 cawan air rebusan ayam
3-4 hirisan halia
1 biji bawang besar (belah 4)
2 ulas bawang putih (titik)
2 sudu makan mentega -beli online DI SINI
1 sudu makan cukup rasa
1 sudu teh perasa pandan – beli online DI SINI
Garam secukup rasa
CARA MASAK:
1. Panaskan mentega, tumis bawang, bawang putih dan halia hingga wangi.
2. Masukkan air rebusan ayam. Biar hingga mendidih.
3. Masukkan beras, perasakan dengan garam, perasa pandan (perasa ini warna hijau) , serbuk cukup rasa dan garam secukupnya.
4. Angkat periuk & masukkan ke dalam periuk elektrik. Masak hingga masak.
AYAM MADU:
1 ekor ayam (belah 4)
4-5 hirisan halia
1 biji bawang besar (belah4)
3 ulas bawang putih (titik)
1 sudu makan serbuk cukup rasa
Garam secukup rasa
Air secukupnya.
2 sudu makan madu
2 sudu makan minyak bijan – beli online DI SINI
CARA MASAK:
1. Bersihkan ayam masukkan dalam periuk bersama dengan hirisan halia dan bawang besar dan bawang putih.
2. Perasakan dengan garam secukup rasa.
3 Rebus hingga masak.
4. Setelah masak angkat dan tos. Air rebusan simpan untuk sup dan masak nasi.
5. Potong ayam, masukkan dalam bekas.
6. Minyak bijan campur dengan madu. Kacau rata dan tuangkan atas ayam tadi.
SAMBAL CILI:
5 biji cili merah
4 biji cili padi
1 biji tomato
1 hirisan hala
2 sudu makan cuka
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam
CARA MASAK:
1. Masukkan semua bahan dalam blender, kisar hingga hancur.
2. Kalau pedas sangat tambah gula atau kurang masin tambah sikit lagi garam.
KUAH KICAP:
2 sudu makan sos tiram -beli online DI SINI
2 sudu makan kicap manis -beli online DI SINI
6 susu makan kuah sup.
KUAH SUP:
5 cawan air rebusan ayam
2 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih
1 sudu makan serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang dan bawang goreng
CARA MASAK:
1. Panaskan sesikit minyak tumis bawang merah & putih hingga wangi.
2. Masukkan air rebusan ayam. Masak hingga mendidih.
3. Perasakan dgn garam dan pati ayam.
4. Setelah cukup rasa. Turup api.
5. Tabur di dlamnya dgn hirisan daun sup dan bawang goreng.
BAHAN SAMPINGAN
Timun (hiris)
Tomato (hiris)
Salad (jika suka)
Tauhu goreng (jika suka)
Tauge tumis sos tiram (jika suka)
Ketahui mengapa kuih tradisional masih relevan dan patut diberi peluang kedua dalam dunia moden. Kupasan mendalam tentang keunikan, sejarah dan potensi kebangkitannya.